Sunday, March 6, 2016

Hujung minggu sebelum kelas Sem 3 bermula

5 Mac 2016 (Sabtu)...

Kelmarin dapat berita bahawa adik aku Ika yang ambik SPM tahun lepas dapat 8A 1B... perincian sebenar score beliau

  1. BM A-
  2. BI  B
  3. PI A-
  4. Sejarah A
  5. Math A-
  6. Science A-
  7. Geografi A
  8. Perdagangan A-
  9. Tawassur Islam A+
kiranya 1A+, 2A, 5A- dan 1 B. Kiranya memang beliau berjaya memecahkan rekod keluarga kami. Pertama beliau memecahkan rekod score untuk Bahasa Inggeris B... hihihi... aku score 7 masa SPM dulu lulus jer... dan aku cuma dapat 4A jer... beliau score tinggi sangat... Tahniah untuk beliau. Masa aku dulu ayah aku bagi RM100 untuk setiap A... untuk beliau aku tangguhkan pemberian aku sehingga beliau masuk Universiti a.k.a. Menara Gading dahulu baharulah aku akan menghadiahkan beliau seunit laptop. Kenalah aku menabung RM100 sebulan untuk capai targer RM2k tu.


Seminggu yang lepas handphone aku asyik bermasalah jer... tak leh terima panggilan tiba2 ada miscall, nak buka wasup pun lembap, dan banyak lagi masalah lain. Antara yang aku cuba buat untuk atasi masalah tersebut adalah mengurangkan group wasup... jadi aku tinggalkan banyak group wasup yang banyak bertindih. Memandangkan tidak tahan lagi dengan keadaan hp yang sedekian rupa aku berhajat Sabtu 5 Mac tu nak gi The Mines untuk format komputer dan betulkan HP sekali. 

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba, kami bangun kul 6.30 pagi selepas solat subuh aku masukkan kain ke dalam mesin basuh sempat lagi nak jemur sebab target nak tubik umah pun pukul 9 pagi. Anak-anak masih tidur masa tu... isteri pula dah masuk dapur untuk sediakan sarapan. Pukul 8 pagi anak-anak dah bangun dan aku pun mandikan anak-anak. Isteri pakaian baju untuk anak-anak, lepas tu bagi anak-anak sarapan dan buka tv untuk diorang tengok kartun sementara kami bersiap. Kul 9 pagi sambil dok jemur baju aku tanya anak-anak samada diorang nak berak tak takut susah dah gerak baru nak berak. Masing-masing geleng kepala. Jadinya pukul 9 lebih kami pun turun pergi ke kereta. Isteri baru perasan cukai jalan dah mati, dia naik atas ambik sticker cukai jalan. 

Alhamdulillah sampai The Mines pukul 10 pagi dan parking masih banyak. Gembiranya kami... kami terus naik ke tingkat 4, keluar lif terus jumpa pusat khidmat pelanggan Samsung gi lah baiki telefon. Kena tinggalkan hp dan dia minta selepas dua jam boleh datang balik. Selepas tu aku gi tinggalkan CPU untuk diformat. Pekerja kedai tu masuk kul 1 la pula terpaksa tinggalkan dahulu. Melilau la konon, tetiba wife kata carilah hp baru sebab hp lama tu dah rosak. Betul juga... gilah Vivo... Y35 seribu ringgit juga swipe kad kredit. Bulan-bulan bayar. 

Lepas tu singgah KFC sebab anak-anak dah lapar bagi makan ayam seketul sorang lepas tu sebelum balik kami singgah ke kedai Samsung tadi untuk ambil hp katanya diorang tak buat apa sebab memang spec hp tu sampai situ jer. Alahai memang ada hikmah betul la aku beli hp baru tadi. Tak per lah bagi kat adik aku lah Samsung Grand Prime tu diorang tak guna macam aku guna mungkin leh pakai lagi. Selepas itu kami bergerak ke Cyberjaya sebab adik lelaki nak belanja makan nasi arab kat Saba restaurant. Kami rancang sambil menunggu untuk ambik pc tu nak bawa anak-anak tengok Boboi Boy The Movie dekat The Curve. Sekali masa makan nasi arab tu Siti kencing habis pakaian kami dah la tak solat zohor lagi. Apa lagi terpaksa balik umah mandi dan zohor lepas tu pergi The Mines balik. 

Masa tengah bersiap kedai komputer telefon bagitau baru nak buat CPU aku. Hadoi tak buat lagi dah kul 3.30 ni... tanya dia sempat tak siap kul 5. Kedai tu mengesahkan paling lewat pun pukul 6 petang. Sampai The Mines bawa anak-anak main mainan, tengok Tanjung Golden Village pun tak de Boboi Boy The Movie tu... lepas tu tetiba perut aku sakit, apa lagi gi berak. Sekali air tak de plak, sakitnya hati... tetiba terdengar tandas sebelah siap angkut air... lepas tu orang kedua plak dia dok tekan flush balik2. Baru terpikir cebok pakai flush la air kat flush tu kuat tapi heran air paip tak de. Kiranya ada jugalah air untuk aku cebok sebab flush ada air. Tapi aku rasa macam tak bersih jer... sakit tul hati. 

Kos hari ini 

HP + Casing + glass plastik RM1120
Beli memori card 32Gb RM56
Pen RM19
Format CPU RM80
Lain-lain kos RM100


No comments:

Post a Comment