Salam 2016
Dah masuk Februari 2016. Awal Januari memang sibuk dengan peperiksaan akhir, 9 hari daripada cuti tahunan aku gunakan untuk persediaan peperiksaan akhir. Kebetulan plak tahun nie kelayakan cuti tahunan adalah 35 hari setahun. Baki cuti daripada tahun lepas pun aku bawa ke tahun ni untuk tujuan pengajianku.
Alhamdulillah rezeki tahun ini selepas habis peperiksaan akhir dapat juga menghabiskan masa bersama keluarga tercinta ke sebuah tempat yang amat menarik. Balik daripada bercuti kena hadap kerja yang banyak gila. Kerja yang tak pernah habis... tahun ni kena verifikasi aset untuk 5 tempat tapi aku rasa tidak adil sebab aku ada tugasan rasmi di pejabat yang memerlukan aku berada di pejabat tetapi terpaksa melaksanakan tugasan luar pula. Selepas berunding dengan orang atasan aku tetap juga diberikan tugasan yang sama. Tetapi aku sempat bercakap dengan Penolong AKauntan Tinggi dan mengatakan kesibukan tugas hakikiku Alhamdulillah beliau sanggup membantu. Bukan apa sebelum ini apa yang dijanjikan adalah tugasan verifikasi tersebut akan dilaksanakan oleh jawatan yang mengisi struktur baharu akruan dan memang dah ada beberapa kepala mulai masuk tapi walaupun Akauntan tetapi hanya bertugas sebagai ahli pasukan, aku rasa akauntan gred 44 akruan tersebut patut mengetuai verifikasi aset tersebut bukannya mengerah tenaga kami yang sedia terbeban dengan tugasan hakiki. Seperti biasa pada awal tahun pukal aku sibuk dengan borang Kew310 dan Kew311. Tambahan pula kes mewujudakan akaun baharu PTJ baharu seperti JPAM dan APBN belum selesai lagi. Arahan daripada BKP ibu pejabat meminta kami mengisi borang CoGSTR lagi pun belum selesai. Pengisian borang CoGSTR untuk TNB perlu dipecahkan kepada cawangan akaun didaftarkan. Manakala bagi Syabas pula tidak jelas kepada siapa sebab pihak Syabas sendiri pun salah faham arahan tersebut. Sepatutnya BPOPP memainkan peranan dalam hal ini bukannya menyusahkan kami di Pejabat Pembayar.
Bila masuk bulan Februari kami dikejutkan dengan berita pertukaran besar-besaran gred W32 yang telah lama berkhidmat di pejabat kami. Hadoi dengan bos aku kena dan beberapa tempat yang agak penting ditukarkan. Mula-mula bos tawarkan aku ke Unit Gaji, tapi memikirkan aku sedang berada di semester ketiga EMAS memanglah mencabar gila. Sabtu dan Ahad aku tak leh nak gi pejabat sebab komitmen kelas. Puas aku berbincang dengan orang rumah bagaimana kalau aku dipaksa untuk mengisi kekosongan tersebut. Sedikit serabut kepalaku. Bosku cakap kalau boleh dia nak kekalkan aku kat seksyen bayaran, tetapi memandangkan ada orang berminat di Seksyen Bayaran tak boleh dan mungkin ditempatkan di Seksyen lain. Isnin 22 Februari kawan-kawan di Unit Gaji mempelawa aku buat kali terakhir, Beliau percaya aku boleh lakukan dan bersedia memberikan sokongan penuh kepadaku. Ya allah aku mengharapkan bantuanMu memberikan aku kekuatan untuk mengetuai pasukan Gaji di JPM sementara Akauntan baharu masuk mengetuai unit ini. Dengar cerita keadaan yang penuh dengan kesibukan sepanjang bulan ini hanya berlaku pada tahun ini sahaja, kemungkinan tahun depan dan reda sebab HCM dah dilaksanakan di peringkat PTJ.
Berikut aku senaraikan kenapa aku perlu ke Unit Gaji
1. Belajar tentang GAJI secara sepenuh masa dan lebih fokus untuk tujuan perkembangan karier dan kerjayaku sebagai seorang Penolong Akauntan.
2. Aku bersedia menerima cabaran baharu di Unit Gaji kerana rakan seperjuangan percaya kemampuanku boleh melakukannya, makanya aku sendiri pun kenalah percaya bahawasanya aku juga mampu.
3. Sokongan isteri tersayang amatlah membantu aku untuk berjaya dalam karierku, aku telah berbincang dengan beliau dan telah mengambil masa dua minggu sebelum membuat keputusan ini.
4. Belajar pengurusan masa dan pengurusan kerja.
5. Kerana aku suka tugasan Gaji dari dulu peluang untuk buat secara sepenuh masa ni amatlah dinanti-nantikan. i love my jobs.
6. Saya ingin buktikan saya boleh.
7. Saya memang layak untuk ini.
8. Ramai orang sudah berjaya melakukakannya.
9. Kerana saya adalah merupakan seorang Penolong Akauntan yang berkaliber.
10. Kerana saya ingin tingkatkan hidup saya.
Saya seorang yang Bertanggungjawab, Optimis, bijak Mengurus Masa dan KErja, Sentiasa mengamalkan kerja berpasukan dan saling bantu-membantu.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan semester kedua pun sudah keluar.... target untuk semester baharu iaitu semester ketiga ni nak score 3.33 iaitu semua subjek B+. Tetapi akan aku cari peluang untuk mendapatkan A satu subjek dengan itu kena pastikan OGA score 45 dan ke atas. Tugasan kena siapkan awal dan kena proofread banyak kali. Hmmm nak kena baiki PC dan Laptop... sakit hati pc tak leh guna Mc Word dan Laptop yang takleh guna wifi. Nak cerita juga sebelum peperikasaan akhir semester kedua ni kami banyak buat study group, alhamdulillah berkat study group kami walaupun OGA tak sampai pun 40 yelah untuk Ethic aku dapat 38 dan untuk Policy cuma 35... dah la final exam satu soalan tak dapat jawab langsung. Ingat macam dah kantoi jer.... alhamdulillah semasa study group tu banyak contoh-contoh kami kongsi dan dapat mengolah ayat yang terbaik. Terharu sangat tengok keputusan semester ini, terasa yakin boleh melakukan lebih baik lagi untuk semester yang akan datang ni. Lagipun subjek semester ketiga ni Project Management dan Strategic Management memang best belajar masa degree dulu cuma tahap master ni mungkin banyak lagi cabaran dia, tapi tidak mengapa aku akan mempersiapkan diri untuk menghadapinya dengan sokongan orang di sekelilingku. Pesan ibuku sentiasa berdoa kepada allah memohon agar dipermudahkan urusan.
Berikut adalah cadangan Jadual Harian Baharuku
4.00 pagi - bangun mandi dan belajar
5.00 pagi - Buat tugasan
6.30 pagi - Solat Subuh - sarapan
7.00 pagi - layan anak-anak
7.15 pagi - bersiap hantar anak2 ke sekolah dan ke pejabat
8.00 - 8.00 mlm kerja
8.30 mlm Mandi
9.00 Mlm layan anak2 sambil baca jurnal.
10.00 mlm sepatutnya masa untuk tido
Inshaallah aku akan berubah tahun ini perlahan-lahan untuk menjadi anak yang soleh, insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga aku berjaya memainkan peranan sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anakku dalam keadaan kesibukan ini.
Ayuhlah keluar dari kepompongku... keluar daripada keselesaan sekarang demi kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment