Alhamdulillah kelas hari ini berjalan lancar. Tapi Hj Joe kata kelas berikutnya kena adakan dua hari juga Sabtu dan Ahad sebab masa singkat sangat tak sempat dia nak kongsi ilmu didadanya hihihi... Satu perkongsian yang bagus daripada seorang pakar yang bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia pengurusan projek. Beliau begitu mahir dengan subjek ini, syukurlah dipertemukan kami oleh Nya dengan insan yang begitu berpengalaman untuk mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman dengan kami.
Kami rehat tadi pukul 1 tengahari dan hari ini kami ramai-ramai naik kete Nissan Amer untuk makan tengahari di Seksyen 7, Restoran Umi. Meriah juga kat situ rupenya, itulah pertama kali aku ke situ dan banyak kemudahan ada di situ antaranya tempat fotostat, print dan juga ada dobi DIY. Selepas tu belajar jalan baharu kat situ barulah tahu rupenya tak perlu u turn jauh-jauh kalau dah pergi situ, patutlah diorang rileks jer lepak-lepak selepas makan.
Selepas habis kelas tadi risau juga ni sebab ada banyak tugasan perlu disiapkan. Sempat berbincang dengan ahli kumpulan sekejap tadi. Lepas tu ambik buku Leadership dan Strategic Management. Tahun pertama beli buku guna BB1M. Buku SM guna BB1M RM100 manakala buku Leadership bayar tunai RM70. Walaupun tak dapat resit, tak apalah harga buku jauh lebih murah berbanding beli kat kedai buku.
Balik dari kelas aku terus singgah Alamanda sebab nak beli barang yang orang umah kirim. Sambil tu belilah air 100 plus dua botol dan biskut kering satu tin. Sedang dok jalan-jalan nampak plak gula-gula ribena belilah dua untuk Najmi dan Siti. Penyarah dok cite dalam kelas tadi anak-anak masa kecik jer dia sibuk nak bermanja ngan kita, bila dan masuk alam persekolahan dia akan sibuk dengan kawan-kawan dia. Kesian plak kat cahaya permataku dua orang tu... tak apalah setahun jer lagi. Insya allah ayah akan buat yang terbaik demi anak-anak ayah yang sedang membesar.
Balik umah balut buku dan alhamdulillah sempatlah belek-belek buku tu. Hmmm buku Leadership nie memang banyak recall balik apa yang dah belajar masa diploma dan degree. Tapi banyaknya teori dan konsep... semoga aku bertabah membacanya. Buku yang aku pinjam kat libry pun dah boleh pulangkan balik esok ni, dah baca setakat yang mampu jer lah. Sebabnya buku yang patut aku baca 3 bulan jer lagi ni dah ada depan mata. Oklah lain kali nak pinjam majalah jer kat perpustakaan tu. Tapi ingat nak buat inter loan la buku pasal pengurusan projek tu.
Pelik plak PC aku ni napa tak detect kesilapan grammar ya... ginger pun macam tak berfungsi jer. Macam manalah aku nak siapkan kerja sekolah yang banyak ni tanpa bantuan proofreading software ni. Nak buat jadual waktulah nanti. Papan Kedidi di meja belajarku pun tak update lagi ni. Rasanya dah nak tidur. Esok kena bangun awal... cuti sekolah dah habis... jalan mungkin sesak esok...
No comments:
Post a Comment