Perjalanan dari Bandar Sierra ke Beaufort memakan masa selama 2 jam sahaja. Dari rumah kami bertolak lebih kurang jam 6.30 pagi... sampai ke pekan Beaufort jam 8.30 pagi... selepas berhenti rehat sekejap... kami menghala ke rumah saudara... jam 10.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke Sipitang... lebih kurang jam 40 minit kemudian kami sampai di Sipitang... mulanya bercadang nak berkelah kat dataran esplanet tu... ramai pula orangnya... dah la panas pula tu... last2 kami pun berkelah di sebelah bangunan Askar Wataniah tu... banyak pokok dan teduh.... sesuai untuk berkelah... padang bulat di Esplanet tu menjadi hiasan mata kami... Hotel semuanya penuh kerana orang menghadiri kenduri kawin... ayah aku dah booked hotel di Beaufort, tapi disebabkan kami malas nak ulang alik ke sana sini... jadi kami cari penginapan lain... Motel TImah pun dah penuh... Motel Garden Billion ada kosong... tapi jam 2... memandangkan jam menunjukkan jam 1 lebih... kami berpusing2 di bandar dulu... selepas membeli sedikit buah kami menuju ke Motel Garden Billion tu.... banyak pula bilik kosong... dua katil single RM65 semalaman... satu double satu single RM80 semalaman... kami ambil dua bilik katil single sebab bilik tu berdekatan... selepas tu... kami tambah extra bed RM10 satu... pada mulanya ayah aku kurang setuju kerana biliknya sedikit berbau... memang macam2 bau sebenarnya... bau rokok... bau itu dan bau ini... ibu aku pula dah penat agaknya dia kata ok jer... kebetulan ada spray pewangi di keretaku... jadi aku pun semburlah bilik tu... tak cukup dengan itu aku semburkan minyak wangi avon aku pada kipas dan air cond... supaya udara menjadi segar... malamnya aku beli dua set ubat nyamuk gel .... pengalaman aku ubat nyamuk tu baunya harum... setidak2nya boleh menghilangkan bau busuk bekas pelanggan lain tu... alhamdulillah berkesan... kebetulan pula waktu magrib tu nampak kelibat nyamuk besar... memang kenalah aku pasang ubat nyamuk tu...
Petang kami makan2 di esplanet... malam kami makan buah2 ... dan hidangan KFC yang ditapau bersama sate... supper aku makan maggi ayam... sedap pula dah lama tak makan agaknya...
pagi jam 6.30 kami bertolak ke Beaufort dan sarapan pagi di sana... selepas tu kami singgah di Tamu Membakut.... selepas tu membeli lagi ikan bilik di tepi jalan.... mahal juga ikan bilis di tepi jalan Papar tu... murah lagi membeli di KK...
Akhirnya kami sampai di rumah jam 11 pagi... syukur... penat memang penat... tapi best dan gembira gila...
No comments:
Post a Comment