Friday, June 24, 2011

Isteriku Tidak Tahan Lagi... Menenangkan Fikiran di Sandakan...

Tak tahan lagi... tak tahan lagi...
Malam Khamis tu isteriku call dia marah2 dan menangis sebab tak tahan dengan keletah anak aku... dia kata penat nak melayan sorang2. Aku pula kawan baikku mengajak temankan dia ke Sandakan kononnya nak habiskan masa bersama kawan2 sebelum aku pindah ke Putrajaya. Padahal aku sendiri pun tak tahu lagi bila aku akan dipindahkan kerana setiap kali aku call bahagian pertukaran kerani dia bagitau belum ada maklumbalas dan bukan tugas dia untuk push orang atas yang bertanggungjawab menguruskan pertukaran aku tu. Tambahlah fedup aku dibuatnya, tapi aku tak boleh menyerah kalah begitu awal... masih boleh berusaha kan....

Malam Khamis tu aku berjumpa dengan CYY sebab nak uruskan beberapa perkara. Aku dah pesan seminggu awal kepada dia suruh dia call hotel... katanya nanti dia call... sehinggalah malam kami berjumpa dia belum call hotel, alasan sibuk dan tiada kredit. Aku nampak betul muka dia lain masa tu... dia kata dia penat sebab kerja dari jam 4 pagi lagi... ok... aku ajak dia gi beli beberapa keperluan iaitu makanan dan minuman untuk minum dalam kereta pagi esok. Kami berjanji akan berjumpa jam 6 pagi dimana aku akan ambil dia di Sembulan. Dia minta lewatkan sikit kepada jam 7 pagi... aku menjelaskan kenapa perlu jam 6 pagi adalah kerana untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Susah pula dia nak bagi kerjasama kali ini.

Selepas menonton Green lantern... kami pun pulang ke rumah. Syukurlah selepas mengemas barang sedikit aku mandi terus sembahyang. Kemudian aku tido lena...

Jamm 4.30 pagi aku tersedar terus aku mandi dan solat... jam 5.30 pagi aku bertolak dari rumah. Jam 6 pagi aku ambil yusri di Sembulan... selepas itu kami memulakan perjalanan ke Sandakan. Nampak betul mukanya seolah2 tidak suka... aku buang fikiran negatif ku jauh2. memula kami singgah isi minyak di Tuaran... selepas itu kami singgah makan di Kinabalu Park... sejuknya... pada mulanya kawan aku bergaya tidak mahu makan... selepas itu aku pujuk dia suruuh makan takut perut masuk angin... lagipun dia beli ubat mabuk... sebelum ok plak... kenapa tetiba nak makan ubat mabuk pula kan... adei ya...

Masa kami berenti isi minyak dan angin. Isteri aku call sambil nangis2... dia bagitau dia mengandung lagi...

Perjalanan yang jauh selama 7 jam akhirnya kami sampai di Sandakan jam 1.00 petang... mencari hotel satu hal... sebab ini kali pertama kami ke sini memandu... setengah jam kemudian baru kami jumpa... dah check in hotel tu... leganya.... kami putuskan lelapkan mata dulu sekejap... tidolah kami... bangun mandi dan sembahyang, kami pun bergerak ke bandar... pusing2... malamnya kami pergi ke gym... dan mandi kolam, sauna dan steam...

Hari kedua... kami breakfast... aku ajak C YY ikut ke Tawau dia tak mau katanya nak jumpa kawan. Aku bergerak ke stesen bas dan bertanya tiket... harga tiket RM40 sehala... malangnya tiada tiket petang atau malam... tiket paling last jam 2. Perjalanan pun 6 jam... fikir2... tak mahulah aku... terus call kawan aku ajak dia gi ke beberapa tempat menarik seperti Sepilok... tempat pembiakan kera, dan memorial... tetapi dia tak mau dan katanya ada date... lalu aku teruskan perjalanan ke rumah abang aku... sebelum tu gi shopping di Giant dulu.... selepas itu aku pun gi beramah mesra dengan anak saudaraku...

Petang aku pulang ke Hotel... aku nampak si yusri masih lagi di bilik... tanya dia dah keluar ka... dia kata sudah... dan.. aku nampak dia sembang dengan orang hotel... katanya dia dah make friends dengan bebudak hotel tu... ok... ada ker dia minta minuman jer... towel aku kotor aku minta tukar minta stok sabun dan tisu lap berak... Masa dia masuk bilik aku tanya dia jam berapa kawan kau datang... jam 3 nanti selepas dia abis shif keje... aku macam nak offer juga... tapi bila dia cakap dia akn gi date ngan kawan dia tu... oklah... silalah... sekali dah jam 3 masih lagi dia di bilik dok tengok tv... aku masuk bilik air berak, mandi dan ambil wuduk. Selesai solat... aku call isteri aku... bercakap2 dengan anak aku.... kawan aku dengar sebab aku kasi besar speaker... dia ketawa2... selepas aku letak ganggang telefon.. aku tanya dia... tak jadi keluar ker...dia bagitau kawan dia keje... ok... aku pun ajak dia keluar makan... dia diam... aku naik katil tido2 ayam...

Jam 4 petang aku macam malas nak berguling2 lagi atas katil empuk tu... aku ajak dia ke bandar... akhirnya dia setuju... jalan2 lah kami mengelilingi pekan sin sin dan batu sapi... akhirnya kami dah tahu panggung wayang kat mana... malamnya kami singgah makan di steamboat... dia tak lalu makan... siap perli aku lagi katanya aku makan banyak..... kebetulan hari tu hujan... seharian aku tak makan nasi... breakfast pagi tadi pun aku makan kuew teaw goreng dan kueh mueh jer... Aku nampak dia makan banyak juga nasi dan mee kari tu... aku ambil sesenduk jer ... lepas tu aku makan ikan, udang. ketam dan bebola... pelan2 aku makan... baru setengah jam dia dah siap.. katanya dah tak larat lagi... poyo jer... padahal ini bukan kali pertama kami makan stail buffet... dia boleh perli aku makan banyak... memang la saya nie suka menikmati makanan yang banyak tu... kalau nak dibandingkan aku dengan dia... dia terus ambil banyak2 sampai penuh pinggan... aku ambil sikit2... apalah... beberapa kali dia pergi ke tandas... lepas tu dia tunggu di pintu masuk... aku nak makan pun dah tak der selera... tapi aku tetap juga merasa semua makanan yang ada di situ... aku benci dengan sikap dia... kenapa dia bersikap begitu... malamnya kami balik bilik... selepas berehat sejam dia terus ke gym... oklah...

esoknya... aku dah berjanji dengan abang aku untuk gi beli udang... aku ajak dia ikut sekali... dia tidak mahu... kami bergerak ke beberapa tempat untuk beli udang... habis juga RM150... lepas tu aku beli buah salak bertangkai... sampai hotel aku masukkan barang2 ke dalam keteku... borak sekejap... lepas tu aku gi breakfast... tergerak pula hatiku nak tengok hp.... ada sms drpd yusri... "Jam berapa kau balik"... "aku pergi dulu, jumpa lagi... bye bye" ... mula2 aku baca aku ingat dia nak gi bandar jumpa kawan dia... so aku gi makan2 dulu... aku balas ar bagitau aku gi makan di cafe. sekali aku baca betul2 sms tu baru aku faham.... .. DIA DAH TINGGALKAN AKU...

sekali aku balik bilik.....Sakit hati pun ada... sedih pun ada... takut pun ada sebab kena drive sorang2 dari Sandakan ke Kota Kinabalu... tempat yg paling aku takut ialah di Beluran tu... dah kawasan Ranau tu... sambil2 drive aku call isteri aku... isteri aku bad mood sebab dia mengandung lagi... last2 aku call kawan aku easter... dengan dia lah aku sembang sepanjang perjalanan di Beluran tu... akhirnya aku sampai di Ranau... syukur alhamdulillah... setelah melalui jalan2 yg agak mencabar... aku pun sampai di Petronas Ranau... kencing kejap... solat... teruskan perjalanan ke Kinabalu Park... ingat nak tido kejap... tak perlah... pekena kopi dan keaw teau goreng dia yg sedap itu... lepas tu aku melabur...

Aku teruskan perjalanan ke KK... memula aku bawa penuh berhemah... tetiba ayam melintas jalan aku dalam keadaan laju... ayam itu jadi mangsa... tuan ayam nampak... lalu aku pandu laju2 ala2 racing gitu... dua jam kemudian aku dah sampai rumah... tidolah aku selena lenanya...

No comments:

Post a Comment