Tuesday, June 7, 2011

Awal pagi lagi dah buat mood orang lari...

Salam Selasa...
Hari nie ada mesyuarat pagi... aku datang awal sikit ke opis... selepas kakak aku kuar dari kete... aku telefon si dia. Banyak betul soalan yang menyakitkan hati ditanyanya... soalan berkaitan cerita yang aku bagitau dia malam tadi. Adoi... aku tak suka la soalan cenggitu... pada aku itu semua soalan bodoh... dan aku tak suka jawab... last2 aku sound la... yelah dok tanya soalan bodoh pagi2 hari... orang nak cakap benda lain... dia sibuk dok tanya benda2 bodoh yang dah basi...

Last2 aku tiada mood mau bercerita lagi... aku diam... dan say goodbye jor... lepas tu terima sms kata aku rosakkan mood dia... geram juga aku... tapi aku buat tak tahu jer... masuk opis... lagi tension aku tengok staf aku punya berkira... datang awal... tapi tak buat keje... ada dok tido, ada dok berpeluk tubuh sambil dengar radio... macam mana aku nak tegur diorang nie... kenapalah tak reti nak pikir... ambil masa pergi solat mau satu jam... kadang2 keluar makan dalam waktu pejabat... sakit nya hati ini... kenapalah staf aku nie... sabar... sabar dan sabar...

Sekejap kemudian kaki datang lewat pun sampai... aku tegur kenapa datang lewat... dia buat bodoh... aku sound lain kali jangan lewat lagi... eee gerigitan aku rasa hari nie... nasib baik keje banyak... aku fokuskan ringkasan penyata pemungut dan cari catatan pelarasan yang patut... alhamdulillah semua aku dah jumpa... siap taip aku print dan arahkan staf aku key in baucar jurnal tu...

Penyesuaian deposit dah siap draf... penyesuaian amanah pun aku dah tengok... penyesuaian hasil lagi... selepas meeting mesyuarat pagi aku fokus kepada penyesuaian hasil... terkejut juga aku penyesuaian bulan lepas ada banyak kesilapan yang pernah kami lakukan dahulu... yelah cc aku sibuk siapkan report dia... staf aku pun katanya dia buat sendiri... tapi memang oklah... aku pun tak salahkan dia... kesian dia... selepas membuat sedikit teguran dan memberitahu kesan sebab dan akibat kepada staf... aku membetulkan kesilapan tersebut dengan pensil dan meminta dia buat semula nanti... barulah aku dapat buat penyesuaian Mei punya dengan betul.

Sebelum mesyuarat ada seorang matron datang jumpa aku... kepoh betul matron nie... dia bagitahu ada orang asing mau datang beranak di hospital kami dan tidak tahu kadar bayaran. Jadi dia minta aku masukkan maklumat bayaran tu ke dalam website kami. Sebenarnya unit ICT pernah meminta aku sediakan benda tu dan aku dah bagi pun kepada diorang. Selepas mesyuarat aku tanya unit ICT dia kata maklumat aku akan diupload... aku tanya lagi ada terima tak emel yg aku bagi sebelum nie... ada katanya. Selepas tu dia komen kalau boleh buat ringkas lagi... oklah...

Tengah aku dok kira duit kutipan hasil... Penolong Pengarah masuk dan bertanyakan pasal draf kadar caj tu... aku bagitau saya memang dah sediakan tapi pihak klinikal minta maklumat lebih banyak... manalah aku tahu jenis rawatan yang selalu diorang terima... dah la kami nie manual... pening tul aku... nampaknya benda nie aku kena siapkan di rumah jer lah dalam minggu nie... benci aku...

Pembelian amanah aku dah bincang dengan pengarah kami hari tu... dia nak tengok senarai barangan dulu... kemudian baru dia decide samada terus atau sebutharga...


Saturday, June 4, 2011

Perjalanan Cuti-Cuti 1Malaysia ke Sipitang...

Perjalanan dari Bandar Sierra ke Beaufort memakan masa selama 2 jam sahaja. Dari rumah kami bertolak lebih kurang jam 6.30 pagi... sampai ke pekan Beaufort jam 8.30 pagi... selepas berhenti rehat sekejap... kami menghala ke rumah saudara... jam 10.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke Sipitang... lebih kurang jam 40 minit kemudian kami sampai di Sipitang... mulanya bercadang nak berkelah kat dataran esplanet tu... ramai pula orangnya... dah la panas pula tu... last2 kami pun berkelah di sebelah bangunan Askar Wataniah tu... banyak pokok dan teduh.... sesuai untuk berkelah... padang bulat di Esplanet tu menjadi hiasan mata kami... Hotel semuanya penuh kerana orang menghadiri kenduri kawin... ayah aku dah booked hotel di Beaufort, tapi disebabkan kami malas nak ulang alik ke sana sini... jadi kami cari penginapan lain... Motel TImah pun dah penuh... Motel Garden Billion ada kosong... tapi jam 2... memandangkan jam menunjukkan jam 1 lebih... kami berpusing2 di bandar dulu... selepas membeli sedikit buah kami menuju ke Motel Garden Billion tu.... banyak pula bilik kosong... dua katil single RM65 semalaman... satu double satu single RM80 semalaman... kami ambil dua bilik katil single sebab bilik tu berdekatan... selepas tu... kami tambah extra bed RM10 satu... pada mulanya ayah aku kurang setuju kerana biliknya sedikit berbau... memang macam2 bau sebenarnya... bau rokok... bau itu dan bau ini... ibu aku pula dah penat agaknya dia kata ok jer... kebetulan ada spray pewangi di keretaku... jadi aku pun semburlah bilik tu... tak cukup dengan itu aku semburkan minyak wangi avon aku pada kipas dan air cond... supaya udara menjadi segar... malamnya aku beli dua set ubat nyamuk gel .... pengalaman aku ubat nyamuk tu baunya harum... setidak2nya boleh menghilangkan bau busuk bekas pelanggan lain tu... alhamdulillah berkesan... kebetulan pula waktu magrib tu nampak kelibat nyamuk besar... memang kenalah aku pasang ubat nyamuk tu...

Petang kami makan2 di esplanet... malam kami makan buah2 ... dan hidangan KFC yang ditapau bersama sate... supper aku makan maggi ayam... sedap pula dah lama tak makan agaknya...

pagi jam 6.30 kami bertolak ke Beaufort dan sarapan pagi di sana... selepas tu kami singgah di Tamu Membakut.... selepas tu membeli lagi ikan bilik di tepi jalan.... mahal juga ikan bilis di tepi jalan Papar tu... murah lagi membeli di KK...

Akhirnya kami sampai di rumah jam 11 pagi... syukur... penat memang penat... tapi best dan gembira gila...

Tuesday, May 31, 2011

Hari Terakhir Dalam Bulan Mei 2011..

Pagi nie... kami pergi berkelah di Pantai Tanjung Aru... kami bertolak selepas sarapan pagi. Malam kelmarin aku dah beli keropok untuk makan di sana nanti, dalam perjalanan nanti nak singgah beli ais dan minuman. Semalam lupa pula aku nak beli minuman. Kami sampai di Tanjung Aru jam 9 lebih... ayah, umi, kakak serta adik2ku dah pun bersedia untuk berkelah. Aku mengambil ais dan air lalu sediakan. Dah ada tanda hakisan ombak di tempat biasa kami lepak nie... Adik2ku pada mulanya hanya bermain kejar anak ketam, lepas tu main pasir... kemudiannya mandi manda di pantai tu... Tandas awam tutup pula hari nie... susahnya... kalau tandas awam buka mungkin kami lepak sampai tengahari, tadi jam 10.20pagi kami dah bersiap balik ke rumah. Aku sampai ke rumah jam 11 pagi...

Sambil rehat2 aku teringat mau tengok channel sport ... hmmm sukan ragbi... dah lama tak tengok... kebetulan memang ada dua buah perlawanan aku layan... hmmm pasukan pertama tu nampak sama2 tahap mainannya... dan gaya permainan pun tak lah ganas sangat. Permainan kedua tu sama2 ganas... sampai berdarah2... yang aku pelik kan... diorang nie laju juga lari.... dan rata2 umur diorang 20 an... kalau ada 30 an ke atas tu sorang dua jer... tak pun diorang punya kapten pasukan...

Selesai Zohor... aku mula membelek website... terjumpa pula website ini... untuk tingkatkan tahap penggunaan otak katanya...

ianya bermula dengan memori, tumpuan (attention), kelajuan (speed), fleksibel (flexibility), dan penyelesaian masalah (problem solving).

1. Memori / Memory

Daya memori yang baik membantu anda mengingati nama, mencari lokasi, dan mengingat kembali maklumat penting dengan lebih cepat dan tepat.

Skill berikut melibatkan penggunaan memori ;
1.1 mengingati nama selepas kali pertama berkenalan
1.2 navigating bandar bari menggunakan arahan mental
1.3 buat ujian IQ
1.4 belajar benda baru dengan lebih cepat dan lebih tepat.
1.5 mengingati lokasi sesuatu objek
1.6 membuat congakan
1.7 mengingati visual pattern

2. Perhatian / attention
Have we got your attention?

Kajian dilaksanakan oleh Landmark menunjukkan latihan tumpuan memberi kesan yang kuat ke atas keboleh melaksanakan ujian dengan lebih baik, bersukan, dan dalam aktiviti yang memerlukan kebolehan visual.

Antara latihan untuk meningkatkan daya tumpuan adalah ;
2.1 tumpuan ke atas cabaran baru
2.2 produktiviti di tempat kerja atau di rumah
2.3 memandu dengan lebih selamat dan cepat
2.4 ketepatan dalam sukan seperti golf atau tenis
2.5 mengelakkan gangguan
2.6 Peripheral vission
2.7 mengfokus kepada tugas utama dalam urusan harian...


3. Kelajuan / Speed
Think fast

latihan kelajuan mental memproses boleh membantu seseorang berfikir lebih jelas dan cepat, meningkatkan masa tindakbalas, dan meningkatkan kewaspadaan. Latihan cepat berfikir membantu seseorang menjadi lebih effektif / tajam di tempat kerja, sekolah dan dalam urusan harian.

Perkara yang boleh membantu dalam latihan meningkatkan kelajuan berfikir
3.1 Masa memberi tindak balas
3.2 membuat keputusan dalam situasi yang sensitif
3.3 mengenalpasti laluan yang terbaik dalam kesesakan lalulintas
3.4 intuisi haluan
3.5 meningkatkan proses berfikir yang berkaitan
3.6 cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran
3.7 mental visualisation

4. Flexibility

Latihan fleksibel membuatkan seseorang mampu membuat pelbagai kerja, membantu anda mengolah buah fikiran dgn lebih baik, dan memberikan seseorang disiplin untuk mengawal gangguan. Menjadikan anda seorang yang berfikiran kreatif.

Antara perkara yang berkaitan fleksibeliti daya berfikir
4.1 Strategic planning
4.2 membuat pelbagai kerja dengan cepat dan tepat
4.3 berfikir di luar kotak fikiran
4.4 mengelakkan kesilapan dan kesalahan
4.5 berkomunikasi secara jelas
4.6 mengawal nadi
4.7 mengawal daya tumpuan

5. Menyelesaikan masalah...

Penyelesaian masalah yang berkesan membantu seseorang membuat keputusan yang cepat dan tepat. Seseorang yang telah dilatihkan dalam menyelesaikan masalah dilaporkan berkebolehan membuat anggaran,perbandingan dan pengiraan dengan mental.

Perkara yang perlu diberi perhatian utnuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
5.1 selalu membuat congakan
5.2 mengenalpasti langkah terbaik daripada beberapa pilihan
5.3 mengenalpasti tren dan corak
5.4 membuat anggaran yang cepat dan tepat
5.5 membadingkan nilai berbeza
5.6 mengasah bakat semulajadi dengan nombor
5.7 merungkai kenyataan yang susah/kompleks...

inilah yang aku dapati... sebenarnya kalau nak belajar benda nie ada latihan diberkan dalam website... tapi ada bayaranlah... dalam dolar lagi tu...

First thing first lah kan...





Monday, May 30, 2011

Penyelia mana yang sesuai...

Penyelia adalah seseorang yang bertanggungjawab memastikan fungsi bahagian/unit/subunit sesuatu organisi dilaksanakan sebagaimana tujuan sesebuah organisasi itu diwujudkan. Penyelia sangat penting kerana membantu pengarah mencapai objektif.

Cara penyeliaan umumnya boleh dikategorikan kepada dua iaitu secara lembut tapi tegas dan keras serta menyakitkan... pengalaman aku sendiri dulu aku pernah keraskan menyebabkan diorang kurang suka... tapi bila aku lembut dan bertegas diorang makin manja. mungkin aku tak reti bertegas. Kadang2 aku rasa ada baiknya terus tegur jer kesilapan tu dan minta diorang jangan simpan dalam hati... kerana situasi kami yang sentiasa sibuk di kaunter dan kadang2 kalau buat meeting pun masing2 tak dapat fokus... dan kadang2 apa yg ditegur dalam meeting masih dibuat membuatkan aku terus tegur kesilapan mereka itu yang nyata memang lebih berkesan di organisasiku.

Hari ini aku ingin berkongsi bagaimana perdebatan antara aku dan kawanku...
Sekejap dia setuju penyelia mulut laser dan keras... sekejap dia setuju lembut tapi tegas...

opps... aku bergegas keluar nie... lain kali la aku sambung...

Jangkaanku Tepat Sekali

Tempoh hari aku bertekak dengan kawan aku pasal pengambilan staf perhotelan. Memanglah dia dah sepuluh tahun terlibat dalam perhotelan, aku pula on dan off... sekejap hotel situ kejap hotel sini.... jadi pengalaman aku lebih banyak hotel berbanding kawan aku hanya tertumpu di hotel di sekitar Bandaraya Rimba Tropika sahaja...

Kawan aku menceritakan bagaimana mereka staff tetap tidak sukakan seorang staff part time yang telah lama bekerja di hotel B... staff part time tu aku kenal juga sebabnya aku pernah keje part time kat hotel tu juga... bilang kawan aku mereka semua tidak akan setuju jika staff part time tu diserap ke tetap. Aku bagitau dia bahawa kuasa pengambilan adalah bahagian HR dan jika pengurus terpikat dengan prestasi keje beliau, pekerja sementara tu tetap juga akan diambil. Kawan aku mengatakan bahawa aku tidak tahu situasi di hotel mereka bahawa staff tetap ada kuasa dalam pengambilan. Aku memberitahunya... perhotelan adalah industri berorientasikan keuntungan, apa2 yang boleh menguntungkan hotel semestinya pihak hotel tidak akan berkompromi untuk menyatakan tidak.

Beberapa hari selepas tu aku kebetulan lalu di hotel kawan aku kerja dan singgah sembahyang magrib... kebetulan selepas keluar surau jumpa pekerja sementara tu... dia bagitau bahawa dia kena kurangkan berat badan kerana tak lama lagi dia akan diserap tetap ke hotel tu. Dia bertanyakan dimana boleh dapat cuka apple nabil tu... selepas bertukar no hp kami berpisah buat seketika.

Semalam aku jumpa kawan aku...
Dia mengatakan bahawa pekerja sementara tersebut telah ditawarkan tetap dan berkuatkuasa pada 1 Jun 2011... aku diam sahaja.

Itulah kisahnya...

Sunday, May 29, 2011

Kenapa aku tak suka menulis lagi

malasnya otak aku nak pikir...

rasa lemah plak...

dah lama aku tak gi berenang...

dah lama aku tak berlari....


Tahun 2011

Syukur Alhamdulillah, research project yang menjadi igauan mimpiku selama ini telah selamat aku siapkan. Selepas berhempas pulas dua bulan akhirnya siap jua.

Memula aku memohon untuk bertukar ke Putrajaya pada Oktober 2010 dan borang tu aku miinta tolong isteriku hantar pada Nov 2010. Keputusan tu ku dapat pada Januari 2011 padahal aku telah menyatakan di sana bahawa aku mahu pindah pada Jun 2011... seminggu sebelum surat arahan perpindahan keluar mujurlah aku sempat menelefon pegawai incharge itu barang, sempat juga aku hantar surat perbatalan permohonan tukar tue. Aku minta diorang simpan dulu borang permohonanku sehingga bulan April, maksudnya bulan april baru masuk senarai menunggu semula.

Pada bulan Februari, aku cuti tiga minggu kerana stand by mode isteriku kata dia telah mula sakit2... kalau ikutkan aku kena balik semula bekerja pada minggu terakhir februari tu... tapi disebabkan kesian tengok isteriku aku sambung jer cuti tu... tiket burn hampir RM600 juga melayang... akhirnya isteriku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.99KG pada 17 Februari 2011... syukurlah aku tidak balik dulu... tiga hari di Hospital kami diminta follow up di Klinik Kesihatan Putrajaya... Pada pagi Isnin JM datang ke rumah suruh pergi ke KKP untuk ujian darah... disahkan kuning... admit Nurseri selama 4 hari... selepas tu JM datang lagi... kali nie kami kata kami nak buat follow up di Pontian jer... dia akur... Hari khamis kami bertolak ke Pontian... Hari Jumaat kami buat majlis potong jambul.. Isninnya aku uruskan tiket balik ke KL... selepas tiga minggu bersalin... isteriku dah terpaksa membawa kereta...

Mac 2011.. aku masuk opis balik... sambil berfikir pasal project yang perlu disiapkan... bahan2 memang dah ada... ku semak balik bahan2... bawa prosposal dan jumpa pensyarah yang bertanggungjawab sbg penyelia ku... setiap minggu kami berjumpa... walaupun kerjasama yang diberikan tidak memberansangkan... aku gagahkan juga dan berfikiran positif... semua tegurannya aku buat....

Pada bulan April kertas projekku sedia untuk menyediakan soalan2 mendapatkan input daripada responden. Sekali lagi cabaran apabila kerjasama daripada responden yang malas nak baca soalan... ku lalui jua... selepas tu ku proses data jumpa kenalan yang bertugas di perpustakaan ... minta tolong ajar buat SPSS... selepas itu draf laporan pun siap... selepas proses semakan demi semakan dibuat... sehinggalah sehari sebelum viva voice penyeliaku baru perasan satu kesilapan yang menyebabkan aku terpaksa mengubah balik report dan perbentanganku... mujurlah aku kena masa tengahari... malamnya aku siapkan segala perubahan... kemudiannya aku print di pejabat dan terus binding... selesai semua... terus aku bergegas ke kampus... selepas menyerahkan tiga salinan report tersebut... bersedialah aku untuk perbentangan... 6 orang akan menilai perbentangan aku... bayangkan semuanya pensyarah yang hebat2 dalam research.... memula semuanya ok... tapi akhir2 tu macam sakit hati aku setelah dipersendakan oleh pensyarah... terimalah ia dengan hati terbuka....

Selepas itu aku berjumpa dengan penyeliaku untuk memberitahu sedikit teguran yang perlu diperbaiki. setelah dilihatnya seminggu masa diberikan kepadaku untuk memperbetulkan laporan ku... setelah siap memperbetulkan laporan dihantar untuk semakan terakhir... dan akhirnya aku boleh print hard cover sebanyak 2 salinan... dan soft binding satu set...

lega... akuberjaya hantar sebelum tiket aku menghadiri kursus di Kuala Lumpur...

Minggu pertama April aku dengan penuh optimis mengisi borang dan membuat surat rayuan pertukaran ke Putrajaya... pengarah meluluskan pertukaran berkuatkuasa Julai. Mujurlah Pengarah tidak banyak songe...

7 April aku menghadiri kursus di INTAN Jalan Elmu, Jalan Universiti...

12 April aku mengambil bas menuju ke Pontian...

Sedikit krisis kekeluargaan...

berat badan aku dah naik... lemak di pingganku makin bertambah...

baju saiz L pun macam tak muat lagi...