Wednesday, June 21, 2017

Cuti Raya Aidilfitri 2017

Pejam celik pejam celik dah hari ke 27 Ramadan. Lucukan pada mulanya kami ingatkan raya kat Key Ell la konon la... dah buat peracangan bagai nak pergi ke Jalan TAR malam raya atau Sabtunya nak nikmati sendiri kemeriahan raya di Key Ell ni... bukan rezeki kami sebab tak jadi. Bukan aku tak pernah beraya kat Key Ell ni pernah la beberapa kali masa keluargaku di Sabah dan kami tak pulang berhari raya kat Kelantan. Ingat masa aku bujang baru kerja tahun 2004 atau 2005 kami berhari raya di KL bersama adik lelaki aku yang juga tidak pulang ke Kelantan kerana tidak dapat cuti sebab dia baru kerja masa tu. Jadi aku pun buat keputusan aku teman jer lah adik lelaki aku untk beraya di KL. 

Petang tu selepas balik dari kerja, dalam pukul 6 petang kami bergerak ke Jalan TAR untuk menikmati sendiri suasana di Jalan TAR tu kononnya murah harga barang. Hajat di hati nak belilah biskut raya dan juadah berbuka. Sesampainya ke destinasi kelihatan suasana agak hambar sebab hampir masuk waktu berbuka. Aku dan adik berbaris di satu gerai yang menjual juadah kelantan. Aku memesan dua bungkus nasi dagang, agak mahal juga padaku pada ketika itu belasan ringgit juga kena. Lepas tu kami melilau cari biskut raya, macam tak de yang murah jer. Kerepek pun mahal. Lalu kami pun buat keputusan untuk balik sebab kebetulan kawan adik aku nak jumpa dia malam tu. Bila buka tv esoknya sibuklah kata barang murah kat tempat tu. Entahlah... 

Tahun ini aku seronok juga ni nak balik raya al-maklum jarang balik kampung kan. Raya kali ni agak lain sikit sebab tuan rumah yang aku, isteri dan anak2 nak tumpang bermalam tu berada di Putrajaya sebab dia tak balik. Rumah kakak aku tak jauh dari rumah keluarga, jadi aku sebelum ni tumpang tidur rumah kakak. Kali ini pun ingat tumpang tidur rumah kakak jugalah. Al - maklum keluarga besar, 5 orang dah kahwin dengan anak-anak masing2 memang tak cukup ruang lah kat situ kan. 

Tahun ini aku ambik cuti 3 hari sebelum cuti perayaan. Orang di pejabat terkejut juga dengan keputusanku, tapi ada juga yang gembira sebab boleh tolong tengokkan kerja diorang nanti. Sebenarnya aku nak jimat cuti, ye lah kita tak tahu apa yang akan berlaku nanti... lagipun aku ambik cuti awal ingat nak balik raya awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Sebelum ni teruk juga kami kena dah la masa tu anak-anak masing2 berak dalam pampers, dengan suasana dalam kereta masa tu tuhan jer yang tahu. Sabar jer aku time tu... alhamdulillah sempat juga kami berhenti bersihkan diri kat surau kat Permaisuri dan meneruskan perjalan ke kampung halaman... kebetulan waktu magrib orang pakat berhenti buka puasa jalan lengang...laju aku kejar masa... kebetulan isteri masa tu datang bulan, aku jer yang boleh solat... tapi kan musafir jadi aku target solat jamak kat destinasi jer nanti. 

Hari ini 21 Jun 2017 Rabu... aku cuti dengan niat nak berehat di rumah. Lagipun dah janji ngan anak-anak nak gunting rambut diorang. Alhamdulillah dengan izin allah lancar sekali terlaksana apa yang dirancang. Selepas itu aku ke Alamanda nak cari baju kot-kot ada sale boleh beli untuk orang tuaku. Hmmm agak susah juga nak cari baju dalam bajet aku... masih mahal, ye lah nama pun shopping kompleks di tengah2 Putrajaya mestilah mahal sikit kan... Bawa budak-budak makan bubur Mc D dan ais krim. Lepas tu isi minyak kereta. Sampai rumah kemas kereta. Lepas tu naik rumah. Lepas wife aku balik aku kemas beg dalam kereta. Hmmm sekrang tunggu kul 2 pagi untk bertolak balik ke kelantan. Malam ni lepas magrib tidur dulu, kemudian pukul 1 pagi baru bangun solat isyak dan terawikh dan solat sunat yang patut. Petang ni kalau ikutkan jadual asal tak nak masak, tapi nak save bajet biasalah keje kuli jer kan tak de bonus ada bantuan RM500 jer. Minyak situ, biskut raya situ.... hmmm syukurlah sekurang-kurangnya ada juga. Lagipun gaji lambat lepas balik raya, kenalah berjimat cermat. 

Keputusan temuduga LPPSA akan dimaklumkan selepas raya nanti. Oklah... itu sahaja coretanku buat kali ini. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... berhati-hati memandu pulang ke kampung...