Sunday, July 24, 2016

Berusaha sungguh AJK membantu urusan pertukaranku pada tahun 2010

Ingat lagi Disember 2008 masa lapor diri kat JANM Putrajaya semasa ditanya siapa dengan rela hati nak kerja kat Sabah. Aku mengangkat tangan dan menyatakan kesanggupanku untuk berkhidmat di Kota Kinabalu. Sebenarnya aku memang dah keje kat KK di Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah di Mini Putrajaya Komplesk KPKPS. Masa tu aku sambung belajar BASc semester ketiga. Dua bulan sebelum itu aku baru ditawarkan PBU oleh JPA. Dan keputusan temuduga pula keluar sebulan sebelum itu. Selepas keluar keputusan temuduga Penolong Akauntan W27 tersebut dua minggu selepas itu keluar pula keputusan temuduga Penolong Juruaudit W27 tapi aku dapat simpanan jer. Aku ada tanya SPA boleh ker kalau aku berminat untuk Penolong Juruaudit tu, diorang kata memandangkan aku dah terima lantikan Penolong Akautan W27 tu maka SPA tidak boleh buat tawaran untuk lantikan Penolong Juruaudit tu, semenjak bila pulalah dah tukar polisi. Sebab masa lapor diri PT(P/O) N17 dulu ada beberapa kawan aku dapat dua tawaran dalam tempoh yang sama iaitu N17 dan W17 tapi diorang pergi yang N17. Semasa lapor diri Penolong Akauntan tu banyak peristiwa lucu dan menarik... masih segar lagi dalam kotak fikiranku. Antaranya kisah aku ke Kajang daripada Putrajaya dengan menaiki motosikal kakak iparku yang sedang balik bercuti kat Sabah. Kemudiannya motorsikal tersebut rosak atas highway NPE aku telefon Norlan Ismail sahabat karibku semasa di JKT/KPKT untuk membantuku, itulah kali pertama kami tunda motor, hahaha maklumlah aku keje kat Sabah aku dah pakai kereta Kebal tu... lucunya.... sebelum aku telefon Norlan tu aku tunggu kat Bengkel motor tepi highway tu tapi pukul 10 pun tak buka lagi. Dah lama tunggu kul 11 baru aku telefon Norlan tu. Tak sangka dia dari Pusat Bandar Damansara boleh datang ke situ sekejap jer. Selepas tu abang long aku benarkan aku guna kereta dia, lucunya. 

Seminggu selepas itu kami 12 orang yang ditempatkan di bawah KKM pun melapor diri ke KKM. Kat situ lagi best, lagi banyak pengalaman yang best. Kat situlah result keputusan semester ketiga aku keluar, alhamdulillah dapatlah juga. Belanja kawan2 kek coklat pada hari gaji. Paling aku tak tahan aku tipu diorang bahawa aku dah kawin dan dah ada dua orang anak, almaklum aku yang paling tua di kalangan diorang. Diorang baru habis belajar kot masa tu kalau kerja pun baru setahun jer. Ada antara kami yang memang bagus orangnya amat menghormati orang lain. Masa kat KKM tu jugalah aku terima surat kelulusan permohonan PBU aku... hihihi siap dapat lagi yuran semester sebelumnya. Selepas krismas kami belum lagi dapat surat penempatan daripada KKM. Jadi aku pergi jom heboh kat Kompleks Sukan Bukit Jalil. Nak dijadikan cerita, hati aku bertaut kasih dengan salah seorang kawan semasa duduk2 melepak dalam perpustakaan tu. AKhirnya aku berpeluang berbual semeja dengan dia, masa tu sehari sebelum dapat surat penempatan. Masih segan nak minta nombor telefon, tapi ada sorang kakak tu pun dah kawin juga aku ambik no kak Aida. Ingat lagi masa kat KKM tu kami pergi ke Alamanda konon nak tengok movie tapi tengok cerita semua tak best. Jadi tak jadi tengok, gitulah kami... hahaha

Setelah dapat surat penempatan tu gembiralah kami semua... tapi aku ni masih resah sebab kalau ikut surat penempatan AG kena bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah tapi surat KKM suruh lapor diri ke JKN Sabah. Risaunya kalau-kalau disuruh pergi ke Hospital daerah lain. Masa lapor diri kat JKN Sabah, diorang ingat nak tempatkan aku dulu seminggu dua kat JKN Sabah konon nak bagi pendedahan. Tapi memandangkan aku dah berhubung dengan Puan Jenny tempat yang aku ganti tu dia kata nanti dia ajar aku nanti. Orang JKN pun lepaskan aku ke Hospital tapi kena tunggu diorang keluarkan surat. Sekejap jer surat dah siap... alhamdulillah. Mulalah aku kerja kat Unit Hasil Hospital Likas tu. Banyak kenangan manis kat situ... 

Dua tahun kemudian aku kawin, dan setahun kemudian lahirlah putera pertama kami. Dugaan buat kami putera pertama kami sumbing lelangit, tapi kami bersyukur kerana ada keluarga yang sangat memberikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi situasi tersebut. Namun memandangkan kami suami isteri berjuahan menjadi satu masalah kerana anak kami banyak temujanji perlu dihadiri. Aku pun resah juga dibuatnya, mulalah aku bertanya tentang permohonan pertukaran. Syukur alhamdulillah PERPENA banyak membantu aku dalam urusan ini. Allah mempermudahkan urusanku, aku begitu tenang menghadapi dugaan ini dan berjaya menamatkan program ijazah sarjana mudaku. Selepas itu aku mula follow up pertukaran, maka pelbagai dialog antara aku dengan pegawai di Ibu Pejabat. Beliau memang sangat positif, syukurlah aku jumpa dengan orang positif seperti pegawai tersebut, entah apa yang aku cakapkan kepada dia tapi cara dia uruskan aku yang sebegitu pada ketika itu tak dapat aku bayangkan.  Dalam pada masa yang sama tak sangka wakil PERPENA pun memainkan peranan, wakil PERPENA banyak menolong untuk menyelesaikan kes permohonan tukar aku dulu. Orang atasan dah mula mengungut kalau aku tak boleh ditukarkan pasangan yang akan ditukarkan, macam mana lah pasangan aku nak ditukarkan sedangkan temujanji banyak refer kepada HKL dan Hospital Putrajaya. Kebetulan pula keluarga isteri baru kehilangan ayah, dan banyak lagi masalah lain yang sedang berlaku. 

Perbincangan kami dan situasi kami pada masa itu menunjukkan aku bertukar ke Putrajaya adalah yang terbaik. Lagipun Putrajaya mestilah banyak jawatan Penolong Akauntan sebab banyak jabatan di Putrajaya.  Pernah beberapa kali orang PERPENA telefon aku mengemaskini status permohonan tukarku. Ada salah seorang pegawai tu sanggup tukar suka sama suka dengan aku, terharunya aku rasa pada masa itu. Baiknyer AJK Perpena ni. Ketika itulah aku mendapat semangat untuk terus berjuang meneruskan kerja-kerja hakiki dan terus bersikap profesional memastikan kerja-kerja aku beres. Memang pada masa itu, prestasi kerja aku adalah bagus. Pada masa itu kami baru nak bertukar menggunakan eTerimaan, aku tak hairan sebab isteri aku dah guna lama sistem tu, kalau berlaku apa2 aku boleh rujuk dia jer. 

Pernah sekali aku telefon TKA Korporat yang terkenal dengan garangnya, dia memarahi aku kerana sibuk dok follow up urusan permohonan tukar kerana risau takut aku tak buat kerja. Kebetulan masa itu jam empat petang, syukur jugalah. Sempatlah dengar bebelan dia sekejap. Syukurlah dia kata tunggu mesyuarat penempatan berikutnya dan minta aku bersabar. 

Sebenarnya aku ingin sangat  mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PERPENA di atas pertolongan mereka. Namun aku nie jenis yang tak reti bersyukur, masa persidangan PERPENA tahun 2012 kot, nama aku memang masuk dalam Minit Mesyuarat Perpena, tapi aku langsung tak terfikir untuk mengambil peluang tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PERPENA. Mesti diorang kecewa dengan sikap aku... maafkan aku kerana semasa Mesyuarat Agung PERPENA aku pergi ke Pasar Karat kat JB dengan kawan sebab tak pernah merayap kat JB dan itulah kali pertama sebenarnya. Terima kasih Pak Ishak Ayob sudi tumpangkan kami berdua ke Hotel THistle JB dan bawa kami berjalan-jalan kat JB masa persidangan tempoh hari.

Apa yang aku buat selepas PERPENA tu betul2 mengecewakan PERPENA, sebab aku kutuk kelemahan2 persidangan tersebut padahal aku sendiri tidak memainkan peranan sebagai peserta persidangan sebaik mungkin. Selepas muhasabah diri, baru aku sedar betapa sikapku yang tidak beretika pada ketika itu. 

Kita belajar dari pengalaman yang lepas, hari ini aku belajar banyak perkara daripada tindakanku yang lepas. Betulah kata orang pengalaman mendewasakan kita. Jangan pandang belakang lagi, teruskan langkah ke hadapan dengan menjadikan pengalaman yang lepas sebagai tauladan. 


 

No comments:

Post a Comment