Tahun 2014 banyak memberikan sinar bahagia buatku sekeluarga. Tahun ini aku dapat anak kedua, anak perempuan menjadikan anak aku sepasang. Tahun ini aku telah layak mengisi borang pemangkuan ke gred kanan W32, tapi tak tahu bila keputusan akan keluar. Alhamdulillah semuanya seperti dirancang. Syukur kepadamu ya allah.
Alhamdulillah transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berkenaan tapisan pengambilan ke Penguasa Kastam W41 tahun ini agak mudah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tiada pada tahun ini. Kami dipanggil untuk menduduki peperiksaan online Penguasa Kastam pada mulanya dijadualkan Sabtu pagi jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari.
Sebelum menduduki peperiksaan hati aku macam berat dan rasa malas nak duduki peperiksaan ini memandangkan aku terdengar berita bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan diperbadankan mulai tahun 2015. Kesannya kalau aku terpilih maka aku akan keluar dari jawatan berpencen dan ada caruman KWSP. Kebetulan ramai pula kawan-kawan yang dapat menduduki peperiksaan kastam tu. Ada pula yang menawarkan nota-nota yang berguna. Kami kongsi membeli nota online kerana harganya agak mahal hampir seratus ringgit. Lagipun aku dah pernah beli nota tersebut sebanyak 3 kali tapi tak sekalipun aku berjaya melepasi exam tersebut. Dalam keadaan malas, aku baca juga nota tu.
Pada hari peperiksaan sistem SPA gagal berfungsi dengan baik, salah satu server yang terlibat adalah server aku. Setelah membuat aduan, kami berjaya menduduki semula peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada hari selasa malam. Apa lagi aku belajar balik nota-nota yang ada dengan lebih bersungguh-sungguh. Kebetulan di pejabat aku tak banyak kerja, ada peluang google beberapa perkara yang aku kurang pasti. Dua hari kemudian keputusan diumumkan. Alhamdulillah aku berjaya peperiksaan memasuki Penguasa Kastam W41.
Beberapa minggu kemudian jadual temuduga dikeluarkan. Aku dijadualkan temuduga pada minggu terakhir. Kiranya banyak yang aku boleh buat persediaan. Sedikit-sedikit aku buat persediaan. Tapi perasaan berbelah bahagi tetap wujud dalam hatiku takut untuk menjawat jawata Penguasa Kastam W41 kerana memikirkan risiko yang akan dihadapi sebagai seorang penguasa. Minggu terakhir sebelum temuduga aku menyiapkan segala dokumen yang diperlukan termasuklah sijil-sijil.
Pada hari temuduga rasa macam ok jer. Kebetulan aku calon nombor 5, jadi ada masa untuk belajar. Kawan satu angkatanku calon pertama dia telah berkongsi beberapa soalan yang disoalkan oleh panel. Antaranya fungsi JKDM, jenis-jenis cukai dan GST. Lega sikit aku kerana dah tahu skop soalan yang akan ditanya. Terus aku baca skop tersebut.
Nak dijadikan cerita malam tu aku tak boleh tido, rasa gelabah jer. Maka malam tu aku membaca nota-nota yang ada dan rujuk internet. Aku rasa dia akan tanya pasal tempat kerja ku sekarang. Jadi aku buat persediaan pasal kerja aku sekarang. Pasal Perakaunan Akruan aku tak bersedia lagi. Pukul 3 pagi aku tido. Esoknya bangun kul 5.30 pagi. Kemas-kemas barang semua kul 6.50 hantar anak ke rumah pengasuh.
Masa aku masuk bilik panel penemuduga, seorang panel SPA seorang lagi panel JKDM. permulaan temuduga panel SPA banyak dok membebel. Selepas puas dia membebel dia tanya soalan pasal kepentingan komunikasi. Selepas tu panel kastam tanya fungsi JKDM. Tanya lagi jenis-jenis cukai yang dipungut oleh JKDM. Nyatakan perkhidmatan yang dikenakan duti. Aku dalam keadaan sedar tak sedar jawab tapi memang tak teratur sebab tak cukup tidur. Satu pengalaman amat bermakna. Rasa macam ok jer temuduga tu.
Keputusan temuduga sepatutnya diumumkan pada 27 November 2014. Aku ada terima maklumat daripada kumpulan bahawa keputusan akan diumumkan lebih awal iaitu pada 11 November 2014. Maklumat bagitau 17 November kena lapor diri.
Aku bersedia untuk menerima kegagalan aku pada 11 November 2014. Nak dijadikan cerita pada 1 November 2014 aku menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD. Keputusannya diumumkan pada 3 November 2014. Aku pun masuk facebook SPA dan semak. Peperiksaan PTD aku lepas. Disebabkan seronok aku nak share link ngan kawan-kawan, sekali aku terkongsi link Keputusan Temuduga Penguasa Kastam W41 yang aku sendiri belum semak keputusanya.
Selepas masuk dari makan tenghari, dapat sms dari kawan satu Universiti tanya dah semak result interview kastam. Aku terkejut dah keluar ker. Rasa tak bersedia nak tengok result. Aku segera buka link yang aku kongsi tadi dan masukkan nombor IC. Sambil berdoa agar berita gembira. Nama aku terpampang, tapi mana keputusannya. Tiga kali aku cari keputusan tu rupenya di sudut sebelah kanan. DUKACITA.
Selepas itu aku merasa sangat-sangat kecewa. Perasaan sedih sangat sebab aku dah set minda aku keputusan tu 11 November tapi kenapa awal sangat 3 November.... kalau dulu aku marah-marah SPA sebab lewat keluarkan keputusan, sekarang nie keputusan lebih awal dan membuatkan aku terkejut serta rasa tidak bersedia menerima tamparan kegagalan tersebut.
Setelah itu aku kembali bangkit setelah isteriku memberi kata-kata semangat. Aku tengok balik perancangan hidupku yang telah aku tulis dalam sebuah buku empat tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011. Tahun ini aku kena naik kanan ataupun dapat jawatan gred 41. Aku percaya rezeki itu di tangan allah.... kita sebagai manusia kena berusaha untuk mencapainya.
Sekarang aku telah berjaya menerima kegagalan tersebut.
No comments:
Post a Comment