Tuesday, November 11, 2014

Pelaburanku Demi Menggapai Cita-cita.... Mimpi Indah... Angan-angan Ucery

Apa patut aku capai tahun 2014 dari segi kerjaya

* Naik ke gred kanan 
* Dapat gred 41


Sebagai manusia kita mesti punyai angan-angan bagi meransang minda bawah sedar kita agar sel-sel otak yang sedang tidur dapat bangkit seterusnya menjadikan kita manusia yang hebat. Pakar motivasi kegemaranku DDHFK menyatakan bahawa dalam dunia nie hanya ada 15% jer orang yang hebat. Beliau juga pernah menyatakan bahawa perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama yang dikenali sebagai kueh supo. 

Semasa aku belajar di peringkat diploma aku banyak membeli kaset-kaset motivasi beliau. Begitu juga buku-buku motivasi. Kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita akan mempengaruhi tindakan kita. Dulu-dulu masa kerja kat Sabah, sambil dalam perjalanan ke pejabat aku akan mendengar kaset motivasi tersebut. 


Alhamdulillah sinar ke arah mencapai angan-anganku ada. Pertamanya sebelum ini dah tiga tahun aku menduduki peperiksaan kemasukan ke jawatan PTD tak pernah lulus. Berbeza dengan tahun ini aku berjaya lulus. 


Dalam pada mencapai cita-cita aku untuk menjawat jawatan lebih tinggi aku telah menetapkan tiga matlamat iaitu ;

i. Body Mass Index : Aku menetapkan penurunan berat badan kepada berat badan ideal iaitu 78kg. Untuk makluman berat badan aku pada awal tahun 2014 adalah 94 kg. Baru-baru ini aku telah mengikuti program herbalife dan aku berjaya menurunkan berat badan kepada 89kg.  

ii. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik: aku akui ini masih sukar dan aku akan laksanakan beberapa perancangan lagi. 

iii. Penguasaan Isu Semasa : 

iv. CPI _ CTI _ 

Diambil daripada website MAMPU 

Sejajar dengan senario semasa, agensi-agensi perkhidmatan awam perlu sentiasa kreatif dan inovatif melaksanakan penambahbaikan kepada proses dan prosedur kerja supaya selaras dengan enam prinsip baru perkhidmatan awam iaitu CTI (Cepat, Tepat dan Integriti), dan PCI (Produktif, Kreatif dan Inovatif). Justeru, MAMPU telah menggariskan empat (4) strategi dalam memperkukuhkan sistem dan prosedur kerja, iaitu:

  • Merekayasa proses-proses kerja untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan;
  • Mengukuhkan keupayaan agensi untuk memperkemas sistem dan prosedur kerja;       
  • Mengamal dan memperluas amalan terbaik perekayasaan proses dan prosedur kerja kepada agensi-agensi; dan
  • Memantau keberkesanan perekayasaan sistem dan prosedur kerja.           


Apakah yang telah ku laburkan;

Matlamat pertama menurunkan berat badan. Tahun ini aku berjaya menurunkan berat badan daripada 94 kepada 89kg. Sekiranya aku mengikuti program yang ditetapkan aku akan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 2 kg sebulan. Tapi banyak kena korbankan iaitu makanan kegemaranku. Selain itu, pengambilan makanan yang ditetapkan menyebabkan aku terpaksa melaburkan banyak wang iaitu RM50 sehari.  Pada mulanya aku pinjam treadmill adik aku, sekali pada minggu ketiga dah rosak. Kebetulan Ogawa ada buat jualan gudang penghabisan stok. Aku pergi ke kilang Ogawa di Shah Alam. Setelah berbincang dengan isteriku kami putuskan untuk ambik treadmill yang dijual pada harga RM2300 dan dapat percuma beberapa barang. Selepas itu aku ambik makanan yang boleh membantu metabolisme. 

Matlamat kedua iaitu penguasaan Bahasa Inggeris. Aku telah membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan MUET. Banyak buku bahasa inggeris yang telah aku beli, mulai tahun ini aku akan mula menguasai kesemua buku tersebut dengan mula berkenalan dengannya. Aku mula membaca blog-blog bahasa inggeris dengan perkara yang aku minati iaitu penjagaan kesihatan. Selain itu aku mula membaca surat khabar online. Lebih baik membaca online bagi save bajet.



No comments:

Post a Comment