A. Sekiranya jumlah perbezaan antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai sama atau lebih daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, maka pegawai akan dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut.
Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , > @ = KGT gred hakiki.
= Elaun Pemangkuan =Sebanyak perbezaan tersebut
Contoh ;
(a) Gaji Gred Hakiki W27 = RM2,327.68
(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00
(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00
(d) Perbezaan (c) - (a) = RM2,731.00 - RM2,327.68
= RM403.32 (lebih besar daripada KGT gred hakiki W27)
(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00
(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah RM403.32 (perbezaan gaji minimum Gred W32 dengan gaji hakiki pegawai Gred W27)
B. Sekiranya jumlah perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai kurang daripada kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) di gred hakikinya, Elaun Pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan yang dipangku.
Formula
= Gaji Minimum Jawatan Dipangku - Gaji Hakiki Pegawai , < KGT gred hakiki.
= Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Jawatan Dipangku
Contoh ;
(a) Gaji Gred Hakiki W27 = RM2,617.68
(b) Kadar KGT Gred Hakiki W27 = RM145.00
(c) Gaji Minimum Gred Dipangku W32 = RM2,731.00
(d) Perbezaan (c) - (a) = RM2,731.00 - RM2,671.68
= RM113.32 (kurang daripada KGT gred hakiki W27)
(e) Kadar KGT Gred Dipangku W32 = RM155.00
(f) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana jumlah (d) lebih kecil daripada jumlah (b), Elaun Pemangkuan adalah
RM155.00 (kadar KGT Gred W32)
C. Sekiranya Gaji Hakiki seseorang pegawai sama atau lebih daripada Gaji Minimum jawatan dipangku, Elaun pemangkuan ialah bersamaan dengan kadar KGT gred jawatan dipangku.
Formula
=Gaji Hakiki >= Gaji Minimum Jawatan Dipangku
Elaun Pemangkuan = Kadar KGT Gred Dipangku
Contoh;-
(a) Gaji Hakiki Gred W27 = RM2,907.08
(b) Gaji minimum gred dipangku W32 = RM2,731.00
(c) Kadar KGT gred dipanku W32 = RM155
(d) Elaun Pemangkuan = Oleh kerana (b) < (a), ELAUN PEMANGKUAN adalah RM155 (Kadar KGT Gred dipangku W32)
Tahun | Bilangan Tahun Berkhidmat W27 | Gaji Hakiki | KGT W27 | Gaji Min W32 | KGT W32 | Elaun Pemangkuan | |||
2013 | 5 | RM2,327.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM403.32 | Prinsip (a) | ||
Okt 2014 | 6 | RM2,472.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM258.32 | Prinsip (a) | ||
Okt 2015 | 7 | RM2,617.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip (b) | ||
Okt 2016 | 8 | RM2,762.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip ( c ) | ||
Okt 2017 | 9 | RM2,907.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip ( c ) | ||
Okt 2018 | 10 | RM3,052.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip ( c ) | ||
Okt 2019 | 11 | RM3,197.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip ( c ) | ||
Okt 2020 | 12 | RM3,342.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip ( c ) | ||
Okt 2021 | 13 (Time based W32) | RM3,487.68 | 145 | RM2,731 | 155 | RM155.00 | Prinsip ( c ) | ||
http://docs.jpa.gov.my/docs/se/2012/se17052012.pdf