Saturday, July 9, 2011

Kurangkan Nasi Berat Badan akan berkurangan

Salam Hujung Minggu..

Betul pula kata kawan aku bahawa kurangkan pengambilan nasi maka berat badan akan turun. Mengikut kawan aku tu, anak dia dulu gemuk, tapi bila anaknya tidak mengambil nasi berat badannya jadi menurun. Tapi satu jer kelemahannya iaitu muka nampak macam orang sakit jer. Begitu juga berlaku kepada bos ICT tempat kami... berat badannya turun mendadak... kami tahu dia sedang berpantang... dua bulan kemudian kami mendapati berat badannya telah menurun... perutnya sudah tidak buncit... tengok dia pakai baju pun lawa... mengikutnya dia malam tak makan... tengahari pun kurangkan kuantiti makanan diambil... dan dia ini pantang betul... selain itu dia juga mengamalkan senaman selama 20 minit setiap hari.

Tadi sembang dengan kawan aku di facebook... aku nampak dia kurus giler... dia akun bahawa dulu masa lapor diri berat badan dia 83 sekarang dan turun 65 hingga 70 kg... terkejut aku... tnaya dia buat latihan ker... dia kata jaga makan jer... malam paling penting... jangan makan nasi, kalau lapar makan roti high fiber. Aku akan mula buat jugalah nanti bila pindah ke PUTRAJAYA nanti... sekarang nie pun aku dah mula tak makan malam dan kurangkan snek pada waktu malam.

No comments:

Post a Comment