Saturday, April 19, 2014

Bacelor Perakaunan UPM

Berbincang dengan orang rumah nak sambung bacelor kat UPM tak ambik perakaunan. Dia tak nak la pula... tetiba Isnin lepas dia suruh aku sambung Bacelor Perakaunan. Yelah sebenarnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)_ Sains Pentadbiran AM228 daripada UiTM yang akau perolehi daripada UiTM nampaknya laku untuk jawatan penguatkuasaan... exam PTD pun tak lepas. Dan sayang sekali jawatan skim S (Sosial) langsung tak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Selain itu aku berkhidmat sebagai Penolong AKauntan W27, kalau minta AKauntan W41 tak perlu melalui ujian tapisan terus pergi Sesi Penilaian Kompetensi untuk Akauntan. Memula aku ingat nak sambung Executive Master Public Administration (EIMAS) di UiTM. Tapi kalau jadi PEgawai Tadbir dan Diplomatik M41 sesuai la degree tu. Tapi kalau aku ambik Bacelor Perakaunan UPM pun banyak lagi peluang untuk aku ceburi.

Bacelor Parakaunan
Tempoh Pengajian 4 Tahun (12 trimester)

Alamat : Ketua , Unit Program Eksekutif, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 - 8946 777903 - 8946 7779/ 8656 7008
Faks : 03 - 8656 6175
Emel : econ_exec@putra.upm.edu.my

Syarat Kemasukan
1. Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang dari 3 tahun , DAN
2. Lulus SPM dengan kepujian dalam mata pelajaran ; Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu serta lulus dalam Bahasa Inggeris dan Materik (Kepujian Matematik untuk Bacelor PErakaunan) dan
3. Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran; Pengajian AM/ Kertas AM, Gred C dalam mata pelajaran lain dan gred C+ dalam mana-mana satu mata pelajaran berikut ; Matematik/ Ekonomi/ Geografi/ Perakaunan/ Pengajian Perniagaan
Atan
4. Mempunyai diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM, atau
6. Telah mendapat keputusan Malaysia Universiti English Test

In sha allah tahun depan 2015 Julai aku akan isi borang kemasukan ke program Bacelor Perakaunan tu. Memandangkan aku dah guna Pinjaman Boleh Ubah JPA. Jadi aku dah tak layak lagi. AKu rasa aku ambik PTPTN la kot. Tak apalah bayar pelan- pelan selama 15 tahun untuk kos sebanyak RM20,000.00 tu.



http://exec.upm.edu.my/

LATAR BELAKANG
Program Bacelor Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mula ditawarkan pada tahun 1985.  Kurikulum program ini digubal setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dan memenuhi keperluan pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perakaunan, perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam. Untuk mencapai matlamat ini, kurikulum program telah digubal dengan menggabungkan bidang-bidang pengkhususan yang berkaitan pelbagai sektor tersebut. Program Bacelor Perakaunan merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Kerajaan Malaysia di bawah Jadual 1, Akta Perakaunan 1967.

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif umum program Bacelor Perakaunan adalah untuk melahirkan tenaga terlatih dan mahir dalam bidang perakaunan khususnya melahirkan akauntan bertauliah yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan badan profesional perakaunan yang lain.

PELUANG PEKERJAAN
Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang berikut:-
1. Bidang profesional sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
2. Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan dan perbankan serta institusi kewangan lain yang
memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan.
3. Sektor awam  di jabatan kerajaan dan badan berkanun.

TEMPOH PENGAJIAN
Program ini mengambil masa selama empat tahun.

KURIKULUM PENGAJIAN
Kurikulum Bacelor Perakaunan mengandungi empat (4) komponen iaitu kursus universiti, teras, elektif dan ko-kurikulum. Jumlah jam kredit serta peratusan bagi setiap komponen adalah seperti berikut:

Komponen
Jam Kredit
(%)
Kursus Universiti
18
12.7
Kursus Teras
119
83.8
Kursus Elektif
3
2.1
Ko-Kurikulum
2
1.4
Jumlah
142
100.0

LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merupakan salah satu komponen daripada kurikulum program Bacelor Perakaunan. Tujuan latihan diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada amalan perakaunan semasa dan juga untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh menerusi program ini. Pengecualian TIDAK diberikan kepada mana-mana pelajar walaupun mereka mempunyai pengalaman kerja. Hal ini disebabkan pengalaman yang akan diperolehi adalah berbeza dengan pengalaman yang mereka lalui sebelum mengikuti program Bacelor Perakaunan.
Latihan industri akan diikuti oleh semua pelajar mulai trimester 9 pada tahun tiga pengajian selama 6 bulan. Pelajar digalakkan menjalani latihan industri di firma akauntan awam untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan dan pengalaman yang akan memantapkan lagi pemikiran untuk mengikuti kursus-kursus pada dua trimester yang terakhir. Pengalaman yang sedemikian juga sangat berguna dalam apa jua kerjaya perakaunan yang mereka pilih selepas bergraduat nanti. Walau bagaimanapun, pelajar dibenarkan menjalani latihan industri di firma lain selagi ia berkaitan dengan bidang perakaunan atau kewangan.
Memandangkan pelajar eksekutif adalah terdiri daripada mereka yang bekerja, mereka perlu mendapatkan cuti belajar atau pelepasan daripada majikan mereka, bagi membolehkan mereka menjalani latihan industri di firma yang ditetapkan oleh Unit Program Eksekutif, FEP. Bagi pelajar yang tidak mendapat cuti belajar atau pelepasan daripada majikan, mereka dibenarkan menjalani latihan industri di bahagian yang berkaitan perakaunan atau kewangan di organisasi mereka bekerja. Walau bagaimanapun, penyeliaan dan pemantauan yang rapi akan dijalankan oleh UPE untuk memastikan matlamat latihan industri program Bacelor Perakaunan tercapai.



3) Bacelor Perakaunan

Latar Belakang
Program ini mula ditawarkan pada tahun 1985. Kurikulum program ini digubal setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dengan kehendak profesion perakaunan dan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam.

Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang :
• Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
• Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan
• Sektor awam dijabatan kerajaan dan badan berkanun.

Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum : Maklumat lanjut >>


http://econ3.upm.edu.my/upload/upload/BachelorOfAccountancy.pdf

http://econ3.upm.edu.my/upload/upload/ACT_Malay.pdf




Monday, April 14, 2014

IPSAS

Study IPSAS

Jawatan P&P

Geramnya sebabnya Degree aju hanya layak utk penguatkuassa... Tahu sajalah kalau pakaian seragam ni
1. BMI
2. BI
3. Knowledge Management
4. Pakarkah aku...

PERMUDAHKANLAH...

Kalau naik 32 tahun nie... Elaun memangku dapat lah dua ratus lebih... Kalau naik tahun depan... Cuma dapat 155 jer.... Ya allah permudahkanlah urusanku

Tuesday, March 4, 2014

Cuti ke-3 Februari... baki cuti 25 hari...

Bestnya cuti....

Awal bulan hari tu ambil cuti dua hari... minggu lepas ambik sehari pada hari Rabu... minggu nie ambik dua hari iaitu Isnin dan Selasa. Dah lima (5) hari aku cuti...

Tahun ini cuti dah tambah 5 hari... kelayakan cuti tahunan mulai 2014 adalah 30 hari
Tuan,

Untuk makluman tuan pengiraan genap 10 tahun perkhidmatan akan diambil kira mulai dari lantikan pertama. Sehubungan itu  tambahan cuti rehat sebanyak 5 hari layak diberi apabila genap 10 tahun dan tuan layak diberi cuti 30 hari bagi tahun 2014

From: Hang Yusri Bin Ishak
Sent: Tuesday 14, January 01, 2014 5:49 PM
To: Munirah Binti Othman
Subject: Penambahan Cuti Sebanyak 5 Hari Selepas 10 Tahun Berkhidmat

Salam CC,

Saya ada buat pertanyaan kepada JPA berkenaan tarikh untuk tentukan 10 tahun berkhidmat bagi mereka yang pernah dilantik sebelum ini dan dilantik sekali lagi ke gred yang lebih tinggi. Mengikut JPA tarikh lantikan tetap pertama akan diambil kira untuk tentukan 10 tahun berkhidmat sekiranya pihak berkuasa melantik adalah sama. Bagi kes saya, saya pernah dilantik oleh SPA untuk jawatan PT(P/O) N17 pada 21.09.2004, manakala saya dilantik sekali lagi untuk jawatan sekarang Penolong Akauntan W27 oleh SPA pada 15.12.2008. Adakah saya layak 5 hari tambahan cuti selepas genap 10 tahun berkhidmat berdasarkan lantikan pertama iaitu 21.09.2014. Untuk makluman saya ada buat opsyen cuti rehat PP14/2008. Saya dah salinkan kepada unit perkhidmatan pada tahun 2012. Sekiranya cc nak borang tu saya masih simpan.

Berikut adalah maklumbalas JPA

 
Maklum Balas JPAhttps://sistem.jpa.gov.my/maklumbalas/print.php?track=VMB-4DP-8BPY

Subjek: Tracking ID:VMB-4DP-8BPY Status tiket:Waiting reply from staff Created on:09-01-2014 13:06:18 Kemaskini:14-01-2014 14:40:29 Balasan terakhir:HANG YUSRI BIN ISHAK Kategori:Kemudahan Cuti / Perubatan Nama:HANG YUSRI BIN ISHAK Saluran Aduan: Klasifikasi:Pertanyaan Kementerian: Jenis Perhubungan:
Tuan,
Tarikh:09-01-2014 14:03:58 Nama:Zaitun Zaini Binti Zainol (BS)
Salam sejahtera,
Sekian, Terima kasih
Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam
Tarikh:13-01-2014 15:49:34 Nama:Razali bin Sidek (BS)
Jawapan:
Assalamualaikum Encik Hang Yusri,
Penambahan Cuti 5 Hari Selepas 10 Tahun
Saya dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 pada 21.09.2004. Manakala pada tahun 2008 saya dilantik sebagai Penolong Akauntan W27 dan telah mendapat pelepasan dengan izin jawatan lama. Tarikh lantikan Penolong Akauntan W27 ialah 15.12.2008.
Lantikan sebelum 01.01.2009 diberi pilihan sama ada kekal 25 hari setahun kelayakan cuti atau bertambah selepas 10 tahun berkhidmat dan selepas naik ke gred kanan.
Soalan saya, tempoh genap 10 tahun bagi penambahan 5 hari cuti tahunan dikira dari tarikh lantikan pertama 21.09.2004 atau lantikan terbaru 15.12.2008 dalam perkhidmatan awam?
Maklumbalas tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Pertanyaan tuan/ puan sedang dalam penelitian dan maklumbalas akan dikemukakan kepada pihak tuan/ puan selepas semakan dibuat
Dengan hormatnya saya merujuk kepada e-mel tuan bertarikh 9 Januari 2014 berhubung dengan pengiraan genap 10 tahun perkhidmatan bagi tujuan kelayakan tambahan Cuti Rehat Tahunan.
2. Untuk makluman tuan pengiraan genap 10 tahun perkhidmatan akan diambil kira mulai dari lantikan pertama dalam perkhidmatan awam (lantikan tetap sahaja). Sekiranya selepas lantikan pertama tersebut pegawai telah dilantik ke jawatan / skim perkhidmatan yang lain dan pelantikan tersebut adalah dibuat oleh pihak berkuasa melantik yang sama maka pengiraan genap 10 tahun perkhidmatan boleh diambil kira dari pelantikan pertama tersebut. Sebaliknya jika pelantikan tersebut adalah dibuat oleh pihak berkuasa melantik yang berlainan maka pengiraan genap 10 tahun perkhidmatan bagi tujuan tambahan Cuti Rehat hanya akan diambil kira mulai dari lantikan di jawatan baru, tertakluk kepada peraturan yang diguna pakai oleh pihak berkuasa melantik yang baru tersebut.
3. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, sekiranya pelantikan tuan sebagai Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 dan Penolong Akauntan Gred W27 adalah dibuat oleh pihak berkuasa melantik yang sama maka perkiraan genap 10 tahun perkhidmatan boleh diambilkira mulai dari tarikh lantikan pertama tersebut. Walau bagaimanapun tambahan kelayakan Cuti Rehat Tahunan ini juga adalah tertakluk kepada opsyen cuti yang
1 of 214/1/2014 2:41 PM
Sistem Maklum Balas JPAhttps://sistem.jpa.gov.my/maklumbalas/print.php?track=VMB-4DP-8BPY

telah tuan pilih melalui Pekeliling Perkhidmatan bilangan 14 Tahun 2008.
Sekian, terima kasih.
Razali bin Sidek Bahagian Saraan


“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"
 
Hang Yusri Bin Ishak
Bahagian Akaun
Jabatan Perdana Menteri

Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.Error! Filename not specified.  03 – 8872  359103 – 8872  3591   │         603 – 8888  4225   |          hyusri@jpm.gov.my



Hari nie aku hantar ibu ke KLIA. Memula kami sarapan di Teja. Lpas tu pergi ke KLIA. Selepas check in... kami lepask2 lepas tu Umi masuk ke tempat menunggu. Lepas tu kami pun bertolak balik ke Putrajaya. Singgah mydin beli lauk. Sambil tu jengah kedai buku beli buku Najmi RM54.00
.

Petangnya operasi basuh kain. Lepas tu berehat... makan tengahari beli kat bawah jer. 

Kenapalah aku tak bersemangat nak keje nie.... 

Ok... Baki cuti aku ada 25 hari lagi... kena guna sebaik mungkin  

kerja kerja kerja...

Targetnya apa ya.... keje sebaik mungkin... 

Akruan...  memahami dengan jelas...

Hutang...  bebas hutang