Thursday, March 16, 2017

Peluang Untuk Merancang Masa Depan Dengan Saham

Salam MJ, Salam menjemput rezeki... 

Dua tiga minggu ni aku didedahkan dengan kelas pelaburan Saham secara hardcore... nak melabur secara hardcore ni biasanya modal pun puluhan ribu ringgit sebab kalau modal kecik rugi dok bayar kos membeli dan menjual saham jer. Yelah anggaran ko minima setiap kali belian atau jualan adalah RM28++, sebenarnya banyak software untuk buat pengiraan kos jual/beli saham ni. Smartphone kan ada tinggal install jer, tapi since smartphone aku nak guna untuk ehailing kenalah beringat kan tak pasal2 jem hp. 

Dua kali kelas ceramah yang aku pergi kami didedahkan dengan Saham Patuh Shariah, menarik bukan. Hmmm untuk maklumat lanjut silalah lawati https://www.bursamarketplace.com banyak ilmu boleh diperolehi kat sini berkaitan pelaburan saham. Kalau dulu maklumat ni kena bayar dan beli baru dapat, tapi usaha Bursa Malaysia nak tingkatkan jumlah pelabur Bumiputera jadi bagi free jer maklumat ni. Ada screener juga yang boleh membantu kita buat analisis pasal kaunter yang kita berminat nak selidik tu. Hmmm kalau korang dah masuk website ni tekan jer butang harmburger ni 

dah tekan butang hamburger tu keluarlah banyak list yang boleh dijadikan rujukan. Memang berbaloi-baloi, tapi aku pun tak habis godek lagi ni. Ok siap ada simulasi untuk main saham dengan sistem dia ni. 

Ok, hari Sabtu ni aku dah daftar untuk 

manakala Ahad plak kat Armada PJ cikgu lain plak. 

Sebenarnya banyak kursus percuma boleh pergi anjuran Bursa Malaysia ni. Cuma kitalah kan semestinya hujung minggu masa untuk anak-anak. Tapi untuk terus dapatkan semangat bermain saham tu baik pergi la, ye lah Sabtu dan Ahad kan kaunter saham ditutup. Kaunter saham di Malaysia cuma buka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari lepas rehat tu buka balik dalam pukul 2 hingga 5 petang. 

Berdasarkan seminar Asri dan Nazri katanya ada 5 jenis produk bursa yang sesuai untuk kita terokai iaitu Saham, Waran (anak kepada saham), REITS, ETF dan Bon/Sukuk. Tapi untuk permulaan silalah fokus kepada saham dan waran dulu. Kat Malaysia ni untuk membeli kaunter yang aktif kena pakai lot, iaitu satu lot mewakili 100 unit saham jadi kalau seunit harga 20 sen kena darabkan dengna 100 unit dapatlah satu lot RM20. ROI pula adalah peratusan keuntungan daripada pelaburan, iaitu untuk /modal darab 100%. 

Kata Nazri berkecimpung dalam dunia saham ni kena faham psikologi, turun naik harga kaunter di pasaran adalah bergantung kepada psikologi yang ditentukan oleh beberapa faktor yang mana kita kena kaji Analisis Teknikal dan Analisis Fundamental. Kena kaji batang lilin yang ada kat laporan turun naik harga kaunter tu. Asri menjelaskan ada 3 segi tiga yang kita kena tengok, pyramid paling atas adalah kaedah (method), ruang seterusnya adalah methodology, dan seterusnya adalah mindset. Katanya kita kena ada matlamat kewangan yang jelas semasa melabur nak untuk banyak mana dan sanggup rugi banyak mana. 

Fundamental Analysis diperkenalkan oleh Warrant Buffet, manakala Technical Analysis dugunakan oleh Dane Zangel. Catalyst adalah pemangkin yang wujud yang akan mempengaruhi turun naik harga saham, contohnya isu semasa, dasar kerajaan, apa yang berlaku kat dunia global yang akan beri kesan kepada turun naik saham. Contoh TA adalah menggunakan kaedah Moving Average, kita tengok harga yang lepas berdasarkan candlestick dan juga volume. Manakala Fundamental Analysis kita bacalah apa syarikat tu buat, tengok syarikat punya aliran tunai, penyata pendapatan dan Balance Sheet. Lepas tu tengoklah ada tak peluang-peluang yang akan meningkatkan jualan syarikat tu. 

Apa yang lebih menarik, cikgu2 saham ni mengajar kita bagaimana untuk menampung kos hidup dimana kita boleh tersenyum di saat tarif elektrik naik kerana jika kita beli saham TNB bila tarif naik maka untung kita pun banyak. Begitu juga dengan syarikat konsesi tol kerajaan, bila kita beli saham diorang maka bila harga tol naik kita pun dapat untung juga. 

Apa yang lebih memberi kesan kepada aku adalah, guru2 ini menasihati kami peserta untuk tidak lupa membayar zakat daripada keuntungan pelaburan tu nanti sebanyak 2.5% daripada keuntungan wajib bayar zakat. Selain itu, beliau meminta kami menyampaikan ilmu kepada orang lain supaya orang lain pun boleh kaya juga. 

Kesimpulannya, aku memang tak de modal untuk trade secara hardcore, tapi aku akan kumpul modal sikit2 untuk trade secara hardcore. Jadi setahun dua ni aku akan belajar selok belok pasal saham ni sebab sebelum ni aku paling malas nak ambik tahu pasal saham ni, rasa serabut jer kepala otak aku bila terbaca pasal saham ni. Baru sekarang aku sedar bagaimana saham ni boleh membantu aku memahami lebih baik pasal sesebuah syarikat yelah bila kita buat kajian pasal TA dan FA tu kita lebih kenal pasal sesebuah syarikat tu. Pendek cerita kami laki bini nekad jugalah nak ambil masa dua tahun untuk mendalami ilmu saham ni. Jadi kami akan membaca buku2 dan blog berkaitan saham ni. website marketplace tu memang bagus malah boleh install kat smartphone, tapi masih dalam proses pembinaan. Apa yang aku pasti semua hardcore trader ni menggunakan perisian scanner untuk membantu mereka membuat analisis teknikal pasal sesebuah kaunter sebelum melabur, perisian tu kena beli lesen plak. Tapi kat marketplace ada yang free dan patuh shariah. 


Semoga dipermudahkan usaha kami untuk menceburi bidang ini untuk mendapatkan ROI secara bulanan bukannya tahunan. Tapi setahun dua ni kena fokus ROI tahunan dulu. Akaun CDS dah buka dengan Public Investment dan RHB Investment. Sebab hari tu masa gi seminar tu percuma jer buka akaun CDS jadi kami jimat RM10.60 untuk setiap akaun. 

No comments:

Post a Comment