Wednesday, February 22, 2017

22022017_Rabu

Salam Rabu... movie day kot... 
Hari ini balik awal memang niat nak habiskan masa bersama anak-anak. Dua hari lepas sibuk dok kongsi kereta demi sesuap rezeki yang halal dan harapnya semoga berkat. 

Target hari ini nak balik pukul 6 petang dan cuba siapkan kerja yang telah dirancang secepat mungkin. Macam biasa kalau dah kerja untuk rakyat ada jer beberapa isu yang perlu diambil tindakan SEGERA. Selepas berbincang dengan bos dapatlah jalan penyelesaian, hari ini aku sedar bagaimana otak dua orang lebih baik mencari penyelesaian berbanding satu otak jer. Cepat juga kami kenalpasti masalah dan cari jalan penyelesaian yang sesuai. 

Selepas itu, aku sambung kerja yang perlu dibereskan hari ini. Bulan nie aku tak buat check list macam bulan-bulan sebelum ini apa lagi sampaikan terbuat dua kali benda yang sama. Ok kenalah tulis dalam buku nota takut nanti agensi tanya kan. 

Pukul empat petang tadi telefon berdering pelanggan minta sediakan senarai semak bagi kes pertukaran pengurusan gaji antara pejabat pembayar.  Bisa diatur tapi akan mengambil sedikit masa sebab aku kena study beberapa perkara amalan dan pekeliling yang ada biasalah bila berlaku kes baru kaji pekeliling kerja rencam tapi sekarang dah tahan sikitlah berbanding dahulu. Aku minta masa sehingga minggu hadapan sebab Jumaat ni aku nak cuti. 

sampai rumah jer isteri aku sedang masak, anak-anak pula tengah dok bermain depan tv. Hmmm biasalah budak-budak imaginasi diorang sepahkan rumah. Ok... aku terus salin baju dan masukkan baju kotor dalam mesin basuh, mendobi bha dulu. Sambil tu ajak anak2 mandi kolam, bertapa gembiranya mereka dapat mandi kolam terus masuk bilik air buka baju. Sebenarnya kolam yang aku maksudnya ni bukannya besar pun kolam pelambung yang harga RM50 tu muat-muat jer dalam bilik air, bolehlah budak2 buat berendam main air. Memandangkan aku rasa kurang selesa kat jari-jari kaki maka aku pun siapkan air panas dan masukkan garam. Lepas tu jadikan air tu suam, lepas tu rendam kaki selama 15 minit. Selepas rendam kaki tu rasa lega gila... 

Malam ni baru aku sedar bertapa untungnya aku kerja kat Jabatan sekarang ni semuanya free dan ada kelebihan berbanding jabatan lain di Putrajaya dari tempat parking berbumbung sehinggalah ke perkhidmatan lain. Patutlah kajian Keseimbangan Kerjaya dan Rumahtangga yang aku buat menunjukkan tahap Kualiti kehidupan warga jabatan aku adalah pada tahap yang memuaskan. 

Ok... projek baharu untuk didalami...
STG... kebanyakannya perempuan tetiba aku lelaki ceburi bidang ni. Banyak jer produk lelaki yang sesuai iaitu produk kereta tu. Tapi aku... insyaallah aku akan belajar daripada pengalaman adik aku buat drop ship... 

Kelas saham hujung minggu ni di Shah Alam. Kali ini kita dengar kelas dari pensyarah yang berbeza pula, produk UiTM plak. Sebelum ni produk Mechaster. 

Sekian diari aku hari ini demi menjana IDEA baru...


No comments:

Post a Comment