Selamat berhujung minggu...
Seminggu dok mengedar soal selidik, selepas tu hari Rabu, Khamis dan Jumaat gi kutip balik. Tebalkan muka jer gi hantar soal selidik ni. Hari jumaat tak sempat gi ke unit pengurusan fasiliti...
Ok, hasil menggunakan google form dan bantuan rakan-rakan seperjuangan yang berkhidmat di JPM dapatlah tingkatkan jumlah responden aku kepada 123 orang. Gembira juga sebab responden perempuan dah melebihi target, dalam google forms responden perempuan seramai 75 orang. Lepas tu yang jawab manual ada 86 orang menjadikan jumlah keseluruhan responden perempuan 161 orang. Lega jugalah sebab ada dua orang responden perempuan dalam google form tu kerja kurang 6 bulan. Aku kena ubah chapter 3 aku respondent tu mestilah kerja 6 bulan dan ke atas. hihihihi...
Respondent lelaki ni agak mengecewakan sikit, ye lah lelaki mana suka nak membaca soalan questionnaire ni kan... waima pegawai sendiri pun, ambik masa yang lama nak menjawab... tak jawab langsung pun ada. Pengurusan atasan yang gred tinggi-tinggi tu lagilah pandang sebelah mata jer... tapi yang bagus ada seorang jusa berbangsa India, dia jawab. Bangsa sendiri kirim salam la kan... padahal pengurusan tertinggi ramai juga lelaki. Jumlah Responden lelaki buat masa ini 105, kurang 30 orang.
Table Krejie dan Morgan tu kata kalau populasi 900 orang kena ambik 269 responden. Memandangkan aku ada guna moderator jantina, supervisor nasihatkan supaya kawal responden lelaki dan perempuan biar sama banyak.
Ok hari ni nak jumpa supervisor nak maklum jumlah responden aku... tapi tak pastilah macam mana ni nak dapatkan lagi 30 orang respondent lelaki ni. Perlukah aku menggunakan magic...
Ok hari ni... jap lagi nak gi bersenam di taman bersama anak2 lepas tu siap gi kampus... lepak bilik research
No comments:
Post a Comment