Saturday, September 17, 2011

Di Putrajaya Sudah....

Tanggal 15 Ogos 2011 aku melapor diri di Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri di Blok B8... selepas mengisi dua keping borang aku diarahkan melapor diri ke B7 aras 3. Selepas berjumpa ketua Jabatan iaitu Ketua Akauntan... aku diarahkan melapor diri kepada Timbalan Akauntan Bahagian Akaun... Aku ditempatkan di Seksyen Semakan baucar... fuuh... akhirnya merasa juga bekerja di Jabatan Mengakaun Sendiri (SAD)... fungsi kami lebih kurang AG jugalah...

Kerja aku ialah membuat semakan terakhir baucar bayaran yang disediakan oleh PTJ bagi memastikan Maklumat Bank, Kod SODO dan peraturan berkuatkuasa dipatuhi. Mencabar juga... minggu pertama aku duduk2 saja... minggu kedua aku dah start belajar itu dan ini... minggu depan genaplah sebulan aku bekerja di B7 nie... cabaran baru ialah nak kena study nota2... nak kena baca balik buku sodo ... sebab kadang2 kompius kan...


No comments:

Post a Comment