Menabung untuk simpanan Masa Depan? Klik Disini!
Apa khabar semua?
Hari ini kita patut buat perancangan untuk tahun baharu kan... apa perancangan anda?
Saya punya perancangan dah masuk dalam diari kecik...hihihi... macam biasa diari terpaksa beli sendiri dulu.
Apa yang ingin dicapai tahun 2018:
1. Jana lebih pendapatan melalui kerjaya kedua sebagai Perunding Kewangan
2. Tambah ilmu kewangan
3. Tambah ilmu perkaunan Akruan
4. Mestilah jadi lebih baik dari tahun sebelumnya kan.
SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!
hango yusori san D.U.I.T.
Kisah suka duka hidupku...
Monday, December 25, 2017
Minggu terakhir tahun 2017
Salam minggu terakhir 2017,
Minggu lepas cuti empat hari seronok juga. Tahun ini banyak juga kerja part time aku buat, awal tahun buat uber dan grab sampai kaki bengkak lepas tu berhenti. Akhir tahun ni cuba ejen takaful pula.
Bulan Oktober aku berjaya lulus exam, bulan 11 tu daftar sebagai ejen tapi tak der buat production lagi.
Bulan 12 adalah sedara terdekat sorang dua. Belum aktif sangat lagi. Insya allah selepas ini akan cuba sedaya yang mungkin sebagai kerjaya kedua. Sesi coaching and mentoring ada, coaching melalui group wasap pun ada,.
Best juga dengar ceramah Najib Assadok anak bugis Johor ni. Beliau berkongsi bagaimana beliau bangkit daripada beberapa kegagalan sehinggalah akhirnya baru menikmati kejayaan dan menjadi speaker yang berjaya. Setakat ini beliau telah menulis tiga buah buku. Penulisan beliau memang lancar dan bersahaja, bekas pelajar MRSM, graduan UTM.
Apa yang aku suka adalah bila beliau menceritakan tentang apa yang membuatkan anda BENGANG. Dari situ kita bangkit...
Hari ini nak share catatan ini dulu...
UNTUNG JADI ORANG BISNES!
Hasil dari kajian Brian Tracy International, orang yang menjadi JUTAWAN adalah datang dari 5 kelompok. Iaitu:
1) 74% datang dari orang bisnes
2) 10% dari golongan eksekutif yang menjawat jawatan besar
3) 10% dari golongan professional seperti doktor, peguam dan sebagainya.
4) 5% ialah dari jurujual hebat yang mampu memperoleh komisen hebat dan besar
5) 1% ialah dari pelbagai golongan lain
Nampak tak?
Ini bermakna kita-kita yang bisnes ini akan mempunyai PELUANG yang sangat cerah untuk jadi JUTAWAN.
Malah Rasullullah SAW kita yang tercinta pun bukan sahaja bagitahu 74%, TAPI 90% kekayaan adalah datang dari bisnes yang kita usahakan.
TAPI sayang kan?
.
.
KENAPA ramai lagi yang TAK BERJAYA melangkah ke alam bisnes ni?
Hasil daripada kajian dan bancian, ramai yang memberitahu bahawa mereka:-
i) kena kerja kuat (makan gaji) untuk berjaya dan kaya
ii) tak cukup duit atau sayang duit untuk hadiri kelas bisnes
iii) tiada masa nak fikir mengenai bisnes dan tiada masa nak buat kerja dua masa
iv) bab-bab sales ni memang tak minat. Lagipun malu nak jumpa orang buat sales.
v) dan terakhir yang merupakan halangan terbesar mereka ialah perasaan TAKUT.
Tapi tahukah anda APA yang mereka takutkan sebenarnya?
Mereka takut nak berhenti kerja. Takut tak cukup duit nak tanggung anak bini. Takut hutang tak boleh bayar. Takut kereta kena tarik. Takut saudara mara pandang rendah dan mengata belakang. Takut kemegahan dan ego hilang.
Percayalah, saya dulu pun begitu, dan saya percaya ramai kawan-kawan bisnes yang lain pun mengalami perkara yang sama. TAPI kami berani berubah dan bertindak.
Saya memetik dari kata-kata Michael Hyatt, melalui bukunya “Platform” (New York Times Bestseller):-
“Jika kita nak mencipta pengalaman yang WOW dan HEBAT di dalam kehidupan kita, kita mesti mempunyai keazaman dan keberanian.
Perasaan TAKUT ini hanyalah sebuah jambatan psikologi yang perlu kita rentasi.
Kerana apa yang kita ingin ciptakan- iaitu kehidupan yang WOW tersebut- berada diseberang jambatan sana. Tiada jalan lain untuk kesana melainkan dengan merentasi jambatan psikologi ini "
Lepas tu nak share hak ni juga... bekas bos aku merangkap mentor juga sebenarnya... tapi tak der modal nak mula... hahahah
puan ziana:
πTips & Nasihat
Bisnes Online Terutamanya unt Newbie...
Utk yg bru nk bermula.....
mungkin ada yg rasa kecewa bila post kita
x dpt response...betul kan?
Nk tau apa sbbnya?
Sblum ni kita x pernah post pasal produk.....tiba2 skrg baru ada.
Org sedang memerhati kita sebenarnya.....
sbb sekali tgk, mrk x akn terus order.
Teruskan post ..... sbb post yg awal2 ini
adalah hanya sekadar ingin
memperkenalkan diri dan produk yg kita
jual......jgn target nk menjual terus, pasti
anda kecewa.
Bila viewers dah selalu tgk post kita, bru
keyakinan akn timbul....sbb dia tau, kita
memang betul2 seller yg boleh
dipercayai....
Jika kita post 2x, 3x shj.....lps tu stop (sbb
frust kononnya)....org lg x percaya kt kita.
So....utk permulaan ni, post sekerap
mungkin..bina kredibiliti & engagement dgn kawan2 fb.
Smpai 1 tahap...bila org nmpk nama kita je
org dah tau kita ni pengedar & peniaga.
Tp nk smpai tahap tu.....buat dan terus
buat.......konsisten...istiqamah.
Hasilnya pasti x mengecewakan....
Muhasabah diri........tanya balik......siapa
kita ni smpai sekali post terus org nk
beli....?
Sifu bisnes online ckp kita kena buat posting 6-9x sehari.
Cer tgk....kita post brp kali dlm sehari??
Jd.....lps ni, ubah cara berfikir, ubah cara
bekerja.....
Insyaallh....semua pasti boleh CEMERLANG:
π₯14 Cara Nak Berjaya yg DiKongsi:
π1. Tmbh ilmu buat bisnes (knowledge)
π2.sentiasa fokus pada matlamat
π3.kuasai suara kecil dlm diri anda
π4.kuasai kepercayaan/keyakinan (tukar
sistem kpercayaan kita)
π5.tukar persekitaran/suasana hidup yg
lbih positif
π6.perhatikan dgn siapa kita bergaul/
berkawan
π7.konsistens
π8.follow sistem 100%, strategi
π9.kuasai ilmu yg khusus
π10.komitment dgn mentor
π11.tingkatkan nilai diri anda
π12.tulis platform/skill tahun ni dn pergi
blajar
π13.siapkan satu2 impian anda, yg dh capai
take.
π14.sumbangan (stiap bulan bg sumbangan
pd siapa2 sj wpun sikit2)
π₯3 CARA MENGUASAI DIRI:
π1.persoalan diri (bisikan2 negatif)
π2.lawan balik suara hati yg negatif
π3.follow n tambah lagi dgn idea yg lebih
baik
π₯SEDIKIT TIPS BUAT YANG BERNiaga.
Tlg jadikan rutin harian uols....
Waktu paling berkesan utk update ialah
Jam 9 pagi
Jam 3 ptg
Jam 9 mlm
Hari efisien ialah pd hari bekerja....
Hari minggu jarang org tgk fon.....
Manusia akn lebih mengingati jika dia
nmpak dan baca promosi kita 6 kali.....
1 kali tgk baru dia buat derkkπ
2 kali tgk dia rasa nk baca
3 kali tgk dia rasa berminat
4 kali tgk dia rasa teruja
5 kali tgk dia rasa x tahan
Yg ke 6 kali dia akn buat keputusan utk PM
@ WATSAP kita
π₯Tips ni dr Irfan Khairi
Jgn give up dear, InShaaAllah.
Ada la rezeki.. Bila dah ada yg pertama order,
insyaAllah yg ke 2 Allah permudahkan....
Tawakal dan Usaha... π
Moga Allah pandang usaha kita dan doa2 kita.

Friday, August 4, 2017
Hari Jumaat 4 Ogos 2017, Cuti
Jumaat,
Hari ini cuti sebab letih sangat badan. Almaklum dah lama tak buat senaman, tetiba semalam mengejut pula badan ni buat senaman kick bocking sampai nak pengsan. Nasib baik aku tak pengsan kat situ semalam, hihihihi... kalau tidak buat malu kaum jer.
AKu suka jenis pergerakan senaman ini sebab ianya melibatkan tumbukan, lengan, sepak ke depan sisi kiri dan kanan. Tapi bila dibuat selama satu jam.... masya allah hazabnya badan aku nak terima almaklum badan pun tak aktif kan. Stamina tiada...
Balik malam tadi dah pukul 11 malam... sejukkan badan, lepas tu mandi dan solat isyak. Masa nak tidur tu sakit-sakit badan... jurulatih suruh kami mengambil dua keping biskut bersama susu. AKu minum susu jer.
Bangun pagi tadi memang otot badan terasa sedikit keras... hahaha... rasa tak cukup tidur... sms bos kata cuti hari ini. Kebetulan kerja tengah tak der. Lepas subuh sambung tidur, tu pun tak leh tidur sangat sebab Ct dok mengacau. Nak hantar pergi umah pengasuh kan, sunyi sangat la pula rumah ni. Biarlah dia dok mengacau aku tidur kan aku terlelap mesti dia tidur sebelah aku juga nanti.
Pukul 9 pagi baru teringat nak telefon orang tua. Tak der line la pula. teruskan aktiviti lain... ct minta susu... buat susu. Lepas tu bagi ct makan. AKu makan nasi goreng pagi ni. Pukul 11 makan roti... akhirnya cuti dok melayan ct la kejenya hari ini.

Program Turun Berat Badan
Sebelum Ramadan hari tu ada seorang kawan buat iklan sesiapa nak cari duit raya boleh hubungi beliau. Aku berminat maka aku pun hubungi beliau juga. Rupenya program turun berat badan. Maka kami pun berjumpa dan beliau bagilah iklan yang patut kan.
Malangnya aku tak reti pula nak buat promosi secara langsung. Aku cuma gna FB jer... selain itu aku pass kat kawan-kawan baik yang aku kenal. Kebetulan pada bulan puasa ada promosi couple dengan harga yang agak rendah. Memula ingat nak tunggu juga kot-kot ada yang berminat. Memang tiada yang berminat cuma seorang jer yang berminat. Jadi aku pun daftarlah dengan dia sebab harga murah gila kot.
Hadiah pertandingan adalah tempat pertama RM700, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM150. Program berjalan selama sebulan dengan 12 sesi latihan mengeluarkan peluh. Selain itu ada cikgu diet yang mengajar kami cara untuk mengurangkan pengambilan kalori dan lain-lain tips lagi. Sebenarnya ada 4 sesi diet dan pemakanan sepanjang program ni.
Kelas pertama hari Rabu malam, kelas ini alhamdulillah aku masih boleh ikut dari A to Z. Untk merehatkan badan aku balik umah pukul 4.30 petang. Almaklum kelas pukul 8 malam kan. Kelas hari Khamis ni agak mencabar sebab senaman ala-ala kick bocking. Round pertama dan kedua aku boleh ikut, lain ketiga dan keempat rasa tenaga dah kurang giler... tak terangkat kaki rasanya. hihihihi...
Malam pertama kami diajar cara mengira nadi di beberapa tempat, di tengkuk, di pergelangan tangan, celah kelangkang, celah pelipat lutut dan juga betis. kami ditekankan untuk ambil nadi setiap kali sebelum berehat, maknanya dalam 4 kali ambik nadi sebab nak tengok trend. Malan kedua kami diajar cara mengira nadi sesaat pada kadar 60% dan 80%.
1. Pertama kami diminta untuk mengira, 220 tolak umur iaitu 220-34=186
2. Kadar denyutan nadi pada kadar 60% adalah 186*0.6=111.6 denyutan nadi sesaat
3. Kadar denyutan nadi pada kadar 80% adalah 186*0.8=148.8 denyutan nadi sesaat
Katanya untuk senaman yang berkesan, pastikan kadar denyutan nadi tu di atas 111.6 denyutan nadi sesaat dan tidak melebihi 148.8 denyutan nadi sesat. Lebih bagus kalau denyutan tu adalah menghampiri 111.6 denyutan nadi sesaat.
Cara kiraan adalah kira bacaan denyutan nadi dalam tempoh satu minit. Lepas tu darab dengan 6. Contohnya kalau ambik 4 bacaan bagi setiap setengah jam senaman
8.30 malam - 18
9.00 malam - 20
9.30 malam - 22
10.00 malam - 32
Maka darabkan bacaan denyutan nadi tadi dengan 6
8.30 malam - 18*6=108
9.00 malam - 20*6=120
9.30 malam - 22*6= 132
10.00 malam - 32*6=192
jadi, untuk senaman yang efektif tren bacaan nadi sepatutnya menurun dalam kadar bacaan 111.06 dan keatas. Bacaan nadi dalam contoh ini menunjukkan pantang pengambilan gula dalam makanan sehari sebelum latihan belum dibuat, hal ini menyebabkan bacaan nadi tu akan menaik seperti contoh ini. Kesannya adalah proses untuk membakar lemak lambat. Keadaan ini juga biasanya berlaku dalam minggu pertama program. Selain itu keadaan ini juga boleh berlaku sekiranya terdapat masalah penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi.
Jurulatih menasihatkan kami agar tidak mengambil gula sehari sebelum latihan bagi membolehkan kesan daripada senaman yang dibuat lebih memberi impak ke atas pembakaran lemak.
Selepas itu pakar pemakanan pula bagi taklimat pasal pengambilan kalori dan pembakaran kalori. Katanya untuk mengetahui kadar pengambilan kalori kita sekarang iaitu bagi kategori seorang yang tidak aktif adalah berat badan dalam KG darabkan dengan 35. Malu nak cakap berat badan aku sekarang adalah 92.6KG. Oleh itu 92.6KG darab 35, kadar pengambilan kalori aku sekarang adalah 3241 kcal. Padahal lelaki cuma memerlukan 1800 hingga 2000 kalori sehari. Bayangkan punya banyak kalori yang perlu dikurangkan. Dia kata kalau kita kurangkan kalori secara mendadak menyebabkan kita mengantuk dan tidak bertenaga.
Tapi pengiraan akulah kan... dengan ketinggian 168cm jer... berat badan ideal aku 70kg. Jadi 70kg darab denga kadar pengambilan kalori kategori manusia tidak aktif kerja pejabat iaitu 35 menyamai 2450 kcal sehari. Maksudnya aku cuma kena kurangkan pengambilan kalori sebanyak 791 sehari.
Dalam program ini kami digalakkan untuk mengurangkan 500 kcal sehari. Selain itu kami dinasihatkan untuk buat senaman lagi untuk membakar lagi banyak kalori yang telah diambil.
Untuk membantu kami mengira jumlah kalori dalam makanan ada software MyNutriDiet.
Ok sekian sahaja untuk kali ini.
Sunday, July 23, 2017
Hari Ahad yang indah 23 Julai 2017
Hari Sabtu malam Ahad tidur tak lena kerana selepas puas berehat tengok tv dan melayan kerenah budak-budak, aku meluluskan borang perubahan gaji untuk tindakan Ogos 2017. Sebenarnya kami ada buat latihan kepada Pusat Pembayaran Gaji untuk mengunci masuk dan edit SG20 masing-masing secara live. Al maklum nak bagi latihan HCM balik manalah sempat sebabnya modul MM dan FICO baru nak mula jalankan sesi latihan kepada TOT. Lepas tu kepada Expert End User plak... dan akhirnya kepada User.
Disebabkan tidur pun dekat pukul 2 pagi, bangun pun lewat sikit pukul 6.45 pagi. Itupun nasib baik sedar alarm HP. Kalau dulu masa ada kelas pukul 8 pagi, pukul 6 pagi dah bangun sebab nak gerak sebelum pukul 7 pagi. Almaklum duduk umah penhouse kan, tingkat 16 lagi... bersiap satu hal, nak siapkan bekalan air pula, lepas tu nak tunggu lif tu sampai dari bawah ke atas dan ke bawah semula ambil masa kurang-kurang 5 minit. Ok berbalik kepada cerita hari ni. Aku sambung tidur balik, walhal tak leh tidur pun sebab anak-anak dah bangun dan sibuk dok kejutkan aku dan mengacau. Najmi siap geletek tapak kaki aku. Ct dipanjatnya badan aku. Dek keletihan aku pejamkan mata jer. Tapi diorang jerit kat aku... katanya dah pukul 8, lepas tu kata dah pukul 9.
Aku jeling jam kat dinding eh betul pula dah pukul 8 pagi. Sebelum bangun aku suruh diorang pijakkan belakang aku. Najmi aku suruh dia, dia suruh adik dia. Dia ugut adik dia tak nak belikan patung baru kalau tak pijak ayah. Ct pun cepat-cepat naik atas katil dan pijak belakang aku. Namapun budak kan, dia melompat-lompat atas belakang aku dan atas katil. Lepas tu dia berlari keluar. Najmi dok belek mainan dia, aku bagitau dia suh dia pijak belakang kalau nak beli mainan kat kampung nanti. Dia pun bangun dan pihak belakang aku. Sambil pijak sambil mulut dia tak berhenti menyatakan jenis mainan yang dia nak, bukan satu tapi lebih dari satu.
Selepas mandi aku keluar ke ruang tamu, macam biasa isteri aku tengah masak. Hari Jumaat tu ada beli tempe, dia buat tempe goreng tepung dengan masak lemak ikan jaket. Aku pun mendobi... lepas tu buka tv tengok siaran sukan percuma kat Astro. Lepas tu aku suruh anak-anak mandi, nak mandi air kolam plak, bagi jer lah sebab dah banyak kali minta aku tak bagi sebab diorang selesema. 20 minit kemudian aku suruh diorang bersihkan badan, berus gigi dan sabun badan. Tetiba baru perasan diorang tak ambil tuala mandi, lalu aku membebel kat diorang supaya sebelum mandi ambik tuala sekali. Macam biasalah ayat diorang berdua tu, "Baik Ayah, saya minta maaf". Almaklum diorang meniru tingkah laku kami ibu bapa mereka.
Selepas sarapan, aku angkat jemuran dan jemur kain yang baru basuh tadi. Sekejap jer masa berlaku dah pukul 10 pagi. Lalu aku bersiap ke pejabat. Hari ini terpaksa juga ke pejabat kerana banyak SG20 perlu diluluskan untuk membolehkan perancangan latihan mengunci masuk berjalan lancar. Hari Sabtu pergi pejabat uruskan hal tahan gaji, daftar surat ke sistem DDMS. Nasib baik tak banyak permohonan bulan ni ada tujuh jer surat permohonan yang perlu diimbas sebelum dikunci masuk dalam DDMS. Selepas itu aku buat kuiri kod potongan 4024 dan recurring and Payment sebelum membuat larian gaji Seperate Cycle 072017. Selesai proses larian gaji aku buat pula larian laporan potongan. Alhamdulillah siap juga, Isnin tinggal hantar notis pembayaran gaji kepada bank EF dan juga solman laporang keseluruhan. Dua keping CD juga perlu disediakan pada pagi Isnin tu.
Aku sampai pejabat hari ini dalam pukul 10.15pagi. Sampai jer pejabat sunyi sepi tak de orang pula. Sampai jer terus ambik no spool laporan Keseluruhan untuk diberikan kepada rakan sekerja untuk tindakan selanjutnya. Selepas itu aku jana laporan yang Ptj minta untuk sediakan bajet. Kesian dia dari hari Khamis minta, tapi kebetulan aku sibuk buat benda lain, jadinya lambatlah jana laporan tu. Nasib baik tadi teringat terus buat jer. Selepas itu aku mulakan kerja menyemak SG20. Memandangkan hari Rabu dan Khamis ni aku kursus penyediaan laporan dissertation di UiTM Shah Alam, maka aku perlu meluluskan semua SG20 yang ada sebagaimana pembahagian telah dibuat. Pukul 12.30 pm ada kawan datang ke pejabat. Pukul 2 petang dia balik. Aku pun pergi solat zohor. Selesai jer solat zohor baru aku nak sambung kerja Pengawal Keselamatan bertugas buat rondaan datang untuk ambik maklumat kami. Aku tulis jer konon-konon nak balik pukul 4 petang, tetapi memandangkan pelbagai jenis bunyi mula kedengaran aku target untuk habiskan beberapa bundle SG20 yang tinggal dan yang selebihnya aku bawa pulang ke rumah. Alhamdulillah capai juga target aku, dan pukul 3.15pm aku pun kemas barang dan balik.
Hari ini isteri memberitahu bahawa anak-anak berebut nak makan roti dengan jem coklat. Ceritanya hari Jumaat lepas sambil beli beberapa keperluan dapur aku beli roti, sebab ingat nak buat bubur kacang hijau, lama dah teringin. Lucunya hari Jumaat tu aku lupa beli kacang hijau tu dah masuk kereta baru teringat padahal isteri dah bagitau kat rumah ada sikit jer kacang hijau tu, tapi bolehlah buat sekali makan sebab kami pun dua orang jer makan. Hari Sabtu tu aku gas plak nak habis, gi ke Ayer 8 cucuk duit, jauh pula kedai runcit kat sini lalu aku ingat nak singgah kedai runcit kat bawah rumah jer. Sekali kedai runcit bawah rumah tutup hari Sabtu... alamak terlupa lagi. Memang tadi ada rancang nak gi isi angin kat Shell Presint 8, tapi batalkan niat sebab dah telefon orang gas tu takut orang gas tu sampai dulu. Sekali masa aku ke kedai bawah rumah yang tutup tu, aku telefon orang gas tu dia tak gerak pun lagi. Jadi isteri aku masak jugalah bubur kacang hijau dalam dua genggam tangan jer kuantitinya. Masak jer bubur tu lepas solat asar aku pun ambik semangkuk dan cicah degan roti, Ct memang suka makan macam tu. Najmi memang jenis tak lalu makan sokmo. Lepas magrib Ibunya pula makan bubur dengan roti tu. Jadi kuantiti roti tu memang dah sikit lah kan, sebab tulah sampai berebut diorang nak makan roti dengan jem coklat tu.
Jadinya selepas balik dari pejabat aku pun teringat nak isi angin kereta. Sampai stesen minyak hmmm minyak pun dah suku ni, Rabu dan Khamis nak gi ke Shah Alam. Isi lah sekali minyak, aku pun masuklah ke kedai Shell tu nampak roti, malangnya roti yang diorang nak tu tak der. Aku beli jer roti yang ada. Lepas bayar terus isi minyak kemudian isi angin tayar. Baru tahu rupanya tayar depan aku cukup dengan bacaan 31 psi dan tayar belakang 29 psi. Sebelum ni aku kasi 31 jer depan dan belakang. Ok jugalah hari ni belajar sesuatu yang baharu. Dah setahun pakai kereta baru perasan bahawa kadar tekanan angin ada kat celah pintu tu. Selama ni duk lap kereta tak perasan pula.
Aku sampai rumah dalam pukul 4 petang. Najmi tengok jam kat dinding lalu dia cakap aku balik awal hari ni. Katanya dia ingat aku balik lewat. Ct sedang tidur masa aku balik tu. Roti tu aku terus bagi Najmi lalu dia letak atas meja makan dan sambung main tanah liat @ plasticine @ play doh @ clay. Cerita pasal tanah liat tu, aku beli berzaman nak suh diorang main. Lepas balik cuti beraya hari tu baru diorang buka dan main, banyak-banyak warna bila diorang main bercampur jadi satu warna jer iaitu coklat. Syukur jugalah selepas Najmi main tanah liat tu dia akan simpan semula ke tempat yang selamat la kan sebab nanti dia nak main dia ambik lagi. Pening sikit sekarang ni si adik, Ct macam tak faham lagi keperluan mengemas dan simpan elok-elok mainan selepas selesai main supaya lain kali boleh main lagi. Bila mainan dia bersepah abang dia yang tolong kemaskan, alamatnya semua mainan tu jadi mainan abang dia atas alasan abang yang kemas. Hal ini pun menjadi punca diorang bergaduh hari-hari...
Hari ini Isteri aku buka cerita hindustan Bajrangi Bhaijaan yang mengisahkan Lelaki India nak hantar Budak Perempuan Bisu Pakistan balik jumpa keluarga dia tu. Dah kemas meja operasi aku letak beg berisi SG20 kat situ. Lepas tu aku gi layan cite hindustan tu sambil baring. Pukul 4.30 petang aku gi dapur tengok bubur semalam ada lagi, lepas panaskan aku pun makan ngan roti... Ct bangun tidur makan sekali. Pukul 5 petang aku sebenarnya dah nak start lulus SG20 tapi rasa malas pula. Jadinya aku baring-baring atas katil... lepas tu mandi dan solat asar. Selepas tu baru mula luluskan SG20 tu, setiap kali selesai satu ikatan SG20 aku keluar tengok diorang. Nak hilangkan rasa boring dan naikkan semangat aku buka lagu rancak kat hp sambil luluskan SG20 tu. AKhirnya tinggak satu ikatan jer lagi. Pukul 7 malam aku gi lepak ruang tamu, capai remote Astro tekan channel sukan. Masa tu budak-budak duduk belajar dengan ibu diorang.
Selepas magrib layan anak-anak sambil tengok berita, rasa boring tengok berita tekan saluran sukan balik adalah perlawanan bola tampar pantai. Aku kagum dengan pemain sukan bola tampar pantai ni, diorang boleh main dengan hebatnya walaupun berdua jer. Lepas tu Najmi bawa tab dia untuk main game Ultraman. Aku pun main sama game tu sebab nak tolong dia kumpul mata kan. Terlompat-lompat dia syok tengok aku main game tu lawan raksasa. Sambil tu dia mengajar aku apa perlu dibuat dan nasihatkan jangan sampai jatuh gaung.
Selepas Isyak aku sambung keje luluskan SG20 tu... akhirnya siap juga. Alhamdulillah cara aku buat keje macam ni, rasa tak sakit sangat bahu dan belakang. Kalau aku fokus jer luluskan SG20 tu rasa sakit sangat bahu dan belikatku.
Oklah masa untuk tidur... aku bersyukur dengan perjalanan hariku hari ini ada isteri dan anak-anak disampingku... Ct pun baru jer terlelap tu... tadi masa aku dok mengarang, dua tiga kali dia datang minum air sebab botol air dia ada kat atas meja operasiku ini. hihihi... oklah nak minum segelas air suam sebelum tidur...
Friday, July 21, 2017
Aku sayang kerjaku...
Siapa tak sayang kerjaya masing-masing kan.
Penolong Akauntan...
Berdasarkan jadual gaji minimum dan maksimum PP1/2016 mulai 1 Julai 2016 gaji mengikut gred untuk Penolong Akauntan adalah seperti di bawah
Gred W40- RM4,992.00 - RM8,978.00 - KGT RM225.00
Gred W36- RM3,532.00 - RM7,511.00 - KGT RM180.00
Gred W32- RM2,848.00 - RM6,259.00 - KGT RM155.00
Gred W29- RM1,498.00 - RM5,678.00 - KGT RM145.00
Elaun yang diterima bulanan pun oklah juga buat masa ini.
Tahun 2008 - W27/W29
Tahun 2015 - W32
Tahun 2025 - W36 (Insha allah)
Tahun 2030 - W40
hahahah.... insya allah kalau murah rezeki dapatlah kan .... mana tahu awal lagi ker sebab pergi ke gred PnP kan.
Skim kewangan ni banyak sangat terlibat dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Kalau ikutkan senang kan, tapi kalau salah faham pekeliling besar kesan ke atas perlaksanaan arahan tu.
Selain itu, Skim Kewangan juga perlu berurusan dengan cubaan dan dugaan lain penyalahgunaan pekeliling oleh seseorang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu urusan. Oleh sebab itu, pekeliling kena hadam. OMG...
Pamatuhan kepada tarikh-tarikh akhir sesuatu urusan juga perlu dipatuhi. Cabaran juga sebab kadang-kadang manusia ni rambut sama hitam hati lain-lain kan. So kena hadaplah kepelbagaian manusia yang wujud di atas muka bumi ini walaupun di Malaysia jer pun.
Alahai sakit perut la pula.... oklah bye bye

Minggu yang memenatkan
Assalamualaikum dan salam hujung minggu...
Salam Negaraku Malaysia...
Syukurlah dah hujung minggu, boleh rehat sepuas-puasnya. Minggu lepas minggu yang memenatkan, Isnin dan Selasa aku masih ok masih seperti hari yang lain masih bersemangat menyiapkan kerja-kerja rutin. Hari Rabu tetiba mood aku berubah, entahlah dalam sibuk menguruskan beberapa perkara yang agak mustahak hal kerja pula membuatkan aku buntu mencari jawapan kepada pertanyaan yang diajukan. Mencari pekeliling untuk dirujuk tidak dijumpai, bertanya sahabat pun tiada jawapan agak hampa juga sebenarnya. Dulu group ws tu sangat membantu, sekarang group ws tu macam dah tak berguna lagi bila sumber rujukan yang diperlukan tidak memberi respond sewajarnya.
Nampak sangat dah lama aku tak belajar pasal perkhidmatan awam ni, terasa bagus juga kalau ada Peperiksaan tahap kecekapan seperti dahulu kerana ada hamba allah akan bukukan semua panduan yang perlu diketahui mengikut bidang tugas masing-masing. Jadinya kami semua mempunyai kefahaman yang sama. Proses mendapatkan jawapan pun menjadi senang.
Dulu aku yakin bahawa bayaran perbentungan adalah dikira sebagai bil utiliti. Tapi bila google maklumat berkaitan bil utiliti, bayaran pasal perbentungan tiada dalam hasil carian tersebut. Rasa stress pula... belum habis jawapan tu keluar lagi soalan lain berkenaan elaun dan perkhidmatan. Sepatutnya rujuklah dengan sumber manusia, tapi malangnya orang sumber manusia susah pula mengangkat telefon pada masa kita perlukan kuasa rujukan.
Hari Khamis aku dah jadi tak tenang... sampaikan satu surat aku perlu edit sampai 5 kali. Hadoi, letih betul dengan perangai orang atasan ni nak format surat yang sebetulnya tanpa meneliti isi surat. Aku agak sibuk menjana laporan mengikut cycle gaji hal ini kerana sistem terlalu perlahan sampaikan laporan gagal dijana. Ingatkan selepas waktu pejabat bila orang tak ramai guna sistem lajulah sikit, rupenya sama kerana selepas pukul 5.30 petang proses back-up data secara auto plak buat keje. Hari Isnin petang aku terima wasup dari orang ICt katanya orang yang jaga sistem di JANM sound ingat aku sorang jer nak pakai sistem dia suh aku run ikut jadual. Padahal hari Isnin tu ada masalah dengan proses larian gaji aku... terpaksa aku patah balik beberapa proses untuk memastikan proses yang gagal tu dapat dibuat. AKhirnya Isnin petang tu aku balik jer sambung selasa pagi. Alhamdulillah dengan bantuan pasukan helpdesk berjaya juga selesaikan proses larian gaji. Khilaf aku, memang aku kena study balik nota larian gaji tu.
Hari Jumaat tu pula kes ahli suruhanjaya yang tak puas hati tiada potongan KWSP sebab setting sistem kalau kumpulan pekerja yang digunakan sekarang memang tak leh carum KWSP. Serabut betul aku ahli suruhanjaya macam tu, nak juga caruman kwsp... ada lagi ker duit kwsp dia sebelum ni... orang yang menjaga dia sendiri pun tak leh nak jawap apa status dia, dia pula sibuk nak menimbulkan hal macam tu. Ahli Suruhanjaya bukan penjawat awam nak pakai A01 dan bukan Anggota Pentadbiran... entahlah... dulu agaknya pakai jer mana yang ada. Stressnya aku... dah la semua orang atasan aku sibuk... sibuk dengan majlis raya sebulan yang tak habis-habis, sibuk dengan plan Perakaunan AKruan. Aku telefon juga PSU kat SPA bahagian yang berkenaan la kan, dia sendiri tiada jawapan dok ulang benda yang sama kerani dia cakap kat aku. Patut dia yang jaga ahli suruhanjaya kenalah usaha lebih sikit. Ini nak harapkan kita cari jawapan untuk dia juga. Memanglah manusia ni... sabar jer lah.
Alhamdulillah MPK HCM dalam proses semakan lanjut, lega juga rasa bila ada juga PAW32 yang terlibat dalam proses penyediaan MPK tu. Hebat juga mamat tu, seminggu dia bentangkan pasal MPK tu.
Aku faham allah tak uji kita jika kita tak mampu.. mungkin ujian ini kecil bagi orang lain tapi cukup membuatkan aku stress kerana setiap hari ada jer kerja rutin yang perlu diselesaikan segera. Mungkin Allah nak sedarkan aku kena berdoa banyak-banyak lagi mohon kepadanya untuk memberi aku jalan dan dipermudahkan untuk menyelesaikan kes-kes terpencil tu. Minggu lepas solat sunat dhuha pun tak sempat buat.
Apa yang menyeronokkan adalah beberapa perkara berkaitan cukai pendapatan berjaya juga aku selesaikan. Selain itu aku juga dapat ilmu baharu, baru faham formula yang sebelum ni agak keliru sikit. Sebelum ini kalau orang tanya pasal Potongan Cukai BUlanan yang sistem automatik kira berdasarkan pendapatan dan potongan zakat serta maklumat tanggungan yang diisytiharkan pegawai. Biasanya aku ambik gaji pokok + elaun bercukai aku darab 12, hasilnya aku tengok banjaran pendapatan. Selepas tau nilai cukai bahagi 12 bulan. Kini aku tau kalau dia tanya pasal cukai bulan 6, aku kira gaji pokok dia tambah elaun bercukai, then aku kali dengan 7 bulan. Kenapa tujuh bulan adalah tempoh dari bulan Jun hingga Disember. Lepas tolak pelepasan iaitu RM9000 pelepasan diri sendiri, pelepasan pasangan dan anak-anak. tengok banjaran cukai untuk mengenalpasti cukai. Bahagi 7 bulan... kalau ada zakat tolak zakat. Itulah kadar PCB.
Oklah... selamat berhujung minggu

Subscribe to:
Posts (Atom)