Tuesday, April 30, 2013

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia.

Hari ini programnya bawa kakak aku belajar jalan di area BBST, KLIA, LCCT dan sekitar Putrajaya... bestnya..

Isteri, anak dan mertua akan berjalan ke area Bangi.

Sarapan pagi ini nasi kerabu blok hijau. Ingat lagi dulu harga nasi kerabu kosong biasanya RM2.00, tetiba hari tu dia cakap harganya RM2.50 sebungkus. Tadi aku beli nasi kerabu telur masin dia kata RM2.70. Kuew tiew goreng atau mee goreng dia memang mahal sikit biasanya RM2.00. Tadi dia caj aku RM2.50. hai mak cik nie... itupun aku tahu selepas aku tanya harga sebungkus nasi kerabu.

Oklah... masa untuk berjalan, menunggu diorang sampai.

Terkena kat batang hidung aku

Dulu semua cerita yang aku dengar tu semuanya aku terima dengan positif, dengan harapan aku dapat hadapinya.

Dulu hal ini telah berulang kali masuk majalah dan surat khabar. Kini aku pula hadapinya.

Aku yakin dengan Qada dan Qadar Nya , setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Setiap ujian yang aku lalui pastinya adalah pada tahap yang aku boleh hadapinya.

Semenjak dua menjak nampak sangat berubah kelakuannya... ayatnya tiada lagi lembut penuh budi bahasa... tiada lagi ayat yang membuatkan aku diperlukan dan dihormati. Aku sebagai hamba allah yang dikurniakan dengan sifat ego mahu dihormati dan diterima seadanya. Betapa kau meletakkan diriku dalam keadaan sukar sekarang ini sehinggakan aku terpaksa memilih antara keluarga dan ...
Kenapa hal yang dahulu dibangkit-bangkitkan... sedangkan sudah sama-sama setuju untuk tutup buku kisah silam itu. Sampai hati tidak mahu mengambil tahu akan keluargaku... 

Jangan berkahwin dengan orang yang anda BOLEH hidup bersamanya. Tetapi berkahwinlah dengan orang yang anda TIDAK BOLEH hidup tanpanya. 

Tidak boleh menerima sepenuh hati.... terguris hati ini.... sakitnya hati ini.... marah sangat-sangat... dahulu semuanya ok.... kenapa sekarang baru timbul isu ini.... tolonglah belajar memaafkan dan lupakan perkara yang tak sepatutnya demi masa depan keluarga kita. 

Keadilan...

takkan nak balik masa raya je kot... alasan jauh... tak lojik... alasan lain lagi dicipta... alasan boleh dicipta dan diberi beribu - ribu kalau hati kotor tidak tahu memaafkan.... sucilah hati.... sucilah hati... tak de sape pun yang sempurna dalam dunia ini. Dalam memastikan perjuangan kita terus utuh, segar dan abadi, belajarlah jangan disimpan di dalam hati setiap perkara yang kita kurang berkenan. Setiap manusia kita dikurniakan kelainan akal, fikiran, gaya bertindak atau etika yang berbeza kerana itu adalah kekuasaannya. Ciptaannya adalah amat unik tidak sama antara satu sama lain. Kelainan itulah yang mewujudkan kepelbagaian... yang mewarnai kehidupan ini...
Maksud adil itu sendiri adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Sama rata... betul...


Lapan Punca Rumahtangga Bergolak


Sangat menyedihkan apabila dalam sesebuah perkahwinan, pasangan suami isteri gagal untuk mempertahankan hubungan perkahwinan mereka. Apabila perkara seperti ini berlaku dalam hubungan rumahtangga dan tidak diselesaikan secara berhikmah, ia tidak mustahil mengakibatkan penceraian.
Oleh itu, untuk mengelakkannya daripada menjadi lebih parah, pasangan terbabit perlulah mengenalpasti apakah punca yang menyebabkan masalah-masalah timbul dalam hubungan mereka. Apabila punca pertelingkahan atau ketidaksefahaman dikenalpasti, pasangan tersebut akan lebih mudah untuk mengatasi masalah yang timbul.

(1) Kritikan yang melampau - Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka tentang masalah ini. Mereka lebih memikirkan kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan sensitiviti pasangan.
Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.
Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang membina sebaliknya ia boleh menjatuhkan semangat seseorang.

(2) Penipuan - Jangan sesekali memulakan penipuan dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang.
Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas di antara satu sama lain.

(3) Intipan - Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui setiap pergerakkan atau aktiviti pasangan anda, tetapi ia sebenarnya akan membawa masalah besar dalam perhubungan sekiranya tindakan “intipan” diketahui pasangan anda.
Oleh itu, binalah kepercayaan dan elakkan keraguan terhadap diri pasangan anda. Sekiranya tanda-tanda kecurangan dapat dikesan atau was-was, barulah anda cuba melakukan intipan. Apa yang paling penting ialah jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.

(4) Cemburu yang melampau - Cemburu sememangnya amat penting dalam hubungan. Ia adalah sebagai tanda anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Malangnya, perasaan cemburu yang tidak terkawal akan menjadi punca masalah dalam hubungan. Perasaan cemburu itu haruslah dikawal agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.

(5) Membandingkan hubungan masa lampau - Pasangan tidak seharusnya melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dengan hubungan masa lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

(6) Masalah komunikasi - Ia adalah merupakan masalah yang kritikal kerana ia melibatkan persefahaman dan penilaian terhadap pasangan masing-masing. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu kedua-dua pihak untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

(7) Mengambil ringan - Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan atau kurang memberi respon (tidak peduli) terhadap pasangan masing-masing. Masalah ini perlulah dielakkan. Bahkan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan serta menguatkan ikatan cinta yang terjalin sekian lama agar terus berkekalan.

(8) Aktiviti harian - Setiap orang pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan, tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, carilah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama pasangan anda. Masalah dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan masa.

Sumber :I luv islam








5 sebab suami berubah kasih

SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya,  dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.
Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup,  Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.

Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim.





Tanda-tanda suami curang:

Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.

Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April


 Tips Mengambil Hati Mertua


Memang agak susah kehidupan berumahtangga bila keluarga mertua tak sukakan kita, ataupun keluarga kita tak sukakan pasangan kita. Ia menyebabkan kita menjadi serba-salah dan tertekan jiwa bila terpaksa mengorbankan kegembiraan sendiri demi menggembirakan orang lain. Sebab itulah, sangat dituntut agar mendapat restu keluarga sebelum bernikah.. supaya kita dapat menumpukan masa dan tenaga untuk meningkatkan kualiti perkahwinan dan tak perlu nak buang masa menggunakan tenaga dan pemikiran untuk tujuan lain.

Ada juga kes yang mana hubungan perkahwinan itu direstui oleh kedua2 pihak, namun disebabkan tersilap atau tersalah dalam perbuatan, maka ia menyebabkan hubungan yang asalnya mesra menjadi renggang. Jadi, amat penting bagi pasangan berkahwin untuk menjaga hati keluarga mertua dan dalam masa yang sama tak mengabaikan hati dan perasaan keluarga sendiri.
Ustaz Love nak bagi tips ni tak berapa pandai sangat.. cuma sekadar berkongsi atas pengetahuan yang sedikit :

1. Perkahwinan mendapat restu kedua belah pihak.
Kalau ada pihak yang tak merestuinya, memang akan menjadi masalah bila dah berkahwin nanti. Politik kekeluargaan ni sebenarnya lebih dahsyat daripada politik kepimpinan negara.. kalau kita tengok situasi politik sekarang yang penuh dengan fitnah-memfitnah, kutuk mengutuk, kentut mengentut, caci mencaci dsb, begitulah juga situasi yang akan berlaku bila kita tak sebulu (sependapat / satu geng) dengan ahli keluarga mertua. Kita buat baik pun kena tohmah, kita buat salah apatah lagi.. tak buat apa2 pun kena juga fitnah.. Inilah yang dikatakan, bila hati dah tak suka, manusia dipandang seperti ungka (ini pepatah rekaan Ustaz Love..kihkih).
Jadi, sebelum berkahwin, kena fikirkan dulu situasi ini.. jangan buat bukan2 (terfikir nak kahwin lari la dsb), sbb permulaan yang kurang baik itu boleh memberikan kesan kepada keseluruhan perkahwinan.. bahkan sampai ke anak cucu pun belum tentu lagi boleh settle masalah macam ni.

2. Kena pandai main politik.
Politik di sini bukanlah bermaksud kena jadi JKKK Kampung ke, Ketua Bahagian Wanita ke dsb.. maksudnya, kena pandai melihat situasi. Macam orang politik, mana pihak yang boleh memberi manfaat kepadanya, maka dia akan cuba menjalin hubungan dengan pihak tersebut. Dalam hal ini, bukanlah memberi maksud kita kena buat team tertentu, sebaliknya kena bijak mengambil peluang mengikut situasi.
Ustaz Love bagi contoh.. katalah dalam keluarga mertua itu, yang paling berkuasa dan memberi pengaruh adalah kakak yang sulung (setiap pendapat dan kata2nya diambil berat oleh keluarga mertua contohnya), maka mulakanlah hubungan yang baik dengan beliau. Cuba cari apa kesukaan beliau, dan cuba mengambil hatinya.. insyaAllah, bila kita dah tawan ketua, maka anak2 buahnya akan mengikut. Dah macam strategi nak berperang la plak.. kihkih.
Begitu juga kalau kita mengetahui sikap ahli keluarga tertentu yang suka membuat fitnah dan mengadu domba, maka kita cuba sedaya upaya untuk mengelakkan perselisihan dengan beliau. Dalam masa yang sama, kita kena sentiasa berhati2 agar tak terjebak dalam permainannya dan pandai mengelak setiap serangannya.

3. Menjadi pendengar yang setia.
Seorang pendengar yang setia memang sentiasa disenangi oleh orang lain.. sebab mereka2 ini lebih suka mendengar dan kurang bercakap, jadi orang lebih percaya untuk menyimpan rahsia mereka kepadanya disebabkan kemungkinan untuk beliau membocorkan rahsia atau terlepas cakap tu agak tipis. Maksud mendengar ini bukanlah mendengar macam kucing dengar tuannya bercakap (mata sayu macam faham, tapi sebenarnya tak faham pun), tapi mendengar mengikut kesesuaian dan masa. Kalau orang dah melalut2 bercakap sampai masuk bab umpat fitnah, takkan nak tadah plak telinga mendengarnya (walaupun kita memang suka dengar gossip2 hal orang ni.. cuma bila orang bergossip tentang kita je, kita rasa tak selesa dan nak naik angin).
Bila kita banyak mendengar, maka ia akan membina kepercayaan orang terhadap kita.. sebab itu orang percayakan kaunselor (walaupun mereka orang asing) sebab kaunselor itu terikat dengan kerahsiaan dengan client dan kaedah psikologi yang digunakan iaitu banyak mendengar.. berbanding kita yang tak sempat orang nak habiskan cakap, kita dah potong dan menyampuk percakapannya. Konon2nya itu teknik berkesan nak mematikan hujjah.. sedangkan apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. itu adalah mendengar sampai habis, kemudian baru minta izin untuk bercakap. Jika semua orang yang berbalah menggunakan teknik ini, insyaAllah, jalan penyelesaian akan dapat dicapai.. berbanding saling potong-memotong cakap.. umpama potong-memotong semasa memandu yang berkemungkinan besar berakhir dengan eksiden.. berbanding jika kita nampak kereta di belakang dok cucuk2 angin, kita belok ke kiri memberikan laluan untuknya.. insyaAllah, kita selamat, dia pun selamat (tak berlanggar dengan kita.. walaupun kemungkinan untuk berlanggar dengan orang lain itu tetap ada).
Jadi, tak kira la keluarga mertua berborak cerita pasal drama ke, cerita pasal ayam ke, pasal anak2 ke, dengarlah.. dan berikanlah pendapat sekiranya mereka bertanyakan pendapat kita.. jangan pandai2 bercakap walaupun tak diminta, nanti mereka akan nampak seolah2 macam kita nak menunjuk2. Ini boleh menyebabkan perasaan jelly (jeles) di kalangan keluarga terutama ipar duai yang mungkin tahap pemikiran mereka tak setinggi tahap pemikiran kita.

4. Jangan kedekut memberikan pujian.
Pujilah keluarga mertua atas apa yang mereka lakukan.. Kalau mereka bersolek, pujilah kecantikan wajah mereka.. tanya petua nak licinkan wajah (tapi jangan la kalau kakak ipar tu muka berjerawat penuh, kita gi tanya beliau petua nak melicinkan wajah plak.. harus dia anggap kita nak menyindir plak).. tanya cara nak jaga body.. tanya resepi masakan.. bila kita bertanya sesuatu yang dalam ruang lingkup pengetahuan dan kemahiran mereka, mereka akan rasa dihargai. Walaupun kita tak memuji masakan mereka secara direct, tapi bila kita tanya resepi masakan, seolah2 kita dah berikan pujian dan pengiktirafan kepada masakan mereka. Pendek kata, sentiasa bermulut manis walaupun kentut busuk (ini pepatah orang tua yg Ustaz Love adjust sket).
Kalau anak2nya cemerlang, maka ucapkanlah pujian dan tahniah kepadanya.. kalau anaknya tak cemerlang, maka elakkan membuka mulut pasal pelajaran anak2 melainkan kalau beliau yg buka mulut dan bertanyakan kepada kita.. sebab kes anak2 ini juga biasanya boleh menyebabkan perselisihan dengan keluarga mertua serta ipar-duai. Sebabnya masing2 sayangkan anak sendiri.. even kalau anak bersalah pun, kita tak sanggup nak tengok anak2 kita dimarahi oleh orang lain.. biar kita yang marah dan pukul anak sendiri, berbanding melihat anak kita dimarahi dan dipukul oleh orang lain. Begitulah juga dengan mereka. Kadang2 hari ni anak2 kita bergaduh dengan sepupu2 mereka bertumbuk bertampar sampai berdarah2, esoknya diorang dah boleh main balik macam biasa.. tapi mak ayah diorang plak yang over sampai tak bertegur sapa bertahun2 lamanya.
Jadi, untuk mengelakkan sebarang rasa tak puas hati, ringankanlah mulut memberikan pujian.. bukannya kena keluar apa2 modal pun.

5. Banyakkan memberi daripada meminta.
Antara cara paling berkesan untuk merapatkan hati2 manusia ini adalah dengan banyak memberi.. tak kira la berikan duit ke, barang ke, khidmat ke dsb. Cara yang paling mudah adalah memberikan khidmat.. modal pun tak perlu nak keluar.. cuma kena guna tenaga la sikit. Contohnya bila nampak mak mertua duduk termenung kat tangga rumah, duduk la dengan beliau sambil borak2. Sambil borak2 tu, boleh la urut sikit2 kaki beliau (ini untuk menantu perempuan la.. jangan menantu lelaki pandai2 plak nak urut kaki mak mertua, kang kena ong bak dengan pak mertua, Ustaz Love tak bertanggungjawab..kihkih). Begitu juga kalau nampak kakak ipar dok gosok2 bahu, offer la kat beliau nak tolong urutkan. Tak payah la urut guna siku mcm kat spa tu, cuma urut2 biasa.. walaupun mungkin tak hilangkan lenguh bahunya, namun ia dapat mengeratkan hubungan melalui cara sentuhan.
Juga kalau kita tahu keluarga mertua itu ada masalah kewangan ke, cepat2 la bagi bantuan.. jangan tunggu beliau mintak (sbb ini akan menyebabkan beliau berasa segan dan kurang mesra dengan kita). Bagi je berapa yang mampu.. walaupun tak dapat nak selesaikan keseluruhan masalahnya, sekurang2nya dapat meringankan beban yang ditanggung. Anggap saja itu sebagai sedekah yg akan menjadi harta kita di akhirat nanti.. jadi, kita pun takkan berkira walaupun terpaksa menghulur banyak2 kali.
Bagi yang pandai memasak, maka selalulah masakkan lauk lebih sket dan hantar kepada keluarga mertua.. kalau yang tak reti masak, takyah la pandai2 nak adjust menu (hantar megi ke, telur goreng ke.. takde maknanya.. kihkih).. sebaliknya mungkin boleh belikan buah ke.. ataupun kalau pergi pasar malam, belikan yong tau fu lebih sket dan hantar ke rumah mereka. Budaya menghantar makanan ini memang budaya Islam dan telah diamalkan oleh orang Melayu sejak dulu lagi. Cuma sekarang ni agak jarang kecuali kalau bulan puasa.. bertukar2 juadah puasa.. itu pun sebab malas nak masak banyak jenis.. masak mee goreng, hantar kat jiran, dapat balasan kuih la, ayam percik la dsb.. niat yang tak betul akan menghasilkan perasaan yg tak berapa betul.. sebab tu ada antara jiran yang dah berhenti bertukar juadah berbuka puasa sebab jiran tu masak tak sedap dsb. Bukan pahala yang dikejarkan, sebaliknya sibuk nak memenuhkan perut sendiri.

6. Berdoa kepada Allah.
Jangan lupa berdoa kepada Allah dengan menyebutkan nama ahli keluarga mertua.. doakan semoga Allah mengampunkan dosa mereka, diberikan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan apa2 juga doa kebaikan. Tak lupa juga, doakan semoga Allah merapatkan perhubungan kita dengan mereka.. sbb Allah saja yang memegang hati manusia ini.. bila2 masa Allah boleh bolak-balikkan.. sama seperti Saidina Umar r.anhu yang pergi nak membunuh Nabi s.a.w., tapi Allah balikkan hatinya menjadi orang yang paling cintakan Nabi s.a.w.
Begitulah serba-sedikit petua (mungkin) yang dapat Ustaz Love kongsikan.. Ustaz Love buka perbincangan jika ada mana2 pengunjung yang nak berkongsi pandangan atau pengalaman.. kita kumpul sikit2 nanti lama2 boleh jadi bukit. Soal berkesan atau tak, itu kita akan tahu selepas kita amalkan.. selagi kita tak amalkan, selagi itulah kita takkan tahu sejauh mana keberkesanannya.
WA

Monday, April 29, 2013

Yeah pinjaman rumah ku dah lulus...

Sebelum ini aku ada submit juga loan bank, pegawai bank tu kata setakat amaun tu aku leh lulus... malah aku layak dua kali ganda amaun yg aku mohon tu. Okay... tapi dia kata akan ambil masa dua minggu. Tunggu offer letter. Memandangkan keputusanku tidak disokong terpaksalah aku batalkan niat di hati nie. Tapi tak per kalau ada rezeki lain kali... siapa yang tahu kan..

Semenjak hari itu, aku pun dengan berat hati meneruskan permohonan pinjaman rumah melalui treasury. Kelayakan aku RM255K tapi amaun rumah baru RM112125.00 kiranya sayang juga kan... yelah dengan tempoh 30 tahun kan... daripada tak de langsung baiklah aku ambil kesempatan ini. Ye lah kita hanya merancang yang menentukannya Allah jua.

Aku mula menghantar permohonan pada hari Isnin Ahad lepas iaitu pada 22 April 2013. Keesokannya kena kuiri. Lusanya baru ok. Tapi hari Jumaat lepas pegawai yang meluluskan permohonan cuti la pula. Apa boleh buatlah. Punyalah seksa aku menunggu pada hari Sabtu dan Ahad tu yelah... tak lulus juga. Malah paparan dalam sistem dah kosong. Pagi Isnin tiga kali aku call baru dapat bercakap dengan PT yang memproses permohonanku itu... dia kata pegawai dia sedang bermesyuarat. Tapi dia suruh aku datang tunggu kat kaunter BPP... aku pun pegilah... banyak juga kes-kes yang aku dengar.

Kes Pertama (Pinjaman Jenis IV dan Jenis VI)
Seorang lelaki meminta petugas kaunter untuk mengira amaun loan rumah yang dia layak selepas dia mengambil pinjaman Jenis IV iaitu  membeli tanah untuk tujuan membeli rumah. Loan sebegini biasanya untuk membeli tanah separuh daripada kelayakan loan  untuk membeli tanah. Selepas proses pinjaman membeli tanah selesai dan telah wujud dalam ruangan potongan pada slip gaji bulanan barulah Pinjaman Jenis VI iaitu membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman Treasury dapat dipohon. Aku ingat kes sebegini dah guna dua loan. Rupenya baru 1 loan, separuh beli tanah separuh lagi bina rumah. Petugas kaunter tu nasihatkan lelaki tersebut untuk beli rumah yang dah siap sahaja. Tetapi lelaki tu bertegas untuk mengetahui jumlah kelayakan untuk pinjaman membina rumah selepas beliau permohonan beli tanah tu berjaya. Petugas kaunter tu kata tak dapat.

Kes Kedua
Dua orang wanita ingin menyelesaikan pinjaman pertama untuk membeli hartanah baru menggunakan pinjaman kedua. Petugas kaunter dengan sabarnya menerangkan apa yang patut mereka lakukan. Antara isi yang aku dengar, beliau meminta pelanggan tersebut menjelaskan pinjaman pertama. Selepas potongan slip gaji tiada dalam slip gaji, barulah pelanggan tersebut layak memohon loan kedua. Syarat untuk loan kedua adalah seperti berikut ;

  • Pinjaman Pertama telah selesai (Penyelesaian Awal)
  • Potongan ansuran dalam slip gaji telah tiada
  • Kelayakan adalah suku atau 1/4 daripada gaji pokok semasa pegawai memohon 
  • Tempoh pinjaman adalah 25 tahun... 

Kes Ketiga
Pelanggan bertanya bagaimana dia boleh memohon pinjaman  JENIS VII: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN 

Petugas kaunter itu memaklumkan. Sekiranya rumah dibeli menggunakan pinjaman perumahan syaratnya adalah

  • Tiada tunggakan bayaran 
  • Amaun pinjaman adalah baki kelayakan semasa, skim pinjaman ikut skimsblm ini.
  • pasangan pun blh mohon, dgn syarat merupakan penama.
  • Bila nak mohon
    • 5 tahun selepas tarikh surat kelulusan bagi pinjaman jenis 1 dan IV. 
    • Manakala bagi pinjaman jenis II dan III 5 tahun drp tarikh pengeluaran baucar 95% atau 100%.
  • dll syarat lagilah
Setelah setengah jam menunggu barulah nampak batang hidung PT tersebut. Dia menyerahkan 4 keping surat kepada aku. Sekeping untuk aku, sekeping untuk sumber manusia aku, sekeping untuk pemaju dan sekeping lagi untuk syarikat peguam.  Selepas tu aku telefon wakil syarikat minta dia ambil surat tu. 

Setelah tiba kat opis aku baca surat tu, setelah berpuas hati aku tandatangan surat setuju terima dan minta bos aku tandatangan. Petangnya juga aku hantar ke BPP. Salinan surat tu aku scan dan aku emelkan kepada syarikat peguam, syarikat pemaju dan PT Sumber. Pada masa yang sama aku fakskan salinan surat tersebut kepada syarikat peguam. Sekarang mereka leh teruskan menyediakan gadaian. Okey amaun sebanyak 

Pengiraan Bayaran Gadaian Rumah 
A Nilai Hartanah  RM    112,125.00
B Yuran Guaman (1% drp nilai hartanah ) RM        1,121.25
C 0.007 % drp nilai Hartanah  RM            784.88
D 6% drp nilai 70 % RM              47.09
E Jumlah  (C+D) RM            831.97
F Pelbagai 
G Property Sales Agreement (10% drpd C)  RM               78.49
H Property Purchase Agreement  (10% drpd C) RM               78.49
I Carian Rasmi Tanah  RM               30.00
J Perjalanan  RM             100.00
Pelbagai  RM               50.00
L Pendaftaran PA RM             100.00
M Jumlah G,H, I, J, K, L RM             436.98
N JUMLAH GADAIAN  E+N RM        1,268.94


Ini adalah anggaran sahaja... kalau nak tahu jumlah sebenar kena tunggu surat tuntutan daripada syarikat guaman jer..


Ok... selepas ini aku kena sediakan wang untuk
1. Grill rumah... anggaran tak pastilah lagi...
2. Insuran koridor
3. Cukai Tanah

  • Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah. Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun dan akan menjadi tunggakan mulai 1 Jun setiap tahun.
  • Cukai tanah kami akan dibahagi dengan 5 Unit Rumah lain... maklumlah 5 tingkat.


4.  Cukai Taksiran atau Cukai Pintu

  • Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna biru. 
  • Beza cukai tanah dengan cukai taksiran. Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.
  • Apakah itu Cukai Taksiran Am?
    • Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Perbandaran Sepang seperti berikut
      • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)
      • Bangunan Perniagaan / Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
      • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
      • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain
Walaupun harga aku beli adalah RM117,657.00 tapi harga yang aku beli dengan SPP adalah RM281,798.98.... wow RM561.71 * 360 bulan...  patutnya RM202,215.60... tapi kenapa leh jadi RM2811798.98 ek... bezanya adalah 79,583.38 ... nantilah study


Saturday, April 27, 2013

Menikmati kehidupan dengan cara tersendiri

Hari nie ada jemputan kawin kat Menara Sejarah dekat ngan Perpustakaan Negara Malaysia, sebenarnya bersebelahan Hospital Pusrawi.

Kami sekeluarga bersiap jam 9 pagi... memula gi Salam (kedai runcit ramai pekerja Bangladesh) beli susu dan pampers Alif. Selepas tu gi Carefour beli keperluan rumah. Terus kami ke KL menghadiri majlis kenduri kawan tu.

Balik dari kenduri gi tengok rumah, hmmm dah nak siap juga... hari tu dinding sampai tingkat 2 jer... sekarang dinding dah sampai ke tingkat 4. Oklah tu... Sempat berbual dengan beberapa orang penduduk kat situ. Diorang cakap rumah tu kira oklah juga untuk orang yang hidup secara sederhana. Cukai pintu dalam RM70 lebih kurang. Cukai tanah setahun sekali bayar kat pemaju atau syarikat konsensi. Penyelengaraan RM50 dan sinking fund RM5. Dia cakap dulu dia beli rumah Ground Floor pada tahun 2003 baru RM70K... sekarang dah RM112125...

Selepas itu kami pergi ke Nilai 3. Hajat dihati nak beli pelapis tilam, sekali gi shopping tudung. Dah terbeli yg mahal baru ternampak yang murah. bukan rezeki la tu...

Begitulah aku menikmati kehidupan di hujung minggu bersama keluarga.




Friday, April 26, 2013

Jumaat

Hari nie pepagi hari sampai opis on PC ada orang minta tolong sampaikan duit kutu kepada ibu kutu. Aku memula menolak sebab aku nak kuar gi ambik adik. Oklah... aku ambik duit tu selit kat keyboard. Selepas tu aku persiapkan diri... sekejap jer kakak aku call tanya adakah Anita dah call atau belum... aku kata belum lagi. Terus aku call Anita, dia memberitahu bahawa dia sibuk hari nie paling2 pun kul 5.30 petang baru free... aku minta dia awalkan sikit sebab adik aku ikut kakak balik Cheras. Kakak aku masuk WP1... Dia kata OKEY, tunggu je panggilan telefon dia. Aku call adik aku kata lama lagi kot... kakak cadangkan aku bawa adik pulang ke rumah dahulu. Kul 7.20 pagi aku gi ambil adik di Parcel E bawa gi tengok tempat Jalan P9A  belakang Petronas Presint 9. Kononnya dekat la kan ngan umah aku. Selepas hantar adik ke rumahku, aku pergi ke pejabat balik sampai dalam pukul 8.12 pagi gitu.

Baucar bertarikh 25 April 2013 tak banyak, tapi jenuh juga kami menghabiskannya. Memandangkan pukul 12 tengahari sistem akan tutup. Aku pun kejarlah baucar2 yang ada. KS dok main benda lain agaknya baucar anak angkat dia tak bergerak. Dengan keadaan anak angkat aku pun banyak perjanjian, dan anak angkat yg bertukar pun banyak perjanjian. Nak tak nak terpaksa aku cover. Ini yang paling aku kurang suka, bila asyik dok buat perjanjian, makanya aku ta capai target 130 baucar.

Pukul 12 tghari aku berehat, masuk FB, tengok itu dan ini. Sempat juga telefon Bahagian Pinjaman Perumahan dok tanya pasal status pinjaman aku. AKu tanya kenapa saya punya status dalam sistem amaun jadi kosong dan masih kuiri. Pegawai tu kata dia baru terima dokumen sokongan. Dan katanyat bos dia cuti hari nie. Surat kelulusan dan offer letter tu hari isnin baru leh dapat. Sakit betul hati ini, 21 hari dari tarikh tandatangan Sale and Purchase agreement adalah Isnin depan. Dia kata jangan risau, hari Isnin leh dapat. Aku cakap kalau boleh tengaharilah.


Pukul 12.40 tengahari aku keluar untuk gi makan terus ke masjid. Kat pintu lif terjumpa Abg M. Aku pun bertegur sapa ngan dia, abg gi ngan moto kan. Dia kata boleh nak jalan kaki, tapi sekarang dia nak gi makan dulu. Aku pun join dia makan. Alahai asyik dok bercerita politik jer... dengar je lah.
Selepas tu kami pun bergerak gi masjid. Dalam perjalanan aku bertanya psal rumah dengan dia. Dia pun bercerita sedikit sebanyak pengalaman rumah.

Petang nie ada perjumpaan dengan TKSU(K) kul 3 petang. Alamak hai baucar banyak lagi. Aku pun lepaskan dulu mana yang sempat. Sekali tengok target ada 10 lagi tak cukup. Lepas hari nie punya dulu. Lepas tu gi perjumpaan tu.

Sebelum balik aku call Anita, suara baru bangun tido. Aku tanya bila leh jumpa. Dia kata sekarang.Aku bagitau adik suh bersiap. Sekali masuk opis kena buat larian bayaran. Selesaikan larian bayaran, kul 4.48 aku kuar dari opis ambik adik dan terus gi jumpa Anita di Jalan P9B/7 ... alamak ai kat situ ke.

Selepas tu kami gi pasar malam.








Thursday, April 25, 2013

Terkejut plak tengok amaun Bil Elektrik Berganda

Ok, ceritanya begini.... bil bulan lepas sepatutnya RM48.60 tapi gi bayar RM50.00.


Tetiba bila semak bil bulan April terkejut beruk kenapa berganda.... semak punya semak dia tak tolak bayaran bulan lepas.... ini bil bulan April dan juga semakan dalam https://e-services.tnb.com.my/eservices



Fuuh...

Esok terpaksalah aku call customer service dia nie.... tapi kat Maybank2u aku pun belum clear lagi nie.... harap2 sempat aku megurus benda nie.


Dah selesai bayar bil



Date
Time
Transaction
Details
Effective
Date
  To Account Amount (RM) Status Reference
25 APR 2013, THU,22:11 BillPayment
Telekom Malaysia Berhad - UniFi
-  - 157.05
25 APR 2013, THU,22:13 BillPayment
Celcom
-   - 15.90
25 APR 2013, THU,22:15 BillPayment
Celcom
-   - 15.90
25 APR 2013, THU,22:18 BillPayment
Celcom
-   - 35.55
25 APR 2013, THU,22:22 BillPayment
Celcom
-   - 85.30
25 APR 2013, THU,22:25 BillPayment
Celcom
-

50.00
25 APR 2013, THU,22:26 BillPayment
Celcom
-
- 20.00  

Sijil Simpanan Premium



http://www.mybsn.com.my/content.xhtml?contentId=345


http://www.mybsn.com.my/medias/Butt_LocationSPP_eng.gif


Inilah antara paparan Sijil Simpanan Premium.... hmmm dahulu aku ada juga beli sijil simpanan premium nie... Jumlah yang aku beli adalah RM500 dan jumlah yang aku dapat rebate kad kredit dalam RM100.

Alhamdulillah simpanan tersebut telah aku gunakan untuk bayar yuran guaman masa beli rumah sebanyak RM355 dan kos proses pinjaman perumahan perbendaharaan sebanyak RM100...  bakinya hari tu ada dalam MBB ku... tapi aku telah keluarkan RM100 untuk dapatkan  SUNTIKAN IMUNISASI TIFOID – UNTUK PENGENDALI MAKANAN. - Bayaran RM21.00 ... kalau kat swasta dia caj RM70.00 tapi sebenarnya kalau kat DBKL baru RM21.00 kan, bawa sekeping gambar dan datang pada waktu yang telah dijadualkan dan bertempat di di Tingkat 1, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL, KM4, Jalan Cheras Kuala Lumpur.  Suntikan ini valid untuk tempoh 3 tahun. 

Ok, sekarang berbalik dengan Sijil Simpanan Premium nie. Hadiah yang ditawarkan memang cukup-cukup menarik, tapi aku tak pernah dapat. Katanya terdapat 44,573 hadiah ditawarkan setiap tahun kepada pemegang Sijil Simpanan Premium setiap tahun melalui cabutan bulanan ataupun cabutan khas. Cabutan tambahan akan dibuat berdasakan tempat SSP Localised Draws dan cabutan SSP Special Draw.

Cabutan Tambahan SSP
a) Cabutan berdasarkan Tempat
Sepanjang tahun terdapat 13 kali cabuatan jenis ini yang diadakan mengikut tempat. Cabutan ini akan diadakan sekali sebulan. Hanya pemegang sijil yang layak akan terlibat.

b) Cabutan SSP Khas
Cabutan ini akan diadakan pada hujung bulan Disember setiap tahun . Contohnya hujung Disember 2013. Hanya pemegang sijil dengan jumlah sijil berjumlah RM3,000 sebelum 25 Disember pada sesuatu tahun sahaja yang layak. Amaun minimum RM3000 ini hendaklah dikekalkan sehinggalah tarikh cabutan.

Mulai April 2013 pemegan Sijil Simpanan Premium akan menikmati perkongsian untuk iaitu Prinsip Mudharabah dengan nisbah keuntungan Pemegang Sijil kepada bank seperti di bawah

 Sijil Simpanan Premium (effective 16 April - 15 May 2013)
SSPProfit Sharing RatioIndicative Profit Rates
< RM5,0002:980.15%
Up To RM50,0003:970.21%
> RM50,0006.5:93.50.60%
Sijil Simpanan Premium Keluaran Khas (Special Edition SSP) mula dikeluarkan pada 16 April hingga 15 May 2013 dengan kadar perkongsian untung seperti dibawah. Namun terdapat syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi untuk menikmati kadar tersebut.


Special Edition SSP (effective 16 April - 15 May 2013)
Special Edition SSPMinimum SavingsProfit Sharing RatioIndicative Profit Rates
6 MonthRM100025:752.00%
12 MonthRM300030:702.42%



Fakta SSP

  1. Hadiah cabutan SSP mestilah dituntut dalam tempoh 1 tahun tarikh cabutan.
  2. Keputusan cabutan akan disiarkan dalam surat khabar terpilih, papan kenyataan BSN dan laman sesawang BSN.
  3. Sijil Simpanan Premium  tidak boleh ditukar milik.
  4. Pemegang SPP masih layak untuk cabutan dalam tempoh 12 bulan drpd tarikh of his demise.
  5. Sijil boleh ditebus sepenuhnya atau sebahagian selepas 45 hari daripada tarikh SPP dikeluarkan.
  6. Simpanan adalah dijamin kerajaan.
  7. Semua hadiah adalah dikecualikan cukai pendapatan.
  8. Kesemua unit SPP adalah layak untuk cabutan bulanan, selagi ianya tidak dijual.
  9. Pemegang SPP dengan minimum simpanan RM4000 dan berumur 21 tahun dan keatas adalah layak memohon kad kredit BSN.



Terma dan Syarat SPP Edisi Khas 

Terma dan Syarat SPP serta panduan am


Kalau ada duit lebih aku nak beli lagilah SPP nie.... untuk target terdekat dah beli lah.... untuk target seterusnya yang tak tahu bila lagi nie... hmmm mungkin untuk simpanan bertarget sederhana seperti berikut mesti sesuai kan

  1. 2015 atau 2016 - untuk masuk rumah perlu sediakan RM1,500.00 untuk kos pelbagai 
  2. 2016 - pasang grill rumah Taman Dahlia aku tak pasti berapa kos sebenar tapi kena simpan dalam RM2000 atau RM3000.  
    1. Satu pintu utama 
    2. Satu beranda besar 
    3. Jendela bilik ada tiga
    4. Jendela bilik air 1
    5. Tempat basuh  kain 1 
  3. SPP Edisi Khas .... hmmm 45 hari baru leh tebus... menarik juga... 14 April sampai 15 Mei... 
    1. RM3000 * 2
    2. RM1000 * 4 
Ok aku dah ada sedikit maklumat berkaitan SPP.... masa untuk bertindak...
1. Telefon bank minta rebate mata kad kredit tukar kepada SPP.... BSN Happy Reward Redemption Program....


           
Ok... Special Rewards.. setiap 2,200 mata dapat RM10 @ seunit SPP. Gilalah.. punyalah susah nak kumpul point tu... RM1 menyamai 1 point. Kalau berbelanja di luar negara RM1 dapat 2 point. huh.... eyalah.

Itu saja buat kali ini.


Sumber ;

  1. www.mybsn.com.my
  2. www.dbkl.gov.my


Hari nie memang ceria

Hari nie aku sampai opis kul 6.48am, wow.... bestnya awal betul aku sampai opis. Biasanya kalau time2 cenggini baru nak hantar alif ke rumah pengasuhnya (Mama). Masa berjalan ke lif baru teringat hari nie gaji masuk. Terus aku berjalan ke Blok B1 untuk ke mesin ATM Maybank... sampai sana berselisih jalan ngan kawan satu opis tapi dia sayap kanan, aku sayap kiri. Aku tegur dia, dia membalas teguran ku sambil berseloroh, "cepatnya jalan". Aku cakap nak cepat pergi ke mesin ATM sebelum orang mulai ramai. Sekali sampai mesin ATM, hampanya aku "We are sorry service interrupted" alahai... berjalanlah aku pusing ke pejabat dengan hampanya...

Sampai opis ada orang sms... dia kata dia nak tukar cepat-cepat sikit.... dah TAK TAHAN katanya... tak tahan lagi... tak tahan lagi... terus aku tafsir lain... malam tadi tak puas... NAK LAGI, NAK LAGI... memandangkan dalam FB Group Perpena tu ada beberapa orang menyuarakan hasrat untuk tukar... SUKA SAMA SUKA la konon... entah2 bapak kitorang tak layan...

Aku meneruskan kerja rutin seharian, klik... klik ... dan klik.... tulis no baucar, tulis no fail.... berjalan gi ambik fail, buka sistem.... klik klik dan klik... semak.... klik lagi... ok semuanya ok.... Isign... Riben.... Ok... masuk pin... Ok.... Dalam sedap aku melayan keje... diorang geng perempuan pun sibuk nak gi Mesyuarat Agong Puspanita... jam menunjukkan kul 9.30 pagi.. satu group dah pegi.... satu group lagi mood menunggu nak tahu apa door gift kali nie... beberapa puntung rokok org zaman moden hisap... telefon berbunyi... berita mengatakan bahawa door giftnya adalah hand beg... punyalah exited group yg separuh lagi tu.... tinggallah aku sensorang buat baucar... eh silap bersama bos besar yang sibuk melayan telefon daripada klien yang tak putus2... sampai aku nak jumpa dia pun sepuluh kali jugalah aku terpaksa patah balik ke tempat aku sebab dia sedang bertalipon.

Okey...

Semasa aku sorang jer kat Unit aku dan adalah dua orang unit gaji... telefon berbunyi tak putus2... sib baik hari gaji... ceria ceria dan CERIA.... jawablah semua pertanyaan... dari satu ke satu pertanyaan. Akhirnya muncul juga pertanyaan yang ditunggu-tunggu selama dua minggu. SODO untuk APC... tentulah 17103.... terus aku tanya reti ker buat... dia kata bos dia dah bincang dengan BSN... Sijil Simpanan Premium bernilai RM1000 untuk setiap penjawat cemerlang... APC... aku bagitau dia bahawasanya untuk bayaran APC SPP tu kena pakai rentas... apa maksud rentas... rentas bermaksud bayaran akan disegerakan dengan menyediakan cek dan terus berhubung dengan bank dana. Oleh sebab itu, nama penerima mestilah betul seperti buka akaun ngan bank. Ok, nampaknya mamat tu cam faham... aku minta emel dia sebab nak bagi contoh emel permohonan rentas APC SPP. Tunggu punya tunggu sampai petang tak de masuk pun emel tu.


INBOX EMEL RASMI KU 1.99 GB.... alamak dah nak cecah kouta 2GB... selepas membuang emel-emel lama... mesej berikut tertera "1.91 GB of mailbox space used. At 2 GB you won't be able to send mail."   ...okey dokey.... apa lagilah yg aku nak delete nie... hmmmm nantilah 

Tengah dok shiok2 delete emel... telefon berbunyi lagi... Bank Rakyat plak call tanya emel yg dia hantar dah terima belum.... aku transfer line ke bilik bos aku... selepas tu sambung keje.... baucar pada hari ini yang perlu dihabiskan adalah dalam 30 baucar.... aku proses semuanya tinggallah 3 baucar yang sukar aku fahami.... tapi 1 tu perjanjian baru agaknya. Ah... biarlah emak emak angkat dia uruskan... dalam kul 11 pagi... ahli mesyuarat PUSPANITA pun balik... membawa bersama door gift berupa hand beg.... cantik juga.. akak tu cakap " bolehlah aku letak pakaian kotor anak aku"... Kak Y kata, " aku tak de anak kecil, aku nak guna beg nie buat letak telekung sembahyang".... 

Seterunya kami menyambung kerja dengan menyemak dan meluluskan baucar yang masuk pada hari ini... tut tut... telefon Supervisor kami yang merupakan Bendahari PUSPANITA berdering... husband dia call nak bagi kunci kete.. aku bagitau isteri dia mesy.. lepas tu dia minta aku tolong ambil kunci. Dia minta aku turun kat bawah, ktanya 10 minit lagi dia sampai.. aku malas nak menunggu kat bawah, aku sambung keje sambil set masa... lagi 7 minit aku turun... tujuh minit kemudian, baru aku bangun nak turun ke bawah... skali lagi telefon supervisor aku berbnyi... mesti hubby dia nie... tekaan ku tepat... aku tanya samada dia dah sampai ke belum.... dia bagitau dah... jadi aku berkejar turun lif... sekali dia di lobi sudah...selepas mengambil pesanannya... aku berlalu naik ke atas, cari sampul surat.... masukkan kunci ke dalam sampul dan di luar sampul aku buat nota. Aku letak kat bilik dia dan tutup pintu bilik dia... terfikir pula... perlukah aku letak memo kat pintu bilik dia.... atau sms dia... hmmm


Pukul 12 tengahari... 


Kakak aku SMS bertanyakan samada jadi atau tidak untuk ke Alamanda untuk membeli dapur gas dan juga cerek. Aku sms dia balik mestilah jadi. Sekejap jer PTJ call tanya pasal bayaran yuran kumpulan A untuk Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)... alamak.... OL apa nie... takkan 15102 bayaran balik pebendanya tak de resit... ker 15199 kemudahan yang memang dia layak.... tapi aku rasa 29199... arghhh serabut... aku bagitau dia nanti aku bagi kod SODO yang sesuai. Googlelah surat pekeliling... PP Bil 7/2007 http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp072007.pdf ... ini macam bayaran balik... call dia balik dia cakap ada surat KSP... aku minta faks.... gi la tanya orang kanan.... hmmm... selepas tu aku sampaikan pesanan kat sorang kakak tu pasal Supervisor kami... selepas tu aku log in website treasury isi pertanyaan http://mof.bpa.jpm.my/eApps/sdmscasepool/SdmsCasePool/add.do ... selepas tu cetak paparan... apa lagi aku pun blah la... 

Sampai Parcel E... aku sms kakak mengatakan aku dah sampai kat bulatan... dia pun turun... terus kami ke Alamanda dan beli barang.. alamak ai mesin ATM Maybank kat Alamanda pun tak berfunsi... HAMPEH DOT COM betul la... sib baik ada kad debit BUAH CERI... selesai bayar aku hantar barang, kakak aku ambik duit kat ATM dekat tangga bergerak... aku gi simpan barang kat kete lepas tu aku gi kat tempat kakak aku tadi... Panjangnya Q... aku join je kakak aku berdiri sebelahnya... terus terdengar sok sek sok sek..  aku tanya KENAPA?.... Diorang cakap "ingat potong Q tadi"... he he he... "saya minta kakak saya cop Q untuk saya" ... baru diorang diam.. ha hah a... 

Kakak aku nak belanja makan.. aku cakap tak yah la... ok... kami gi makan nasi kerabu daging... RM18.... ambek kau... mahalnya.... harga tulis RM7.50 agaknya kosong la tu... aku belanja kakak aku air mineral... sebab memang dia kurang air manis... wow letihnya.... hari yang amat panas.... selepas tu kami keluar dari Alamanda dan hantar barang-barang ke kereta kakakku. Aku nampak warna kereta dia berseri2.... wow... cantiknya kete kau Ngah..... warnanya nampak baru... selepas tu aku salam kakak aku... aku pun chow balik opis. 

Kebetulan balik opis 1.30 tengahari... parking masih banyak kosong... yeah yeah... ada pun tempat kegemaranku... Aku gi solat di B1.... lepas tu singgah Gerai Jualan PUSPANITA.. beli kueh bakar... RM10 tiga biji... sebiji tinggal kat opis.... bahang kepanasan masih terasa.... malaslah berdiri depan kipas tu... biarlah panas tu keluar sendiri.. biar ia beransur hilang sendiri... Petang keje masih banyak... ada tiga hal penting yang perlu tindakan segera.... makanya kelam kabutlah kami sekejap.... 

Perkara lucu hari nie... 
Ada seorang CC tu telefon nak defend kenapa diorang lambat baucar ganti bagi baucar yg aku kuiri kesilapan no bank. Ok.... kita tahu bahawa CIMB bilangan digit 10/12/14 ... baucar pertama dia 13 digit... dia salahkan pembekal... baucar ganti tu 20 digit.... CUKUP2 TIDAK Logik.... aku tanya tak semak ker? dia kata mana sempat nak semak itu keje perolehan.... 


Perkara yang best... 

Permohonan aku masih kena kuiri.... hmmmm sedihnya dah dua hari status masih kuiri... pegawai SPP tu kata tunggu dia call je... okey okeylah... 

hmmmm dah penatlah menaip... sampai sini jer lah cite ku....

Sumbangan... kiranya zakat harta aku lah tu...

Hari nie gaji bulan April dah pun masuk. Amaunnya macam biasa masih sedap mata memandang 1206.

ok... gi carefour beli item seperti di bawah untuk sumbangan kekanda yang baru pindah ke KL

1. Dapur Gas RM50.00
2. Cerek Air RM50.00
3. Wayar RM19.00

Tapi rasanya masa bayar tadi RM133.80


Ok... kuarkan cash RM700.00


Lepas tu aku bayar hutang hadiah baju isteri RM80.00


arghhhh bosannya... hilang fokus aku...

Alif Alif Alif... jangan kacau laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Hari bayar bil seMalaysia

Hari nie kakitangan awam sibuklah bayar bil bagai... yang pakai sistem sampul pun sibuklah mengasingkan duit ke dalam sampul2...

Ok senarai bil Pertama RM210.00
Unifi RM180.00
Elektrik RM50++
AIR RM20
HP W RM35.55
HP M RM15.90


Senarai kedua
HP A RM91
HP U RM15.9
HP KN RM30.00
BB RM51



Monday, April 22, 2013

Rujukan Akan Datang

Peta Interaktif Korea
http://emap.visitkorea.or.kr/Scripts/EngMap.aspx

Tempat2 menarik di Seoul
 http://english.seoul.go.kr/cav/att/de_list.php

Tentang Korea
http://english.visitkorea.or.kr/enu/AK/AK_EN_1_4_4.jsp

Nak belajar bahasa Hangeul ... 
http://english.visitkorea.or.kr/enu/CU/CU_EN_9_9_1_1.jsp
 http://english.visitkorea.or.kr/enu/CU/CU_EN_8_6_2.jsp
Romanization of Korean
http://english.visitkorea.or.kr/enu/CU/CU_EN_8_6_3_1.jsp


map

 Suggested Itineraries
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_3.jsp





Korea Banner (Left)



Penginapan
Boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Budget, Hotels, Hanok Stay, Luxury resort , Short Term Rentals ataupun Temple Stay

http://english.visitkorea.or.kr/enu/1031_Accommodations.jsp

Central Official Teaining Istitute Korea

Dasar Pandang Ke Timur (DPT)
  • Pendahuluan
    Dasar Pandang Ke Timur (DPT) telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 8 Februari 1982. DPT merupakan satu dasar untuk mencontohi negara-negara Timur yang telah membangun dengan pesat seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Dasar ini menekankan tentang pentingnya unsur-unsur ketekunan dan disiplin dalam kerja, perasaan taat setia pada negara, semangat kumpulan, keinginan menambah daya pengeluaran negara, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan merapatkan hubungan di antara golongan majikan dan pekerja. Strategi dasar ini adalah ditujukan kepada pembentukan sumber tenaga manusia menerusi penerapan nilai-nilai dan etika kerja yang terdapat di Jepun dan Korea Selatan dengan cara-cara bagaimana untuk meninggikan daya pengeluaran dan mutu kerja, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, membangunkan masyarakat Malaysia yang tekun, rajin, berdisiplin dan bekerja mengikut nilai-nilai dan etika kerja yang baik. DPT telah dilaksanakan melalui program-program penghantaran pegawai-pegawai awam dan swasta serta pelajar-pelajar ke negara Jepun dan Korea Selatan untuk mengikuti latihan sama ada dalam bentuk akademik di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) atau â€Å“on-job training” di syarikat-syarikat dan institusi awam di dua negara berkenaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Unit Dasar Pandang Ke Timur, Bahagian Pembangunan Modal Insan telah dipertanggungjawabkan untuk mengatur, menyusun dan menjalankan program-program selaras dengan matlamat DPT.
  • Objektif
    • Mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja yang baik dan positif;
    • Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, dan
    • Mempelajari sistem pengurusan dan organisasi negara-negara maju di timur seperti Jepun dan Korea Selatan yang boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia.
  • Program-Program Di Bawah DPT
    • Program Ijazah Pertama / Diploma
      • Program penajaan yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM/SPMV.
      • Pelajar perlu mengikuti program persediaan dalam negeri di pusat persediaan yang ditetapkan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti dan Kolej Teknikal di Jepun atau Korea Selatan.
      • Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Kejuruteraan, Sains dan Teknologi dan Sains Sosial.
      • Penajaan adalah dalam bentuk biasiswa di mana pelajar yang tamat akan dikenakan ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang ditentukan mengikut peringkat pengajian.
    • Program Ijazah Lanjutan
      • Program-program penajaan yang ditawarkan bagi pengajian ijazah lanjutan adalah seperti berikut:-
        • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) - terbuka kepada pegawai-pegawai kerajaan yang layak.
        • Biasiswa Monbukagakusho - terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak.
      • Pegawai-pegawai yang layak akan melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana atau PhD di universiti-universiti di Jepun.
      • Program Perkongsian Ekonomi - Economic Partnership Training Programme (EPP)
        • Economic Partnership Training Program merupakan salah satu projek di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Malaysia-Jepun (JMEPA) yang telah ditandatangani bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun pada bulan Disember 2005.
        • Melalui EPP, 1000 pelatih akan dihantar ke Jepun dalam tempoh 10 tahun di bawah pembiayaan bersama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun.
        • Program-program latihan di bawah EPP meliputi pelbagai bidang mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada pembangunan sumber manusia serta ICT sahaja. Secara prinsipnya, program ini akan mengambil kira keperluan semua kementerian dan agensi-agensi kerajaan, di mana JPA akan menjadi agensi pusat yang akan menyelaras pelaksanaan program-program latihan di bawah EPP.
      • Program Latihan Pembangunan dan Pengurusan Pegawai - Pegawai Eksekutif - Executive Development Programme (EDP)
        • Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan.
        • Program ini berlangsung dalam tempoh 19 hari.
        • Latihan diadakan di Central Official Training Institute (COTI), Korea.
      • Seminar Pengurusan Eksekutif Di Jepun (EMS)
        • Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
        • Program latihan untuk pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional.
        • Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.
      • Program Latihan Teknikal Dan Perindustrian (In-Plant)
        • Program ini termasuk di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP).
        • Program latihan secara â€Å“on-job training” yang menjurus kepada bidang-bidang teknikal.
        • Program ini berlangsung dalam tempoh tiga hingga empat minggu.
      • Program Latihan Pegawai Muda (Young Leaders Programme)
        • Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun untuk pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berumur tidak lebih dari 35 tahun.
        • Bidang-bidang yang ditawarkan adalah seperti Pembangunan Sumber Manusia (Human Resource), Ekonomi dan Pelaburan (Economic and Investment), Teknologi Maklumat (Information Technology), Pendidikan (Education) dan Pembangunan Masyarakat (Community Development).
        • Program ini berlangsung dalam tempoh 18 hari di Jepun.
      • Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea (Malaysia-Korea Youth Exchange Programme)
        • Program persahabatan dan pertukaran yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Korea Selatan dan Malaysia untuk pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak lebih dari 35 tahun.
        • Program ini berlangsung dalam tempoh 10 hari di Korea.
Iklan mengenai kursus yang ditawarkan akan diedarkan ke Kementerian/Jabatan/ Agensi yang terlibat dan juga akan disiarkan di laman Portal ini di capaian http://esilav2.jpa.gov.my
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung program penajaan dan latihan dalam perkhidmatan sila e-mel ke alamat berikut: 
- dasarlatihan@jpa.gov.my 
- ldp@jpa.gov.my