Saturday, April 6, 2013

Sehari Seminar di SPA

Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan di Sektor Awam Kali ke-3 ini fokus kepada perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Rata-rata peserta bengkel dijemput melalui SMS atau emel adalah yang mendaftar  dengan SPA untuk permohonan jawatan PTD.

Aku dan kawan satu pejabat bertolak dari rumah 7.30 pagi dan sampai ke SPA Putrajaya lebih kuran 15 minit kemudian. Kami mendaftar sebagai peserta dengan bayaran yuran sebanyak RM50.00 di Dewan Temuduga SPA, Aras 6, Blok C7. Seminar ini dianjurkan oleh Persatuan Profesional Melayu Malaysia dengan kerjasama SPA.

Pengisian Program Seminar ini bermula dengan 3 modul disampaikan oleh Pegawai SPA pada sebelah pagi dan 3 modul lagi disampaikan oleh wakil PPMM pada waktu petang. Modul pertama Pengurusan Pegambilan disampaikan oleh pegawai SPA. Banyak benda baru yang dikongsi beliau, antaranya adalah tranformasi SPA  http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/transformasi/PELAKSANAAN_TRANSFORMASI_SPA_PORTAL.pdf . Kemudian beliau menyentuh cara untuk membuat permohonan jawatan, kaedah pemilihan calon dan apa yang calon perlu lakukan. Beliau berkata rekod yang lepas 3% daripada calon dipanggil temuduga akan dilantik. Statistik pada tahun 2012 menunjukkan seramai 843,389 calon memohon, daripada jumlah permohonan seramai 96,027 orang dipanggil temuduga dan hasilnya seramai 25,402 orang calon telah dilantik. Terdapat 91 skim dalam kumpulan pengurusan dan profesional, 79 skim dalam kategori Sokongan I kelayakan diploma atau STPM, 80 skim dalam kategori Sokongan II dan akhir sekali sebanyak 32 skim perkhidmatan dalam sokongan III.  Penceramah juga turut menyentuh bagaimana calon sedang berkhidmat ditapis. Biasanya Pegawai Sedang Berkhidmat (P.S.B.) biasanya diberi kelonggaran untuk proses tapisan contohnya PSB yang memiliki kelayakan akademik akan diberi peluang untuk bersaing dalam Peperiksaan tapisan awal bersama-sama calon lepasan IPT .

Modul kedua juga telah disampaikan oleh pegawai SPA, beliau menceritakan kaedah peperiksaan. Peperiksaan kemasukan ke skim perkhidmatan ini tidak ada bahan rujukan. Jawapan esei akan dinilai oleh guru-guru bahasa yang berpengalaman. Sukatan  peperiksaan Bahagian A Pengetahun Am sebanyak 30%, Bahagian B Daya Menyelesaikan Masalah 30%, Bahagian C Esei BM 20% dan akhir sekali Bahagian D Esei BI 20%.  Tips disini adalah untuk lulus average untuk semua kertas. Esei akan mengukur kematangan idea, kebolehan mengolah ayat dan tatabahasa yang betul.Pesanan penceremah ;
1.Latihan ujian IQ daripada internet
2. Peka kepada isu semasa dalam media elektronik dan media cetak, terutamanya baca rencana pengarang lidah pengarang, bagaimana idea disusun.
3. Dapatkan maklumat daripada portal-portal rasmi jabatan.
4. Semasa menulis esei elakkan membawa emosi, esei adalah berbentuk akademik seeloknya disokong dengan fakta dan ayat yang gramatis. Kritikan emosi amat tidak sesuai.

 Semasa proses penilaian di pusat penilaian pula calon akan dikenalpasti treats, kualiti dan kompetensi. Kebolehan calon memahami senarai tugas iaitu bagaimana sesuatu tugas yang disenaraikan dilaksanakan adalah penting. Calon perlu memenuhi akronim CTI dan PCI. Cepat bertindak, mengurusperdanan dengan Tepat,  Integriti. Ditambah dengan menjulang Produktiviti, mengungguli Kreativiti dan menyemarakkan Inovasi. Mencari calon yang berkemapuan dari segi Loyalti, Open Minded dan Facilitate iaitu bertindak sebagai fasilitator kpd rakyat.

SKILLS MAP www.kent.ac.uk.careers    
Attitude , Skills dan Knowledge

A.B.C
Affective, Behavior , Cognitive

Peratusan penilaian semasa PAC
1. Kemahiran Interpersonal - 20%
2. Keupayaan Intelek - 20%
3. Komunikasi Lisan - 15%
4. Integriti - 15%
5. Kepimpinan - 15%
6. Berpasukan - 15%


Apa yang dinilai ;
Kompetensi yang telah ditetapkan berasaskan kepada skil dan personal attribute.

Berkebolehan mengetahui untuk melaksankan tugas berdasarkan spesifikasi tugas sesuatu jawatan dengan mencari maklumat berkaitan.


Fitness ... pancaindera
BMI - 19 -26
Tubuh badan - Baik
Gaya berjalan - Baik

Lari  2.4 km                              14 minit
Bangkit Tubi 30 x                      2 minit
Lari ulang alik (4 x 100 m)       11saat
Lompat


Komunikasi lisan yang berkesan
Fahami skil dan attitude yang diperlukan
meningkatkan kemahiran interpersonal - amalkan - boleh diperbaiki melalui latihan
Peka dengan isu semasa - ambil tahu dan nilai dengan positif
Teamwork - boleh dibentuk dengan latihan

Tips PAC
Tanamkan sifat teamwork
tingkatkan kemahiran interpersonal
komunikasi lisan berterusan depan cermin


8 Bidang Tugas Utama PTD
1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi
2.Keselamatan dan
3.Pentadbiran & Pembangunan WIlayah/Bandar/Tanah
4.Pengurusan Kewangan
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial / Infrastruktur
6. Pengurusan Ekonomi
7. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negara
8....




No comments:

Post a Comment