Sunday, April 7, 2013

Demokrasi dan Pilihan Raya

Demokrasi 
1. Perkataan demokrasi berasala daripada perkataan Yunani, iaitu demos yang merujuk kepada rakyat manakalaa kratos membawa maksud memerintah/kuasa.
2. Justeru, demokrasi bermaksud suatu betuk kerajaan yang diperintah dan ditentukan oleh rakyat.
3. Sistem undang-undang digubal di Parlimen oleh wakil rakyat yang dipilih rakyat.
4. Kerajaan demokrasi ialah sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi.
5. Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi sejak merdeka.
6. Konsep demokrasi yang mengutamakan suara rakyat bagi membentuk sistem pemerintahan negara, memilih pemimpin negara atau tampuk pemerintah yang menang majoriti dalam pilihan raya.
7. Demokrasi Berparlimen di Malaysia juga dapat dilihat dalam pembahagian kuasa kepada bahagian dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Pilihan Raya
1. Pilihan raya umum di negara ini diadakan setiap lima tahun sekalil.
2.Rakyat yang berkelayakan untuk mengundi memainkan peranan penting dalam menentukan parti politik yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.
3. Sekiranya Parlimen perlu dibubarkan sebelum lima tahun, Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri.
4. Pilihan raya daiadakan untuk memilih wakil rakyat di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri.
5. Namun, pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri tidak semestinya diadakan serentak dengan kawasan Parlimen seperti Pilihan Raya Sarawak yang diadakan pada 16 April 2011.
6. Sekiranya terdapat wakil rakyat yang meninggal dunia, terbunuh atau meletak jawatan, maka pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan itu sahaja.
7. Dalam jangka masa dua tahun sebelum pembubaran Parlimen, pilihan raya kecil tidak diadakan.
8. Selepas 60 hari pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak maka pilhan raya umum perlulah diadakan.
9. Wakil yang dipilih ke Dewan Rakyat selepas memenangi pilihan raya tidak dibenarkan menjadi Ahli Dewan Negara.
10. Walau bagaimanapun, seorang ahli Dewan Undangan Negeri boleh mnjadi wakil rakyat dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara pada masa yang sama.

SPR  -menguruskan pilihan raya

Kelayakan Calin Pilihan Raya 
1. Calon pilhan raya mesti merupakan warganegara Malaysia.
2. Perlu berfikiran waras.
3. Tidak muflis.
4. Tidak memegang jawatan berpendapatan .
5. Tidak memiliki hak warganegara dari negara asing.
6. merupakan seorang pemastautin tetap di negeri yang tersebut jika bertanding untuk DUN.
7. Calon pilihan raya tidak boleh dipenjarakan lebih daripada 1 tahun tanpa pengampunan Jemaah Pengampunan.
8. Tidak didenda lebih RM2,000 dan ke atas tanpa pengampunan Majlis Pengampunan.
9. Boleh menjadi calon bebas tanpa mewakili mana-mana parti politik.
10. Wang cagaran yang dikenakan bagi DUN ialah RM5,000 dan Dewan Rakyat ialah RM8,000.
11. Calon pilihan raya hanya boleh membelanjakan RM100,000 untuk DUn dan RM200,000 bagi kempen pilihan raya Dewan Rakyat.
12. Seseorang calon pilihan raya perlu mengemukakan pernyataan perbelanjaan pilihan raya dalam tempoh masa 1 bulan.
13. Calon yang kalah dalam pilihan raya tidak akan dapat kembali cagarannya jika mendapat jumlah undi kurang daripada satu per lapan undi calon yang menang.
14.Calon yang dipilih boleh bertanding di satu kawasan Parlimen dan DUN pada masa yang sama.
15. Calon yang tidak mewakili parti politik boleh bertanding sebagai calon bebas.
16. Kecacatan atau suami/isteri bukan warganegara tidak menjadi halangan kepada calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

Pengundi Biasa 

1. Berumur 21 tahun dan ke atas pada tarikh kelayakan pengundian
2. Warganegara Malaysia
3. Seseorang yang tidak kehilangan kelayakan warganegara
4. Pengundi yang layak perlu mendaftar sebagai pengundi sah dengan Suruhanjaya Pilihan Raya di pejabat pos, pejabat SPR atau di mana-mana tempat yang diwartakan 
5. Mengundi wakil rakyat bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
6. Bermastautin di kawasan pilihan raya di mana pengundian akan dibuat
7 Pengundi yang tinggal di luar kawasan pengundian boleh membuat undi pos

Kelayakan Pengudi Pos

1. Anggota polis yang bertugas di kasawan lain dari kawasan yang didaftar sepertimana ditetapkan dibawah undang-undang Malaysia.
2. Pegawai SPR yang dipilih secara sementara atau tetap dan sedang bertugas pada hari pilihan raya.
3. Anggota perkhidmatan awam (sama ada anak, isteri atau suami) yang bertugas di luar negara.
4. Pegawai tentera Malaysia yang berkhidmat di sempadan negara atau di hutan pad ahari mengundi.
5. Pelajar Malaysia yang berumur 21 tahun termasuk suami atau isteri yang berumur lebih 21 tahun yang belajar di luar negara ketika pilihan raya dijalankan.

Hilang Kelayakan Mengundi

1. Seseorang yang telah menukar warganegara
2. Seseorang yang dihukum gantung sampai mati.
3. Seseorang yang didapati berfikiran tidak waras.
4. Menjadi banduan


Dipetik dari buku Effective Practice STPM Pengajian Am Penggal 1, Ms 27 - 30

No comments:

Post a Comment