Saturday, April 20, 2013

Berjaya Hill.... Bukit Tinggi, Pahang... sempena hari kelahiran isteri

Masa hari Jumaat isteri aku sibuk dok tanya, nak gi mana sempena hari kelahiran dia. Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting, atau Tanah Tinggi Berjaya. Memandangkan baucar bayaran pun tak banyak, yelah baucar hari Khamis dah habis dan baucar  Jumaat pun cuma dalam 700 lebih. Maka aku buat keputusan boleh pergi jalan tapi tak bagitau lagi kat mana. Hari Jumaat tu aku kerja lebih masa buat sedikit baucar lebih kurang 100 kot... jadi baki dalam 630 termasuk baucar yang baru masuk.

Aku keluar dari pejabat lebih kurang 7.10 malam, sebelum tu telefon dia kata nak singgah pasar malam Presint 2 ada nak kirim tak. Dia kata mereka dah makan malam, kirim mee goreng satu. Maka aku pun gi pasar malam beli dua bungkus mee goreng (kan beli banyak tak hbis plak, membebel orang tua tu kan) , aku beli kek hari jadi dia, beli makanan Alif. Selepas singgah buat bayaran guaman bagi pinjaman perumahan aku kat CIMB Presint 2.  Aku sampai rumah dah kul 8 malam, dan selepas mandi dan solat magrib kami makan. Malam nie kami tidur awal.

Awal pagi isteri aku tanya nak gi mana. Sebenarnya sebelum tido aku dah semak google maps perjalanan ke Bukit Tinggi. Aku cakap BUKIT TINGGI lah.. Terus diorang bersiap, dan aku suruh diorang bawa baju semalaman manalah tahu kot - kot nak bermalam kan....  Perjalanan dari rumah kul 8 pagi melalui MEX dan keluar Bukit Jalil untuk melalui MRRII. Kami terus ke Ampang dan singgah isi minyak di Shell AMpang. Memandangkan minyak dah ada separuh dalam tangki kete Saga BLM 1.3 maka isi minyak penuh cuma RM32.00. Kami memulakan perjalanan dengan membayar tol sebanyak RM5.00 dan terus ke lebuhraya Prime menuju ke Bentong... selepas melalui terowong baru nampak exit ke Berjaya Hill Pahang.

Selepas melalui gate pertama aku ambil selekoh ke kiri kerana tertarik dengan Intitut Latihan KPKT. Singgah bergambar di depan gate utama... hmmm hari nie tutup. Mertua aku cakap macam budak-budak nak bergambar bagai. Aku cakap nak buat kenang-kenangan... Alif menangis nak bergambar sama. Selepas bergambar kitorang pun pergilah melalui beberapa kawasan antaranya tempat tunggang kuda... bersepah tahi kuda atas jalan bebel mertuaku.

Kami singgah di Taman Arnab... banyak giler arnabnya... siap leh usap2 lagi.... yang lagi best rusa Santa Clause pun ada... tapi baunya macam lembu... rusa Bambi pun ada cantik dan halus bulunya. Sipa leh usap beb.... jinaknya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200561940363368&set=pcb.10200561945723502&type=1&theater

Kemudian kami ke Colmar Tropicano dengan bayaran RM12 seorang katanya kalau menginap leh refund balik. Selepas melihat alam sekitar dan menikmati apa yang ada, kami buat keputusan balik harilah... tak best pun nak tido sini. Makanan dia tak sesuai dengan kami. Selepas membeli sedikit cenderamata kenangan kami mengisi perut kosong sebelum bertolak pulang.

Kul 3.00 petang dah sampai Putrajaya, singgah Presint 15 beli makan malam dan beberapa keperluan. Selepas tu singgah Alamanda sebab mertua aku nak belikan hadiah hari jadi kami. Balik umah dah kul 4.20 petang. Cepat2 solat zohor.


Fuuh... gembiranya sampai juga Bukit Tinggi Berjaya nan indah... banyak tarikan indah kat sana... canopi walk. kebun Jepun, dan Colmar...

No comments:

Post a Comment