Sunday, July 24, 2011

Perancangan Ramadhan Al Mubarak... ahlan wasahlan ya ramadhon...

Assalamulaikum...

Seminggu jer lagi nak puasa... minggu nie minggu last semua umat islam mempersiapkan diri untuk berpuasa. Fuuh.. ahlan wasahlan ya ramadhon al mubarak...

Solat terawih tu perkara wajib... tapi kalau aku sudah tukar ke Putrajaya...

pagi2 mau solat sunat duha... malam selepas solat terawih tido... bangun awal pagi untuk solat sunat, selepas tu sahur... lepas sahur dah tak tido lagi dah... baca quran ker apa ker dulu... lepas tu mandi dan bersiap ke opis...

kalau hari minggu pun begitu juga... kalau hari minggu tido kul 12 malam... bangun kul 4 pagi... lepas sahur tu baca quran kejap... dah habis baca quran tu barulah kita mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja...

Selepas itu barulah buat apa yg patut kan...

hmm kalau malam khamis tu kena susun betul2 jadualnya... betul tak... hi hi hi...

Saturday, July 23, 2011

Terfikir pula... kenalah beringat-ingat nie

Memandangkan pendapatan semasa aku bertugas di semenanjung akan berkurangan... hmmm aku rasa aku kena tepikan RM200 untuk ibu aku (RM100 duit sabun, RM100 duit biasa). Lepas tu dah dekat bulan puasa pula tu...

Ok... selain itu aku rasa aku mulai nikmati gaji baru dengan kadar semenanjung ialah seperti di bawah
RM1674.94+RM300+RM180+RM160= RM2,314.94

Tanggungan perlu dijelaskan
Berikut duit aku kena sediakan untuk bayar balik kepada PTJ lama
RM600 perlu diasingkan sebulan selama dua bulan, jadi aku kena bayar RM1200 iaitu untuk bayaran Ogos dan Sept.
Tanggungan Semasa
Umi RM200
Lin RM500
JPA RM139
Linguaphone nie aku akan jelaskan semuanya pada bulan ini... supaya tak pening kepala lagi

Aku rasa aku kena hentikan beberapa servis,
1. Insuran tu dah ada jadi hentikan yang Rm105
2. Perkhidmatan M broadband RM39 sebulan...
3. Buat masa nie kami pakai dulu bil celcom...

Tanggungan baru tahun hadapan mulai Februari 2011
1. Nurseri 2 orang baby RM650 sebulan
2. susu dan pampers kalau pakai yg biasa2 jer RM400 lah sebulan..
mana nak cari seribu sebulan nie... ya allah bantulah hambamu ini...


harap harap aku dapatlah jawatan lebih tinggi dalam masa terdekat nie...
1. Juruaudit W41 RM2736.49
2. PTD M41 RM2843.63
3. Kastam W41 RM2736.49
4. PS P41 RM2910.00 tambah lagi elaun lain...
5. Pendaftaran KP41 RM2722.57

dengan dapatnya jawatan nie, barulah aku stabil semula... sebagaimana pendapatan yg aku terima sekarang ini... hu hu hu

Adui ha... mulai Okt tahun nie baru jer cecah RM2314. 64... kalau aku stay leh dapat dalam RM2999.93... tahun depan dah cecah RM3K... ha ha ha... tidak apalah... insya allah ada lagi rezeki aku tu... insya allah anak dalam kandungan tu akan bawa rezeki nanti...


Rasa Bosan... keluar jalan2

Kelmarin aku keluar gi jalan2 di Kota Kinabalu. Sepatutnya aku singgah di kedai part kereta kolombong, mengingatkan seksa jalan jem disana. Ndak jadi, terus aku ke KK .. selepas parking kete di CP... aku pun mulakan perjalanan mencari coolant keretaku yg hampir kekeringan. Mahal la pula RM15, hari tu tak sampai RM 10... baru RM8+++

Dah selesai beli minyak coolant aku gi bayar bil broadband sebanyak RM 110. Tak sempat kuar cash aku pakai kredit card. Lepas tu aku singgah di wisma apa situ ek... ada interview pengambilan kakitangan di wilayah iskandar...

Kemudiannya, aku beli majalah maskulin dan men's health... kemudiannya singgah ke CP... layan wayang.... hmmm the hang over part 2... dan Senario Oppp. opocot...

hi hi hi...

rasa malas la plak nak mengarang...

Friday, July 22, 2011

Al kisah Follow Up Pertukaranku

Dua minggu lepas aku telefon Jabatan yg menguruskan pertukaran kami. Memula aku berhubung dengan kerani HR yang jaga pertukaran jawatan kami. Bosan dengan jawapan belum ada mesyuarat. Aku telefon pegawai dia, hampeh juga jenis pegawai perempuan gila kuasa. Aku bertekak juga dengan dia cakak kenapa tak boleh proses percepatkan sebab ini kes rayuan dan kes ini berkaitan dengan kesihatan anak. Aku persoalkan dimana kebajikan kami. Dia mengatakan selama ini tidak pernah seorang pun berterima kasih kepadanya dalam urusan pertukaran. Aku bagi tahu dia, dia dibayar gaji untuk menguruskan pertukaran pegawai-pegawai di bawah Jabatan ini. Teruknya perangai tak padan ngan jawatan pegawai yang dianggap anak emas jugalah...
Minggu nie aku call puan F KPP diorang, layanan dia ok, dan dia juga suruh aku emel maklumat aku. Aku bagitau saya dah emelkan dan saya nampak dalam maklumbalas emel aduan website saya emel tu diforward kepada puan F. Dia kata emel dia tak boleh buka sebab masalah talian. Esoknya aku call PA TIM Korporat dia jawab dan bagitau minit bebas dah masuk, petang nanti keluar lah tu. PA tu sound juga aku katanya nama awak dah femes sebab selalu call.
Petangnya aku call lagi ingat nak bercakap dengan PA tu sekali bos dia yg jawab. Dengan suara garang dan gaya bercakap orang sombong, dia tanya apa kaitan jabatan awak dengan jabatan kami. Itu selepas aku perkenalkan diri lah. Sabar jer lah aku... aku pun terangkan tujuan telefon, dia dengar jer nama aku terus dia bagitau. Oooo awaklah orangnya ya... tak cukup telefon awak emel dan buat aduan juga ya. Aku bagitahu betapa hampanya aku sebagai lantikan di bawah jabatannya diperlakukan sebegini. Sekurang-kurangnya bagilah satu tarikh agar aku dapat buat keputusan untuk membeli tiket ker apa ker... ini aku kerugian kerana terpaksa beli tiket dengan harga yang mahal. Dia kata kalau dah isi borang tu cukuplah tahulah diorang buat keje. Ada sistem katanya. Masalahnya dah dua bulan aku tunggu dari bulan April sampai Jun tiada apa2 tindakan. Selepas berkali2 follow up cara lembut tiada tindakan, aku fikir baik aku tanya orang atasan yang dikatakan buat keputusan dan selalu tiada di opis kerana function jabtan. Aku tak pasti ini betul atau alasan ikan bilis semata. Minggu lepas juga aku diperlakukan macam sampah oleh kerani dia, buat aku hangin. Aku tekankan suara. Ada ker aku minta nama dan no telefon orang atasan tu pun dia tak nak bagi. Suruh aku check direktori, memang aku dah check kebetulan jabatan perbaharui website sistem tak beapa betul direktori susah nak semak. Dia kata dia sibuk nak gi jumpa bos dia. AKu bagitahu tak sampai seminit pun awak bagi tahu nama orang atasan awak tu. dia bagi nama depan jer...nama belakang dia tak ingat. Aku telefon operator dan dapatkan maklumat lanjut.
Esoknya kebetulan meeting batal, aku ambil masa 10 minit taip emel kepada pegawai atasan diorang. Tiga emel aku hantar satu pun tak der balasan. Aduan yg aku buat pun cuma maklumkan akan diambil tindakan oleh Unit terbabit... apa aku tak sakit hati begini...

Hari Khamis lepas aku cuba call lagi PA Timbalan tu tanya... dia kata semua dah ok... tunggu surat untuk ditandatangan jer lagi...

Aku nekad suatu hari nanti aku akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari Jabatan yang buat aku cenggini... insya allah dengan izin allah aku akan cuba post professional yang lain yang lebih bagus dan lebih prihatin akan kebajikan kakitangannya. Ya allah jauhkan lah aku dari bersikap seperti mereka ini.

Hal ini memang memberi pengajaran yang amat bermakna dalam hidup aku...

Apa perancangan hari nie


Menarik pula bahan ini... leh kongsi nie... aku ambil dari blog

http://zakikhan.net/senaman-harimau/

SENAMAN HARIMAU

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki. Sesuai bagi mereka yang ada masalah premature ejaculation, juga bagi mereka yang ingin merasa lebih nikmat dalam hubungan seksual. Tetapi tidak semestinya untuk mereka yang sudah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin, ianya membantu dalam meningkatkan peredaran darah. Senaman ini dimuatkan dalam buku Permata Yang Hilang.

Padi Bukit

Padi Bukit

1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali

Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.

Nafas Pertapa

Nafas Pertapa

1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali

Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Rentak Urutan

Rentak Urutan

1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar

Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

Tarik Sepadan

Tarik Sepadan

1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai
5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal

Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.

Rentak Lentang

Rentak Lentang

1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal

Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

Tepis Jengking

Tepis Jengking

1. Duduk bersila
2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas

Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.

Matahari Naik

Matahari Naik

1. Duduk bersila dan tegakkan belakang
2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas

Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

Lenjang Gajah

Lenjang Gajah

1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cakar Harimau

Cakar Harimau

1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki

Gerakan ini memulihkan tenaga batin...

http://zakikhan.net/senaman-harimau/


Hari nie nak gi pekan...

1. Bayar bil broadband

2. Bayar bil hp... dah boleh ker ek...

3. tengok la apa yg patut... terutamanya harga pasaran buah kurma di Kota Kinabalu...


Cabaran yang bakal dihadapi...

Sekarang nie menikmati pendapatan yang lebih baik di Negeri Sabah di Bawah Bayu
Gaji Pokok RM1608.39
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160.00
B.I. Wilayah RM321.68
EPW RM830.00 RM2,920.07

Potongan
PI BSN RM583.00
Angkasa RM43.00
Lem Tabung Haji RM250.00
RM876.00

Tolak ansuran tetap
1. kereta RM345.00
2. Insurans RM105.00
3. Pinjaman JPA RM139.00
4. Linguaphone RM120.00

Pelbagai Bayaran dan tanggungan
1. Ummi RM150.00
2. Lin dan ansuran bsn RM500.00
3. Handphone RM90.00
4. Minyak kereta RM250.00



Kalau aku pindah ke KL
Gaji pokok RM1608.39
Elaun Khidmat Awam RM160.00
Bantuan Sewa RUmah RM180.00
COLA RM300.00
RM2,248.39



Miskin aku nanti... kalau ikutkan hati tak mahu aku pindah ke Putrajaya... dah la bini aku degil... harap-harap rumah tangga kami berkekalanlah...

apa yg aku terpaksa korbankan nanti...
Insuran RM 100.00
Kereta????


hmmm

Sunday, July 10, 2011

Jadual Belajar Untuk Menduduki Peperiksaan PTD

Kalau kita gagal merancang ibarat kita merancang untuk gagal kan...

Peperiksaan PTD akan diadakan pada 16 Julai... maknanya aku ada 5 hari jer lagi untuk buat persediaan... Bahan2 yang aku ada ialah nota tips ptd, buku soalan Pengajian Am tingkatan 6, matematik tingkatan 5 dan Malaysia kita.

Ada 5 bahagian
Bahagian A (45 minit 60 soalan) dan B (45 minit 40 soalan ) iaitu Pengetahuan Am
untuk bahagian ini aku kena baca Malaysia Kita, pengajian am kertas 1 dan belajar matematik tingkatan 5. Selain itu kena selak surat khabar dan baca tips ptd.

Bahagian C (Pengertian dan Kefahaman esei) (ada 4 esei melayu dan english setiap satu ada 5 soalan/ 35 minit) kalau nak ikut aku kena study buku muet juga nie dan pengajian am kertas 2.

Bahagian D (Esei Bahasa Melayu 300 patah perkataan dalam masa 1 jam) Insya allah ini aku akan belajar rangka karangan daripada buku pengajian am kertas 2. Juga baca surat khabar online.

Bahagian E (Esei Bahasa Inggeris 300 patah perkataan dalam masa 1 jam) yang ini pula kena belajar belek buku muet dan surat khabar bahasa inggeris la nie)


Jadual minggu ini
6.30 petang sembahyang magrib mengajar ngaji
8.00 sembahyang isyak
8.15-8.30 belek surat khabar berita harian
8.30 - 9.00 belek surat khabar new strait times
9.00 - 9.30 buat soalan part a
9.45 - 10.15 buat soalan part b
10.30 -11.00 buat soalan part c
11.00 malam tido
3.30 malam buat soalan part d
4.30 malam buat soalan part e
5.00 pagi solat subuh...
5.15 - 5.45 baca buku malaysia kita
5.50 - 6.00 hafal sifir dan rumus matematik
6.05 mandi berak dan bersiap
6.30 sarapan
6.45 bertolak ke pejabat
7.30 masuk opis kira refund dan tt apa yg patut di bawah
8.00 buat check list things to be done
8.15 kira duit dan refund
9.00 hantar duit ke bawah dan tengok apa yang patut
12.30 gi makan tengahari
1.00 sembahyang zohor dan tido 5 minit
1.30 Selak buku pengajian am
2.00 start keje balik
3.50 peraku penyata pemungut
4.00 naik sembahyang asar
4.15 turun ke bawah tengok apa yg patut
4.30/4.45 naik ke atas.
4.59 shout down pc
5.00 finger print
5.30 di sekolah tebobon ambil adik
5.30 hingga 6.00 petang leh baca buku tu
6.00-6.15 mandi dan ambil wuduk
6.15-6.30 baca buku kejap
6.30 solat magrib
6.40- 8.00 malam mengajar mengaji


itulah jadual aku sepanjang minggu ini...
5.00 fingger print

Perancangan Hidup Ku

Perancangan Jangka Pendek
1. Bulan Ogos aku dah pindah ke Putrajaya
2. Sediakan Wang untuk pertukaran
3. Sediakan wang untuk konvokesyen
3.1 Tiket Umi
4. Budget Raya Aidilfitri 2011


Perangancan Jangka Sederhana
1. Setelah Lima Tahun Berkhidmat aku naik Kanak W32
2. Setahun selepas Ijazah aku dapat jawatan Ijazah
Kenapa Aku Perlu Jawatan Ijazah
2.1 Aku perlukan wang lebih banyak untuk sara keluarga aku dan adik2, yelah ayah aku pun dah pencen jadi kena bagi banyak sikit duit. Lagipun anak aku pun akan bertambah nanti.
2.1.1 Jawatan Paling dikehendaki PTD, kalau tak dapat PTD jawatan2 lain pun ok...

2.2 Supaya senang aku nak sambung master dan phd... eyalah pegawai professional ada peluang ditaja...

2.3 Sebagai Motivasi kepada adik2 aku la

Perancangan Janka Panjang...
1. Aset... tanah / rumah
2. Persiapan dana pelajaran anak aku
3. Persediaan untuk isteri aku nak sambung belajar
4. Mengumpul dana untuk menunaikan Haji di mekah... kalau boleh nak buat umrah dulu...


itulah yang terfikir kini... nanti nak fikir lagi...

Saturday, July 9, 2011

Peperiksaan PTD 16 Julai 2011

No. Kad Pengenalan: 830727035005
Nama Penuh: HANG YUSRI BIN ISHAK

Dengan hormatnya saya diarah menjemput tuan/puan menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:

Peperiksaan: PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
No. Angka Giliran: 1222116
Tempat Peperiksaan: DEWAN AL-JAZARI
SEK MEN TEKNIK SEPANG
JLN DESA PUTRA
OFF JLN DENGKIL-BANGI
43500 DENGKIL, SEPANG, SELANGOR

Tarikh

Bahagian

Seksyen

Masa Dari

Masa Hingga

16/7/2011

I

A

09:00 PG

09:45 PG

I

B

10:15 PG

11:00 PG

I

C

11:30 PG

12:05 TGH

I

D

12:30 TGH

01:30 PTG

I

E

02:30 PTG

03:30 PTG



Calon tidak dibenarkan menukar pusat peperiksaan. Maklumat mengenai peperiksaan dan persediaan yang perlu dibuat adalah seperti lampiran. Untuk Bahagian 2 (Ujian Sahsiah dan Minat) akan dijalankan semasa Program Assessment Centre bagi calon yang lulus peperiksaan sahaja.
Keputusan akan diumumkan pada 24.8.2011. Calon boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui portal SPA di www.spa.gov.my dan surat keputusan tidak akan dikeluarkan. Calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk menghadiri Program Assessment Centre (PAC).
[ Arahan dan Panduan Kepada Calon ]

*Calon boleh mencetak Maklumat Peperiksaan melalui Portal SPA untuk dibawa semasa menghadiri peperiksaan [ Cetak ]


Memula aku ingat tak leh tukar pusat... tiket pula mahal... esoknya aku calll tanya nasib baik leh tukar pusat peperiksaan,,,, syukur alhamdulillah...


Persediaan aku pula... baca buku malaysia kita, buku pengajian am, jawab soalan2 pengajian am STPM kertas 1 dan kertas 2 tue untuk preparation esei jer...


lepas tu aku beli tips ptd RM80.00...

Kurangkan Nasi Berat Badan akan berkurangan

Salam Hujung Minggu..

Betul pula kata kawan aku bahawa kurangkan pengambilan nasi maka berat badan akan turun. Mengikut kawan aku tu, anak dia dulu gemuk, tapi bila anaknya tidak mengambil nasi berat badannya jadi menurun. Tapi satu jer kelemahannya iaitu muka nampak macam orang sakit jer. Begitu juga berlaku kepada bos ICT tempat kami... berat badannya turun mendadak... kami tahu dia sedang berpantang... dua bulan kemudian kami mendapati berat badannya telah menurun... perutnya sudah tidak buncit... tengok dia pakai baju pun lawa... mengikutnya dia malam tak makan... tengahari pun kurangkan kuantiti makanan diambil... dan dia ini pantang betul... selain itu dia juga mengamalkan senaman selama 20 minit setiap hari.

Tadi sembang dengan kawan aku di facebook... aku nampak dia kurus giler... dia akun bahawa dulu masa lapor diri berat badan dia 83 sekarang dan turun 65 hingga 70 kg... terkejut aku... tnaya dia buat latihan ker... dia kata jaga makan jer... malam paling penting... jangan makan nasi, kalau lapar makan roti high fiber. Aku akan mula buat jugalah nanti bila pindah ke PUTRAJAYA nanti... sekarang nie pun aku dah mula tak makan malam dan kurangkan snek pada waktu malam.